Friday, September 30, 2011

"alamak! Tercekik!"

Kat mcD kerteh takde air minuman! Erk.. Tercekik!

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday #28september2011

assalamualaikum....




*updating blog#anywhere & anytime*

mekacih....(^_^)v

yeay!!! raya...............

assalamualaikum..

*amaran: CAB letak pita pelekat kat entri ni. for next entri, skoll bwah ye...=)

ok! CAB jeles la tgk semua letak kad raya kat entri masing masing. dah la cantik....so, nak buat jugak la. godek godek dalam external ni. jumpe la picture. so, edit cikit...nah..
                                                                           








jemput datang beraya di rumah CAB.
alamat:
5086 A kg hutan banau, binjai rendah,
21400 marang, terengganu darul iman.




p/s: jangan lupe bawak duit raya...hehehe

terima kasih kerana sudi membaca.....

Tuesday, September 27, 2011

waiting................

assalamualaikum....




i'm waiting for wordless wednesday. (^_^)v







mekacih~

Tuesday, September 20, 2011

"maaf.. maaf.. maaf...."

assalamualaikum...


firstly CAB nk mintak maaf sebab dah lama tak update. mesti korang tak perasan kan.. takpe la...*sobsob sambil kesat hingus meleleh...

second CAB nk mintak maaf jugak sebab tak buat kunjung balas korang... MAAF.. MAAF.. MAAF.... sekarang ni CAB da start clas. first clas dah ada assignment kena hantar. grrr~ memang lecturer tak bagi peluang langsung untuk students nya berjimba - jimba.*amboi! tak puas lagi cuti 4 bulan?? haha

third CAB mintak maaf jugak kat siapa-siapa yang tag CAB. INSYAALLAH  CAB akan join okeh. kena curi-curi masa ni. =..="

last... CAB sayang korang semua..... sarangea!!! okbye!




p/s: minggu ni balik kampung.. yey!!
p/s/s: to adik- adik yang ngah final exam ni, good luck okeh! do the best.


mekacih sudi baca.............=_=

Sunday, September 18, 2011

"harta awam jangan dibuat macam harta ko boleh?"

assalamualaikum....



situasi pertama:
ko pergi library sambil lenggang kangkung sambil niat dalam hati nak baca surat khabar yang library sedia kan untuk semua student. tengah syok pilih surat khabar yang menarik hati, tetiba ko nampak seorang makhluk yang sedang baca surat khabar berita harian dan SATU LAGI surat khabar metro berada di tangan nya. BAPAK TAMAK!!! GRRRRR~  *baru je tadi berlaku. dem!


situasi kedua:
ko sedang memcari tong sampah diluar bilik kolej. biasanya tong sampah memang dah disediakan di tepi setiap bilik. tapi hari tu tetiba hilang. keluar lah jiran bilik sebelah sambil pegang tong sampah tepi bilik ko. selamba badak ambik dan letak dalam bilik dia. *hoii.. berapa banyak tong sampah ko nak??( mau je sound macam tu kan?) sabar je la... GRRRR~


situasi ketiga:
ko tengah penat berjalan jalan dengan kiri kanan ko penuh barang, tetiba nampak bangku kosong. tak sempat ko pergi duduk, datang seorang duduk. punya la besar bangku tu, muat dia sorang je. memang panas je kan??? GRRRR~

situasi keempat:
korang fikir la sendiri.... mesti pernah mengalami pengalaman macam ni kan? sabar jela~


google.




moral value: fikirkan lah keadaan orang lain sebelum bertindak...



mekacih sudi baca=)

kemalasan melanda!

assalamualaikum....


rutin pagi CAB sekarang dah berubah. sekarang CAB kena bangun awal dan berlagak seperti si isteri atau si emak yang bangun awal awal untuk siapkan keperluaan anak sebelum ke kerja. huahuahua...


dah takleh bangun lambat dah sebab tiap tiap hari kelas kuliah start pukul 8 pagi! dem!! punya la malas bangun pagi, last last tengok jadual kuliah, tiap tiap hari pukul 8! nak amik ko!! dah gaya budak sekolah pergi sekolah tadika.. grrr~



k la, chaous dulu...............ke kelas!!


p/s: pesal terengganu takleh cuti ep??? grrr~


mekacih sudi baca=)

Friday, September 16, 2011

berjimba - jimba bersama kapel kesayangan ku

assalamualaikum....



SELAMAT HARI MALAYSIA...........

SAYA BANGGA MENADI ANAK MALAYSIA! YEAY!!!!


sekarang ni CAB on the way ke bukit tinggi bersama kapel kesayangan iaitu mekra & alif naim. saje nak menyibuk and mengacau dorang dating. *hahahahhahaha.. gelak syaiton!!

p/s: berphoto shoot kat bukit tinggi. yahoo~




mekacih sudi baca=)

jom blogwalking

assalamualaikum...


disebabkan kebelakangan ni diri CAB dijangkiti penyakit malas nak cari link untuk BW, nasib baik lulu caldina bagi penawar hilangkan penyakit malas ni sebelum menular. 




banyak kebaikan lulu buat macam ni. dapat tambahkan kenalan. CAB ni pemalu jugak nak pergi sergah orang lain ni. *sila percaya..

nak join? pergi amik bola kat lulu tu.


p/s: selamat berkenalan=)

Thursday, September 15, 2011

spontan thursday!

assalamualaikum...


tak perlu hadir dalam hidupku lagi,
seandainya diri mu hanya menyakitiku lagi,

tak perlu berpura pura senyum kearahku lagi
seandainya dirimu tak mampu memberi kebahagiaan kepada diriku..




p/s: mood: jiwang melanda~ alamak!!!!



mekacih sudi baca=)

Wednesday, September 14, 2011

"eh? silap bilik kuliah?? auw.. malu~"

assalamualaikum...


hari ni da start kelas kat uitm di hatiku ni. ada pulak cerita lucu pasal first day ni. hahaha... nak tergelak pom ada ni.

lepas je kuliah pertama td, CAB and kawan-kawan pergi makan. bila dah kenyang, dengan semangat nya melangkah ke bilik kuliah kedua. punya la semangat pergi sambil gelak-gelak and ngajim.* tau tak pe maksud ngajim? cari sendiri ep... jumpa bilik kuliah, terus intai clasmate lain. tapi takde. pelik jugak....

CAB terus ambik buku catatan CAB untuk check balik betol ke tak. rupa-rupanya..... SILAP BILIK KULIAH!!! nasib baik kiteorang tak masuk lagi bilik kuliah tu. kalau tak, lagi malu kot! memang penangan cuti 4 bulan ni kuat sangat. punca sebenar silap bilik kuliah ni adalah semalam CAB salin jadual kuliah. and ada nama bilik kuliah yang tak pernah dengar. so, CAB tanya la housemate. tak sangka pulak kawan CAB ingat bilik kuliah yang CAB tanya semalam adalah kelas untuk hari ni.. hahaha.. memang gelak je kerja hari ni. tapi malu jugak sebab dua kali melintas tempat sama.. HAHAHAHA...

ramai je CAB tengok status facebook hari ni ramai yang silap bilik kuliah... grrr~ memang memalukan. macam budak freshie je kan.=P










siap suruh guna kompas lagi.. hahahaha... memang sengal!


p/s: lepas ni kena serius da.takleh main-main! tapi boleh ke??? kahkahkahkah...*gelak syaiton!



mekacih sudi membaca=)

super duper gorjes morjes!!!

assalamualaikum....

malam ni nak update entri berkaitan dengan perempuan. orang lelaki jangan tacink pulak ye.. sekeh kam=P
dua tiga lepas first syawal hari tu, CAB ikut kak farah pergi makeup orang bertunang.. first time tengok orang makeup! sangat excited sampai tak leh tido lena malam sebelum hari tersebut.

before start make up, kak farah mesti la amik picture before after kan. 


so.. this picture before touch up.. after almost 2 hours..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tada!!!! sangat chanteek okeh! CAB kagum tahap cipan tangan kreatif kak farah ni. serius sangat gorjes! pe yang CAB kagum dan respect kak farah ni sebelum make up, dia mula kan dengan doa. alhamdulilah....


untuk makluman uollss... kak farah pernah makeup artis okeh. kalau korang berminat, boleh la contact kak farah di facebook kak farah.

semua perempuan boleh jadi chanteek, gorjes plus mervelous!



p/s: mekasih kak farah sebab bagi CAB join hari tu=)



mekacih sudi baca=)

Monday, September 12, 2011

"alahai kawanku sorang ni."

assalamualaikum...

hari ini masuk hari kedua duk rumah sewa kat dungun "terchinta" ni. penat kot hari ni. mula dari pagi start kemas rumah. dari ceruk dapur hingga lah depan pintu rumah. macam pasangan baru kahwen pindah rumah. penat! grrr~ oklah. taknak cerita pasal tu. ni CAB nak cerita pasal kawan CAB sorang ni.



cantik kan anak pakcik razmi ni. nama pom retiss you! erra aziera okeh... hakak panggil dia MEKRA. haha... merosakkan nama orang je aku ni. untuk pengetahuan korang la. dia ni muda dari CAB. muda setahun la tapi dah biasa kan. so, tak kisah sangat la dia muda.* padahal jeles ko muda dari aku! HAHA..
CAB tak nak puji lelebih budak ni. kan kombang hidong, siapa susah? haku jugak hokeh!

CAB nak cerita pasal haiwan- haiwan yang MEKRA bela. punya la banyak dia ni membela. *lebih dari satu dikira banyak la kan? maklumlah pecinta haiwan... hadoh.......... budak cun, pecinta haiwan lak tu. makin bertambah cun la kan? *sila kombang hidong sekarang..


ni haiwan pe murid-murid? "penyu... cikgu". "nak lempang free tak?".. amboi garang nya CAB jadi cikgu. fail! ni la kura-kura. nama HASSAN. punya la klasik nama kan... HASSAN ni dah lama jadi duda. mula-mula bela sepasang. tapi pasangan dia mati. cari pulak pasangan lain, tapi mati jugak.. so, sekarang memduda la si HASSAN ni.




second haiwan yang MEKRA bela iaitu kucing. CAB lupa la nama si kucing ni. MEKRA bela si kucing ni kat rumah dia. so, si kucing... kita memang tak pernah ketemu ye...


third haiwan ialah si arnab. nama SALMAH. kahkahkah...*gelak syaiton... kan CAB da cakap. MEKRA ni memang suka nama-nama klasik ni. si SALMAH ni bukan dia yang beli. tapi si adik MEKRA auni yang nak bela. auni ni still kanak-kanak comel, cun plus cute dari kakak nya. *huahuahua..aku puji lebih sikit adik ko ni. si salmah ni memang pemalu.. CAB tak tahu pulak malu tang mana ni. agak nya anak dara. sesuai la pemalu. comel kan....




the latest and last haiwan yang MEKRA bela sekarang iaitu sugar glider. nama SG ni BABY. pergh... moden sikit kan nama tu. haiwan lain punya la klasik. MEKRA baru je bela BABY ni. dia share dengan suami masa depan dia. CAB geli sikit dengan BABY ni. dah la garang. kalau nak pegang BABY ni, BABY ni terus serang  and buat bunyi macam radio rosak. 


time tidur memang sangat cute. kalau penat sangat, BABY ni memang tidur mati mengalahkan tuan dia. tak hirau langsung benda lain. MEKRA cakap BABY ni memang suka tidur. comel!!!! tapi geli sikit.. ala.. sikit je. haha.... SG ni suka makan buah-buahan. banyak gila makanan BABY. and kalau korang nak bela SG ni, mesti kena bajet tu lebih ok. semua barang dia agak mahal. btw, korang mesti tahu kan yang SG ni bukan haiwan original tanah melayu ni. oversea punya haiwan ni. buat masa ni CAB tak berani lagi nak pegang..



ni BABY dengan papa dia. suami masa depan MEKRA. *bajet hensem la tu alif oii.. haha...


ni la auni. sumpah comel kan! rasa nak cubit je pipi dia. auni ni camwhore okeh!



p/s: kat rumah sewa ni MEKRA bawak si HASSAN and si BABY  shj...kan bawak semua, jadi zoo lak rumah ni.

p/s/s: CAB jadi salah sorang mak angkat anak-anak MEKRA ni.



mekacih sudi baca....

Sunday, September 11, 2011

"minah rempit? pe kess?"

assalamualaikum....




"penat!!!!!!" petang sabtu tadi CAB dah kena halau dari rumah. sobsob.. sedih sangat...T_T.. nak buat macam mana, dah adat jadi pelajar lagi. kalau mak tak halau, mesti sekarang tengah syok duk bawah ketiak masham mak. haha.. biar masham masham pon, tetap best wooo..........

lepas je asar tadi, terus bertukar dari perempuan sopan santun, penuh ayu, lemah gemalai... erk?? lemah gemalai ke??? bertukar jadi MINAH REMPIT! perghhh..... rempit dengan moto egoku tu..PENAT siot! tapi kan.. nasib baik CAB bertolak awal dari marang ke dungun tu. kalau tak, mandi free la jawabnya. HUJAN lebat plus KILAT! bersyukur sangat sangat.... ALHAMDULILAH...

dalam perjalanan tadi, CAB tengah syok layan perasaan sambil rempit la. tetiba datang sebuah motor honda EXF duk sebelah CAB sambil mulut terkumat kamit. CAB buat tak tahu jela.. malas jugak nak layan. *gila sombong! HAHA... lepas lama sikit duk sebelah CAB, baru la dia tegur. "tak penat ke bawak motor ego?" CAB senyum sambil geleng kepala. dia tanya lagi "dari mana?" CAB balas "binjai rendah, marang". dia balas "wow!... minah rempit r ni? kahkahkah". dalam hati CAB "cess... dia gelakkan aku ye" CAB senyum je la.. rupa rupanya dia budak poli dungun. banyak pulak dia tegur. dah la kurang dengar sebab angin kuat. grrr~  ingatkan habis macam tu je. last last sekali dia mintak something. nak tahu tak??? *mesti la nak tahu kan..=,=" budak tu mintak "nak number phone boleh?". grrrr~ mau je cakap " boleh blah!!!" tapi CAB tunjuk cincin keselamatan kat jari manis. dia terus angguk and blah.... HAHAHA... selamat aku! macam macam la pengalaman bawak motor seseorang ni. pernah sekali dikelilingi oleh mat rempit! takut wooo.... takut kena himpit and rebah motor!




harap harap lepas ni dah takda orang kacau da. malas nak layan da!



p/s: tetiba rasa rindu............T_T



mekacih sudi baca.

Friday, September 9, 2011

"stoking sejuk? erkk?"

assalamualaikum....

kat super market sekarang ni ada jual stoking sejuk & stoking panas erk? CAB tak tahu ni...





pelik?


hahaha....




okbye!

"adeh... banyak nya!"

assalamualaikum....

ok! nk update cepat-cepat sebab dah tak ada masa ni. 

semalam syok sebab dapat main bowling. nak tahu lebih lanjut tengok entri ini! tajuk hot kot. tak caya? try la klik. jangan pikir kotor lak ye... hehehe....


sekarang ni tengah pening kepala sebab terlampau banyak barang kena bawak! grrr.... sakit hati betol! malas la nak pergi dungun! malas nak masuk sem! malas nak belajar! semua malas. ok anda boleh layan lagu bruno mars.  LAZY SONG! =..="





esok kena jadi minah rempit pulak.... jom mat rempit.. kita lumba....*ngade-ngade..



p/s: tak nak pisah ngan mak ayah.. kiki & lala.... sobsobsob='(




mekacih sudi baca...

Wednesday, September 7, 2011

"masa sekarang"


assalamualaikum...













*BOSAN! OK BYE!

wordless wednesday#7september2011

assalamualaikum..



tapai pulut *google*





mekacih...

Tuesday, September 6, 2011

"merajuk eh?"

assalamualaikum...


hari ni hari mogok ke? kompius ni =..="


si alif arfan
memula anak mogok sebab atok angkat nak amik dia. anak? hish... bukan la. anak saudara. si alif ni. atok dia datang sebab nak hantar bekas makanan. tetiba dia menangis konon nya atok nak amik dia. mula mula menangis. lepas tu buang barang.. aisey... ada je kena pulas telinga ni. tapi CAB pujuk guna cara lain iaitu shaun the sheep! yeah.... sangat berguna time macam ni. so, mengadap la si alif ni depan lappy CAB tengok cerita shaun the sheep. ok! settle satu masalah..


si ayah
pagi pagi si ayah kejut anak dara nya. uish.. malas betol nak bangun pagi. sebab air kat kampung ni. ya ampun!!!! bapak sejuk!! pukul enam pagi beb! sejuk woo.. tapi tak nak derhaka punya pasal terpaksa mandi and teman ayah pergi bandar. ala... tak ada kerja pon kena buat kat bandar nuh. just teman dia je. tak bagi si ayah merajuk, CAB teman ler ayah ni. kalau si ayah merajuk............ huishhhh....... mau nya tak larat nk pujuk. mengalahkan cucu! hehe


si kucing
tengah hari tadi si kucing pulak buat hal tak nak makan. grrr~ da mula berangin da ni. tapi sabar................... bagi makanan biasa dia, tapi tak nak makan jugak. buat susu, tak minum jugak. aik? pelik dah ni. naik risau pulak. tak kan sakit kot? kalau sakit mesti duk rehat je tapi ni asyik melingkar kat kaki je. ikut je kaki ni melangkah. aiii...nak bermanja la tu. rupa rupanya.. nak buang ayor bosar tapi takut sebab si bapak nya ada. terpaksa la teman si kucing ni berak.. grrr~ ku sekeh jugak kucing ni. sabar jela....



si CAB
aik??? CAB tak merajuk la.. kalau CAB merajuk................. sebulan tak update blog tau! hehehe...



p/s: banyak ragam betol hari ni. aish...=..="


terima kasih sudi membaca

Sunday, September 4, 2011

berayo dengan bloggers!

assalamualaikum..

amacam raya tahun ni? mesti happy kan? dapat banyak duet raya kan.....
alhamdulilah
tahun ni CAB dapat beraya rumah blogger terengganu. yg hebak hebak belaka.


hari raya ketiga kiteorang plan pergi terjah rumah blogger di dungun. dalam pukul 10pagi edie trigyytok esah & azie datang rumah CAB. lepas breakfast, terus gerak ke dungun menuju ke rumah iqbal hakimi.

rupa rupanya syafiq da menunggu kiteorang sampai. so, berkumpul la kiteorang kat sana. ramai la jugak datang rumah iqbal hakimi. kesian jgk kena layan kiteorang ni. lepas duk borak borak, makan makan, last sekali bergambar. perkara wajib tu. =..=

kat rumah iqbal hakimi.

lepas pergi rumah iqbal hakimi, terus pergi rumah eyda syahida. dia buat open house wo... macam biasa la. aturcara majlis ialah makan, borak borak and take a pic! ramai jugak pergi rumah eyda syahida ni.


ramai je pergi rumah eyda syahidahafiz hafizol dan kakak cun kak fiza. dah bertunang ok. dan sorang la faizal. *sori xde link la..hehe.. dalam pukul 5 petang jugak la kiteorang balik.

raya ke4 pulak, edie trigyy pulak buat open house. kiteorang pergi serbu rumah edie trigyy. wakahkah.. memang bulan syawal ni kerja makan je kan...

lepas je aktiviti makan, terus je balik..

amacam? best wo dapat jumpa bloggers otai ni. dah la semua muda muda. terasa diriku sangat tua dikalangan bloggers semua ni.

p/s: macam potrait family je kan.... hahaha.....
p/s/s: nanti nak pergi beraya rumah pinky momma pulak. nk mintak duet rayo... haha




terima kasih kerana sudi membaca..

Thursday, September 1, 2011

spontan thursday!

assalamualaikum....




malam ni keluarga CAB berkumpul and tido beramai ramai kat ruang tamu..

memang best bro!

para ayah sedang layan cerita gusti kat astro.

para ibu membuat ketupat tanpa rebus di dapur.*ku join sekali..hahaha




p/s: best bangat pergi beraya rumah blogger otai.. tunggu entri tau..................