assalamualaikum....
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan? Murid-murid : Ada cikgu. Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak? Murid-murid : tak ada!
P/s: INILAH BEZANYA ORANG YG "PANDAI" DENGAN ORANG YG"FAHAM". ~ SUBHAN'ALLAH
sumber dr facebook
Uik.. kisah benar ke kisah tak benar ni?
ReplyDeleteanak murid dia lagi faham agama...
ReplyDeleteerkkk ,, betol3 .. tak smstinya benda tak nmpk takde kan .. ;D
ReplyDeletenk ajar budak ni payah .. kena psiko dorg ..
mmg terkena cikgu tuh.. :)
ReplyDeleteyg kita tak nampak,tak semestinya takde. :)
@abglan
ReplyDeleteentah la abglan. sy amik dr fb n kongsi kat sni=)
@Sunah Sakura
ReplyDeletebetul tu... jgn ingt budak kecik xde akal..huhu
@tomatokering :)
ReplyDeleteaah... kena betul2 ajar ni.=)
@Anyyss Shuhaimi
ReplyDeletetu la... bdk plak psiko cikgu.