Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Haihh laaaa Abang Long


hi, 
aritu kisah si Abang Ngah
kali ni kisah si abang long pulak.

alkisahnya satu petang 

(versi terengganu.)


abang long: cikkak, name nape gok mende hok kite letok tepon kat mende panjang tu?
cikkak: mende pulok?
abang long: ade kan, orang amik gambor gune kayu panjang tu.
cikkak: Ooooo.. monopod ke?
abang long: hooorrmm.. mende tu. nak cari mane gok mende tu?
cikkak: kedai belambok ade. nok buat mende monopod tu?
abang long: nok selfie ah.
cikkak: *tersembur* kahkah. cikkak xdok pon monopod. sedak pulok die nak monopod nok wak selfie.
abang long: horrlah. nok gok selfie comey2. tolong cari sutir neh. :D



-__________________-"

faham la op? malas nak terjemah ke bahasa stended. *standard*


adoii haii abang long aku ni. tak padan penolong kanan sekolah. nak jugak monopod untuk selfie. 
adik die pon tak main monopod2 nih.  die pulak yg lelebih.
-___-"



guna cangkul pon bolehhhhh...


till then,

thanks readers,xoxo!



Thursday, August 7, 2014

Raya Sakan 2014 | part 1


Hi,
baru ada kesempatan nak update pasal raya.
kemain meriah reading list, semua pasal raya je.
aku pon nak join sama la. :D

ok, RAYA PERTAMA
tahun ni ade kelainan sikit. mana taknya, abang2 aku buat suprise dorang semua beraya rumah mak ayah. tak jadi beraya rumah in law dorang. meriah sangat. alhamdulilah. kemain dorang sorok supaya nak aku nagis di bucu kerusi. –.-"

aku tak sempat nak bergambar pon raya pertama tu. almaklum la kebanyakan nya rumah aku sentiasa full orang datang raya pertama. ala-ala open house pulak. :D
petang raya pertama cepat2 tutop rumah sebab nak g serbu rumah kazen aku di bukit besi. biasanya dia buat ari raya ke dua. ni tahun ni tukar angin.

PhotoGrid_1406542303716
ni je sempat bergambar tu pon otw ke rumah kazen. cikkak & aqif fayadh.

RAYA KEDUA
yg ni aku berstart nak jenjalan. bapak ah jem. kawan aku si tasha buat open house. so, rajin sangat pergi serbu sebab makanan die super best!


C360_2014-07-29-12-34-10-214
OOTD mak jemah sangat kan? haha. ok, jom p beraya!


C360_2014-07-29-17-04-06-125
aku pergi rumah tasha ngan si wani ni. kemain cantek dah sekarang. tu pon jarang dah nak kuar ngan die sebab asik keje kat KL je. aihh la. bila nak jumpa lagi ni mek wani iooo??

kat umah tasha pon lupa nak bergambar. asik sangat isi perut dengan makanan! mak tasha masak memang superrrr sedappp!! memang tambah nasi beriani aku aritu.
berkilo-kilo berat badan aku naik time raya nih!
:D


RAYA KETIGA
C360_2014-07-30-11-03-02-095
OOTD raya ketiga bertemakan jubah hitam. aku suka benau la wide shawl chiffon ni. die nampak beralun gitew. nak borong warna lain pulak nanti. keke.
raya ketiga aku duk rumah je. kebetulan mak sepupu datang bawak rombongan. kemain mak long aku ni datang nak merisik aku. haha. banyak la gurau ye! :D

RAYA KEEMPAT & KELIMA, terpaksa di next entri sebab sakan benauu gambarnya! haha.
ni baru part 1 okeh!
sila bersabar ye.
till then

thanks readers, xoxo!

Monday, July 21, 2014

Shopping Raya



2014-07-19 19.55.14
tuk ayahanda, bonda & adikanda.
tuk aku nan hado. eh, tipu. ade la sikit.
tahun ni ada la rezeki lebih sikit. so, aku share-share la mane yang mampu.
kalau tuk orang tua ni, takleh berkira sangat. kalau kita berkira, ALLAH akan berkira jugak ngan kita.

aku beli kasut kat vincci harga RM19.50. ;D
bapak murah weh!
lupa nak snap! –.-

C360_2014-07-18-13-14-31-053

nowadays kan, suka sangat baju warna putih. tak tahu napa. baju ni kalau tuck in, dah macam hotelier pulak. tapi smart!
chiffon blause dari brand outlet.

tu je kot aku shopping.
kazen aku lagi banyak shoping.
berat kereta duk timbum beg shoping.
perempuan kan.
;D


korang shoping pe pulak raya-raya ni.
meh share meh

till then,


thanks readers, xoxo!

Wednesday, July 16, 2014

Banyak Akal + Banyak Mulut !

suatu hari on the way pergi amik si budak kecik nih.

“ cik kak, lambat ah cikkak datang amik anip”
“alaaa… lambat sikit je. jalan jem td.”
“ooo…”
“puasa tak ni?”
“mesti la puasa”
“ok”

selang beberapa saat.
“ cik kak, kenapa banyak sangat kereta kat jalan ni?”
“ dorang nak balik berbuka puasa la tu”
“cik kak, kita ni nak balik berbuka puasa ke?”
“iyee laa. kan tok buat majlis berbuka puasa ari ni.”
“eh, mana boleh buka puasa lagi. kan tak magrib lagi!” sambil pegang biskut tangan kiri kanan.
k fineee  –______-"

selang beberapa saat
“ cik kak, kenapa kereta tu duk tepi jalan”
“oh, kereta mati la tu”
“bukan kereta mati lah! kereta bukan manusia!!”
ammboihhhh
k fineeee!
-_____-"

IMG_20131018_115449
tu si anip yg senyum paling lebar. suka sangat bertempek ngan aku. dah macam ibu beranak 3 ok! haha.
iolss muda lagi tau!
;D


speechless aku ngan bebudak kecik zaman sekarang. banyak akal benauuuu!
tu si anip. banyak mulut sunguh.
oh, die salah sorang anak saudara aku. semua anak buah aku panggil aku cik kak.
amboiii feeling muda sokmo la. ;D



p/s: pasal si kereta CDM 25 tu, kite ni toksah la duk kutuk dia mcm keyboard warrior sangat. just doakan dia la. moga diberi hidayah kesabariah yang tinggi. ni same2 duk kutuk si perempuan tu. same jugak la mcam dia. iyedok?

p/s: aku pon pernah je langgar orang, & orang langgar kereta aku. but must IMPORTANT is RILEKKK & COOL DOWN. semua benda boleh settle ngan baik.
peace yaw!

till then,

thanks readers, xoxo!

Wednesday, July 9, 2014

Kena Tahan Tepi Jalan


Salam 7-1
bhaha. gelak je aku tengok GERMANY VS BRAZIL . kalah teruk si brazil. ;D
ok. bukan nak cakap pasal bola okeh. nak sambung entri aritu.
lepas je balik dari JPO, nak sampai mersing dah.
tetiba ada benda tahan kereta aku.
masa tu lewat petang asar.
berdebar gak weh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni hah yang tahan kereta aku.

IMG-20140627-WA0004
si durian johor! ;D
debor letew. takde nya mistik2 aih.

banyak jugak aku makan aritu. maka bersiap sedia la tuk sedawa dalam kereta! ;D

IMG-20140627-WA0006
tengok bonda makan tu. nampak sangat sedap sampai tutop mata –.-"
feeling lebih ;D

IMG-20140627-WA0005
si anak pon nak jugak.
oh, abaikan pipiku duk makan durian tu. ;D

ayahanda??
dia memang anti kamera. aihhh. geram sunguh !
IMG-20140627-WA0007
amboiii! pandai ko selfie eh! ku bagi durian kan!!

abes je dirasuk durian, terus balik kuantan. shoping situ kejap. then esokkan terus balik terengganu.
my short trip yg sangat shortttttt !!

till then,

thanks reader, xoxo! salam 7-1 again. wakakak!

Monday, July 7, 2014

Johor Premium Outlet


lepas je melawat HAIWAN KESAYANGAN ayahanda, terus pergi ke kota tinggi.
ya ampunnn! jalan ke johor dah macam ular mabuk! adik aku siap muntah lagi.
dia tu tak pernah2 muntah, tapi kali ni memang naseb die. pucat lesi muka die. haha. sian pulak.
sebenornya, famili aku ni terlajak. nak ke kota tinggi tapi terrrr pergi ke mersing. bhahaha.;D
tapi mersing ni takde pe sangat. so ayah aku pergi atas lagi sampai ulu tiram.
dah sampai situ, aku pon pe lagi pujuk ayahanda pergi JPO.
dah dekat sangat dah ulu tiram ngan skudai tu.
;D

kebetulan aku dengor sale kaw-kaw kat JPO tu.
nak shoping tapi duet nan hado –.-"


IMG-20140627-WA0000
lepas je amik gambar ni, bateri terus out! cehhh
memang tak sempat nak bergambar banyak2!



best jugak kat JPO.
ade beg yang berkenan tapi duet tak berkenan.
kemudian je lah khennn.

ayahanda je lah yang sakan shoping!
jeles betol. ;D


abes je ayahanda shoping, kiteorang terus balik kuantan.
pergi joho balik hari kauuu!
mampoo??
;D
thats my ayahanda!

otw balik tu, kite orang berhenti tepi jalan.
nak tau kenapa… hah next entri.
see ya!


till then,
thanks readers,xoxo!

Saturday, July 5, 2014

The Sexiness

Assalammualaikum WBT
hi
lately kan aku suke benau post makanan sexy mexy ni.
saje nak korang terliur. ;D

so, aku perkenalkan AYAM KAMPUNG PANGGANG

2014-07-03 18.50.43
sexy benauu duk bertenggek gitu. aummm!


2014-07-03 18.56.12
yg ni after di kerat 14. yg tu kuah percik bonda yg buat.

resipi? lupa la babe, aku nampak bonda main campak2 je. aku tolong kacau & bakar ayam aje. dan satu lagi aku tolong makan. bahhaha ;D

till then, adios


thanks readers, xoxo!

Thursday, July 3, 2014

Udang Galah Kuala Rompin

 
another unplanned trip. ;D
macam tak biasa aku ni suka g jenjalan tak rancang ni.
kali ni mood ayah aku nak shoping mengalahkan anak daranya!
ammboii ayahanda ku ni.
jauhh bebenor g shoping. takpe la. asalkan duet anakmu tak terjejas. ;D
ayahandaa, boleh anakanda yang cantik rupawan ni tumpang sekaki? ayahanda yg kacak bergaya tolong menbayarnya?
boleh blah! –.-"
 
sebelum sampai tempat shopping tu, ayahanda singgah melawat haiwan kesayangannya.
si UDANG GALAH.
IMG-20140627-WA0001
adik aku punyer kerja. –.-
 
 
2014-06-27 10.39.22
amboii bonda! sedapp duk meratah haiwan tu??
 
 
IMG-20140627-WA0002
bonda bukan cina ye. keaslian mata sepet.
saje tak letak gambar aku sebab adik aku terlampau “expert” ambik gambar. grrrr!
 
 
2014-06-27 10.32.29
before
 
 
2014-06-27 10.39.30
after ;D
 
 
so, family aku makan 10 ekor haiwan sesungut ni total RM120.
family aku dah jadi regular customer kat kedai ni. so die caj udang saje. nasi & air free of caj!
ade je kedai lain2 tapi harga agak mahal. so, kalu korang nak g rompin or otw ke johor, singgah la makan. rugi tau kalu tak merasa. ;D
kat situ ade jugak jual buah berangan, tapi time aku pergi tu, die dah tutop sebab nak puasa kan.
 
so, after makan, perut manyak kenyang, shoping time! kat mane? next entri ye. ;D
 
 
 
p/s: kejadian ni sebelum puasa haritu. bukan sekarang. kan ade jer yg salah faham. ;D
 
thanks readers, xoxo!