Tuesday, April 22, 2014

pulau perhentian

 

 

fuyoo. sebulan lebih tak berupdate. ampun ye. hehe. ok2. taknak mengarut panjang. cuti sekolah bulan 3 aritu, geng aku buat plan on the spot tuk ke pulau perhentian. die ni yang asal besut pon ni yang pertama kali pergi tau! haha. adat ler tu kan, yang paling dekat tu la paling malas nak pergi. hahaha.

 

di sebabkan plan on the spot, so cost tu agak banyak jugak la. eh, aku pergi bertiga je tau. yang lain tu, emmmmm…………… alaaaa, mesti korang risau kan kalu pergi bertiga je, perempuan lak tu. jangan risau, insyaALLAH selamat je korang tu pergi sane. yang penting korang jangan la sombong ngan penduduk situ dan jangan pulak terlampau ramah mesra alam + gedik semacam. yang tu memang mengundang lerr. ok. tu salah satu tips la kan? haha.

aku pergi hari khamis pagi. dah booking siap2 boat, snokerling & chalet. before naik bot, sila bayar sesiap tiket pemuliharaan hidupan laut. actually bukan tiket pon. macam cukai la kot. huhu. cukai tu RM5 seorang. bayaran bot pergi & balik RM60 seorang. ade jugak aku cari entri lain harga bot rm 70 keatas. aku dapat harga ni sebab kawan aku kenal boatman tu. dapat la diskaun. –..- hehe

snokerling pulok, harga nya RM 30 seorang untuk 6 point. ni pon booking siap2 ngan orang yang kawan aku kenal jugak. huntungggg kan jadi orang terengganu ni. haha –..-

chalet ni…..hummmmmm. mahal sikit sebab last optional dan chalet lain full sudah dan lagi satu unplan then booking chalet on the spot time cuti sekolah. aku pergi 2 hari 1 malam rm 300 tuk 3 orang. so sorang sratus la. tapi bilik dia aku bagi 5 star sebab 24hrs bekalan elektrik and ade aircond kauuuu! chalet ombak resort ye. haha. bajet honeymoon gitew. haha.

ok, pe ag eh aku tak cite? gambar? nak tengok jugak ke??? ok laaaa. aku tunjuk. tauu korang malas nak bace aku bebel panjang ni. bukan senang nak hapdate ni tauuu. –..-

 

20140327_103808

the most basic outfit aku kalau pergi travel. bagpack, tudung syria, bag travel tuk letak purse, handphone, glasses, ubat and so on, wearing inner black sebab senang nk matching kan baju, simple slack. not wearing jeans sebab klau basah, jean akan jadi berat, and simple selipar. gila kauuu nak berheel bagai kat sini. simpan je la heel tu kat gobok ye. kahkah. oh, another tips here ye, –..-

20140327_104611

so, we are here! harus lah bermonopod khennnn. tu geng aku. alahhh! korang mest kenalkan, muka ni la sokmo masuk blog aku. tumpang populariti.. kahkah. yg depan tu kaksue, yang tengah tu erra fazira, yang belakang tu ala2 emma watson tu aku lerrr. jangan tertuko ngan emma maebong ye, kahkah.

 

20140327_122226

disebab kan aku takleh check in chalet lagi, so aku and the geng decide pergi long beach tengahari buta tu. bapak ah panas! burn gila muka aku. demm! tapi berbaloi. sampai sini je, speechless sebab SUBHANALLAH, ALLAHUAKHBAR pemandangan sini sangattttt cantik. tak sangka terengganu ade pantai yang sangat cantik. indah sungguh ciptaan ALLAH. kalah dah hawai! haha. tapi yang spoil nye pemandangan mat & minah salleh je. dorang duk berjemur. aihhh. macamane la dorang le tahan panas tu. –.-”

20140327_123020

salah satu acara aku g memane je. haha. harap anak aku nati takde la hyperactive macam aku ni. penattt oii. kahkah

20140327_140351

ok. dah boleh check in chalet, terus bersiap tuk snorkeling pulok. pukul 2 tepat, abang boatman sampai amik kiteorang. time tu lega sebab dia just fokus kat kami bertiga. customer dia yang lain tetiba nak tukar masa. so, kiteorang jadi bebas lah! haha. nebes jugak sebenarnya nak snorkeling ni. aku bertiga ni tak reti sangat berenang. so dia bawak 1point tuk belajar berenang. korang jangan risau la tak pandai berenang. aku pon tak pandai jugak tapi wat ilek je. lepas minum 2 3 liter air laut, korang pandai la. kahkahkah. *aku ler tu. –.-”

20140327_141553

tu abang alias. macho bak hang! hahaha.


20140327_151058

memula tu, aku berempat termasuk abang alias je kat situ, then makin ramai orang datang belajar berenang. orang yang expert pon kena datang sini jugak tuk biasakan diri. huhu. dun wori lah! after je dah pandai berenang terus dia bawak tempat lain. 2nd check point.

20140327_155541

20140327_161126  20140327_162606

kat sini, aku and the geng bagi ikan makan. berebut2 ikan makan sampai jari aku ni ikan gigit2 tau. tapi tak sakit pon. cantik sangat pemandangan dasar laut! nemo pon ade sekali tau! cik abang tunang tengok gambar ni. die cakap aku berenang katak. bertuah betol tunang sorang ni.  –____-”  korang yang ade bajet lebih tu boleh la prepare siap2 underwater camera ye. aku ni tak sempat nak sewa. sedih betol. T_T

after 2nd check point, terus ke turtle point and shark point. tapi turtle tak muncul time aku pergi tu. puas abang alias cari. kat shark point pulok aku malas dah nak turun sebab penat berenang dah. so, enjoy atas boat je. haha. aku ada gak bace entri fatin liyana yang die buat jump kat lighthouse. tapi aku tak berani buat sebab tinggi plus air dalam. aku respek arr sape yang buat. yeee. aku penakut tinggi. cetttt! so, abang alias bawak aku and the geng ke lata air berani.

IMG-20140328-WA0044

mati2 aku ingat air ni panas, so, redha je lah abang alias simbah. rupanya sejuk gila! korang jangan tertipu ye. besar sunguh ciptaan ALLAH. tak sangka kat pulau gitu ada air mata air yang sejuk! SUBHANALLAH.

chekpoint terakhir iaitu jengg jengg jengg, tempat yang korang suka gak ni. tempat makan lah!! fisherman vilage or kampung nelayan. kat sini la tempat yang murah compare tempat lain kat pulau tu. lapar gila lepas main air kan. licin pinggan memasing! oh btw, korang jangan makan before snorkeling ye. muntah ijau korang nanti. keke

so, abes part snorkeling. lepas kenyang terus balik, mandi, solat & siap2 g tengok matahari terbenam pulok. seyes cantik!

20140327_193530

kat jambatan ni sesuai sangat lihat pemandangan ni. cantik! <3

lepas tu, masuk bilik tido jap. pukul 930 bangun pergi ke long beach. sebab ade night show. hahhh?? night show??? alaaa. bukan show pelik2. just petunjukan orang main api. ade jugak orang mabuk2 tapi kite elakkan la ye. haramm kan.

20140327_232820

 

die main putar2 api tu. terkena muka memang innalilah la kauu.

 

 

20140327_232205

ngah duk lepak tengok show ni, tetiba ade orang datang tegur. so, dia la yang tukang snap kan pix ni. muka silau tu. haha. dah nak masuk tengahmalam tu, show jadi pelik pulok. campur2 ngan orang mabuk. cepat2 aku the geng balik chalet. haha. takut tang gini je. keke. balik bilik tido mati. esok punyerrr aktiviti pulok???


adoii.. penatnye taip panjang2. korang baca tak ni….??? *sedih tau. sambung aci??








ok! macam la aku ni rajin sangat buat entri sambung2 kan? haha. sambung balik cerita tadi. esok pagi bangun terus g breakfast. then…. its jugle tracking! kalau ikutkan macam hiking jugak sebab naik bukit je. tak de landai pon. penatt siot! gigih sangat pergi hiking semata2 nak tengok kinchir angin! hahaha. memula tu nak jalan kaki je lalu ikut long beach. tapi aku kesuntukan masa sebab pukul 12 dah kena check out and pukul 3 dah nak balik. so, cepat2 sewa boat untuk ke short cut.
so rm 20 sorang pergi dan balik. korang just kena daki bukit je.

 

20140328_105555
 

finally!! sampai jugak atas ni. penat toksah cakap la.tapi semangat tu penting!

 

20140328_110056

 

yezza! tabik hormat tuk sesape sampai puncak ni!

20140328_111453

 

 

20140328_111032

yang ni bapak gayat. tapi best duduk macam tu sebab view luas. jangan lerr korang main tolak2 ye. innalilah kat sini kan sape nak jawab? huhu

puas je bergambar terus turun berkejar tuk cek out. haha. dah macam running man tau! berkejor je. haha

sementara siap cek out and tunggu boat datang pick up, so enjoy dulu moment terakhir sambil lepak minum air nyior!

20140328_125954

sementara tunggu boat datang, berselfie jelah aku ni. kahkah.

 

20140328_134943

 

20140328_135358 

belakang aku tu, jeti yang boat nak amik aku nti.

20140328_135658

tu chalet yang aku nginap. best! tapi mahal. kalau orang ngah honeymoon sesuai la ye. macam aku bertiga ni kurang sesuai sebab kurang 24hrs berkepit dalam bilik. hahaha

20140328_142655

aku ni tengah taksub ngan monopod aka batang joran! hahaha. kaksue punyer ok! kena beli gak ni joran ni. senang berselfie! –..-

tepat pukul 3, bot datang amik. huwaaa. sedih woo. rase tak nak balik je! T_T   nak jadi ikan duyung pulau perhentian boleh dak? –..-

 



20140328_153818

dah sampai jeti kuala besut! so, goodbye pulau perhentian, u’ll be miss. huwaaaa!! tak puas tau! nak datang lagik nanti heret encik somi! kekeke.



pheww! abes jugak entri nih! next entri will be my pre wedding. stay tune!

p/s: actually aku dah update kat instagram dah. so follow my ig la kalau nak tau ye. not visit my ig tuk jamu susuk dara or tinggi selepas seminggu bla bla bla tu ye. hahaha. sorii. jangan sentap!

 

 

thank you readers. xoxo.