Monday, September 15, 2014

Tips Hadapi Interview Kerja


hi,
hari tu aku dipanggil interview kat sebuah company kat kemaman. so, tengah berdebor untuk next stage lak. uihh. macam audition je siap ada stage2. sabor jewlah. –.-“
so, aku bermurah hati nak share tip2 hadapi interview kerja ni. :D



 DOKUMEN ASAL.
dokumen asal wajib dibawa bersama.
1. kad pengenalan
2. lesen memandu
3. sijil kelahiran
4. sijil kewarganegaraan *in case kerja oversea.
5. sijil berhenti sekolah
6. sijil SPM asal
7. sijil STPM asal
8. sijil DIPLOMA asal
9. Transkrip DIPLOMA asal
10. sijil IJAZAH SARJANA MUDA asal
11. transkrip IJAZAH SARJANA MUDA asal
12. sijil2 asal pelajaran tinggi yg lain.
13. sijil/ surat pengesahan ko-kurikulum dari tingkatan 4 hingga terkini. tak perlu bawa sijil bawah dari tingkatan 4. dorang tak tengok pon yg tu.

masukkan semua sijil2 kat atas mengikut susunan diatas dalam “CLEAR FAIL”. better susun awal2. nanti takde la korang mengelabah & kalut susun sijil. dan pastikan korang dapatkan sijil asal yang tak comot & kedut ye. bukan ape, takkanlah korang nak bagi sijil kotor, ade kesan air lah, kesan lipas gigit. interviewer tu akan teliti melalui korang ni cermat ke tak, FIRST IMPRESSION TU PENTING!!



SALINAN FOTOSTAT
semua dokumen diatas perlu difotostat dengan jelas, jangan hitam bertompok2 pulak kat salinan fotostat tu. cakap nak cermat & kemas kan. mesti lah semua kena bersih. dan salinan fotostat ni perlu DISAHKAN oleh pihak2 yg dibenarkan spt JKKK, PEGAWAI2 KERAJAAN BAHAGIAN 1, dan lain2.  sijil takde pengesahan ibarat kertas kosong takde nilai ye. susunan pon macam diatas & di staple! jangan guna paperclip sebab nanti mudah tercabut & merimaskan penemuduga.



BORANG MAKLUMAT DIRI / RESUME
biasanya company/ penemuduga akan bagi borang maklumat diri. so, korang isilah dengan cermat & teliti. tulisan kena jaga. ada sesetengah tu tulisan “masyaALLAH” terkeluar dari mulut penemuduga tu. susah nak baca. jaga ye tulisan anda. macammana dengan resume pulak? kalau nak selamat, better prepare resume tu. buat seringkas mungkin. biasanya dorang akan cari part pengalaman kerja. apa yg perlu ada dalam resume?
1. nama penuh
2. no kad pengenalan/ tarikh lahir
3. alamat
4. email & no telefon
5. umur
6. warganegara
7. status diri *bujang or kahwin
8. lesen memandu
9. jantina
10. latarbelakang pelajaran/ butiran akademik
11. pengalaman bekerja
12. kemahiran
13. aktiviti2 penglibatan
14. rujukan.
jangan guna banyak helaian sangat. dalam 2-3 helai pon dah ok. jangan lupa gambar berukuran pasport. jangan pulak korang p amik gambar selfie. mau kena ketuk di penemuduga tu. mentang2 selfie ngah fames skrang. hahaha. sila tampal siap2 kat resume tu. yg gambar yg terkini ye. bukan gambar korang feeling cantik 10 tahun lepas!



SURAT RECOMMENDATION
hahhh. yg ni best jugak. kalu korang ada surat recommendation dari bos lama korang, lagi bagus. surat ni boleh menyakinan lagi penemuduga tu untuk amik korang bekerja bawah dorang.

lagi.. pe ek…ummmm….



COVER FAIL
yg ni aku saje2 tambah sebab aku nak nampak professional sikit aritu. so, aku print cover fail tu. dalam cover fail tu, aku letak nama, alamat, email, phone & jawatan dipohon. cover fail ni aku letak memula sekali before resume & sijil2 lain.



PAKAIAN
bab pakaian pulak. normal la pakai baju yang formal. perempuan biasanya pakai baju kurung. kalau bertudung pulak jangan la terover lilit kepala korang tu macam ada bonggol unta pulak ye. berat mata penemuduga memandang, berat lagi dorang nak amik korang bekerja. :D yg lelaki pulak, jangan la pakai seluar jeans & selipar. iyee tau tu stylo tapi pe salahnya satu hari tu ko korbankan stylo ko tu. sila pakai formal ye. siap bertali leher.





TATACARA/ ADAB SEMASA TEMUDUGA
cara duduk sangat penting ye. poster badan boleh menunjukkan keyakinan. jangan pulak ko melangut kat meja. siap letak tangan atas meja. huiihhh. berbuuluuu mata penemuduga tu. kalau silang tangan rasanya kena halau dah. huhu. kalu boleh before masuk tu, ketuk pintu dulu, bagi salam. and yg last pulak ko cakap la “hope can meet again”. nampak la ko bersungguh nak kerja tu. so, good luck! 





 images (1)


so… tu aje lah kot. kalau ada lagi nanti aku tambah.
selamat bertemuduga/ interview. semoga semua berjalan lancar. make sure buat preparation 2 3 hari before interview. study apa yg patot pasal company tu.
aku ni ngah mendalami ilmu percukaian & GST. perghh blurrr weh. doakan aku lepas tuk second stage ni



till then,

thanks readers. xoxo

22 comments:

  1. tips yg bagus..good luck utk 2nd stage

    ReplyDelete
  2. thanks 4 this entry kak... lama dah tak pegi temuduga.. meuhehe

    ReplyDelete
  3. tips yang bagus untuk calon-calon temuduga :)

    ReplyDelete
  4. info n tips yang menarik..tq for sharing..kunjungi blog sya http://nurulaina174.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Owh..stage by stage..
    Harap asma berjaya dapat kerja tu.

    ReplyDelete
  6. Anda ditag:
    http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/09/liebster-award-1-tagged-by-farrah-mf.html

    ReplyDelete
  7. Semoga berjaya dalam temuduga. Pastikan sentiasa confident bukan over confident. Terakhir ingat, Penemuduga anda tidak akan makan anda. Jadi keluarkan suara yang confident

    ReplyDelete

eh, comment? terima kasih ye....