Thursday, July 24, 2014

Kasut Vincci RM19.50


aritu aku ade pergi shopping kan?
tak ingat lettew.
ade aku cerita kat sini pasal kasut aku beli tu.

ramai tak caye harga kasut aku tu.

meh aku tunjuk sikit kasut RM19.50
;D




actually kasut ni nak pakai time raya tapi aku ni jenis tak menyabor sangat, teruh pakai je. keke

amacam? tak caye lagi? 
pergi la serbu padini outlet tu. kan ade vincci dalam tuh. 

;D

till then, 

thanks readers,xoxo!

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday | 2014















taken from instagram mizznina.

Ya ALLAH. sebagaimana Engkau pernah menghantar
burung-burung ababil menghancurkan 
tentera bergajah musyrikin,
maka kami bermohon kepada MU Ya ALLAH,
turunkan lah bantuan MU kali ini kepada orang-orang islam di
Palestin,
hancurkanlah tentera rejim zionis israel.
amin.
KAU makbulkanlah doa kami ya ALLAH.


Terima Kasih tuk Awak !



semalam blog irrayyan buat review nuffnangers yang visit blog beliau.
aku tersenarai jugak. kekeke.

tetiba arini rasa nak godek MR NUFFNANG 
nak jugak tengok list siapa yang visit blog aku kan.
stalker ekkk.....!.kekeke










terima kasih ye sudi datang blog titeww.
titew maluww. auchum!!


btw, thank jugak silent readers. i think i know who u are. kehkeh
stalkerr sangat. ;D







bagus la si nuffnang ni buat list visitor gitu. btw, nuffnang oii, dah taknak tambah aku punyer cpuv ke?? grrr. bagi la seploh ke, doploh ke. kekeke
*bodek tu penting ;D


dah, dah, pergi lawat blog dorang cepat!
blog dorang best tau!


till then,

thanks readers! always xoxo!

Tuesday, July 22, 2014

Kad Raya dari Si Dia

 

 

untung la sekarang ni hantar kad raya guna online je kan?

amboiihhh.

tak reti bersyukur (-.-")

ni hah, kawan dari PERAK hantor kad raya thru online je.

 

 

 

dia kerja kat SME BANK. sebab tu tema SME bank. :D

kad raya

selamat hari raya jugak tuk awak disana.

semoga sepanjang perkenalan kita tiada yg terguris hati. kalau ada, maafkan la ye.

kosong, kosong, kosong……

 

 

 

p/s: tahun ni tak dapat prepare kad raya. tak sempat. huwaaa T_T

 

till then,

thanks readers, xoxo!

Monday, July 21, 2014

Shopping Raya



2014-07-19 19.55.14
tuk ayahanda, bonda & adikanda.
tuk aku nan hado. eh, tipu. ade la sikit.
tahun ni ada la rezeki lebih sikit. so, aku share-share la mane yang mampu.
kalau tuk orang tua ni, takleh berkira sangat. kalau kita berkira, ALLAH akan berkira jugak ngan kita.

aku beli kasut kat vincci harga RM19.50. ;D
bapak murah weh!
lupa nak snap! –.-

C360_2014-07-18-13-14-31-053

nowadays kan, suka sangat baju warna putih. tak tahu napa. baju ni kalau tuck in, dah macam hotelier pulak. tapi smart!
chiffon blause dari brand outlet.

tu je kot aku shopping.
kazen aku lagi banyak shoping.
berat kereta duk timbum beg shoping.
perempuan kan.
;D


korang shoping pe pulak raya-raya ni.
meh share meh

till then,


thanks readers, xoxo!

Thursday, July 17, 2014

Food Review: iftar di Sumai Hotel Apartment



bebaru ni sehari sebelum cuti Nuzul Quran, firm aku ade buat majlis berbuka puasa
kat Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu.
biasanya adik aku la teman aku g majlis2 gini. tapi dia duk asrama, terpaksa culik si alia. nasib baik die nak teman.
oh, kebetulan alia dapat no 1 dalam keseluruhan darjah 4. kira treat die gak la nih jimat kan?
;D

ofismate aku sampai awal. aku pulak dalam pukul 7 baru sampai terus amik makanan. ;D
macam biasa, bila nampak makanan, terus lupa nak snap gambar –.-"

2014-07-14 20.00.32
4 meja besar, 1 meja kecik. tu nama firm audit. :D


2014-07-14 19.25.56
aku amik sikit je nasi. udang die sedap!!

yang paling banyak aku tambah ialah…….
2014-07-14 19.26.03
of kos la si kambing bakar. 2 3 kali aku tambah hoiii. sedap nak mammppp….!
ni kalau mak mertua tengok kompem geleng kepala. dah aku ni duk kejap je, terus licin. chef tu senyum KAMBING tengok muka same je duk ulang alik amik kambing. :D

2014-07-14 19.51.30
tengok la si alia makan. aku paksa die makan banyak sebab nak gemuk. ni kecik cinonet sangat. on the way balik umah, alia terbungkam dalam kereta. tido kekenyangan.;D



2014-07-14 19.55.34
eh, motif amik gambar tisu?? aku tak sempat nak snap frontview die. gambar tisu pon jadi la kan?
bhahaha

satu je tak best kat sini, ruang antara kerusi tu sempit sangat. nak lalu pon terpaksa berhimpit ngan kerusi & makanan jauh sikit la. kalau kuih muih, kat bawah sikit. kalau kambing bakar kat luar koridor.
makanan berat sebelah meja aku. eh!
:D

harga???
disebabkan salah sorang bos aku audit sumai hotel apartment, so die bagi harga special.
ni actual harga
RM49.90 tuk dewasa
RM 39.90 tuk kanak-kanak
harga special tu aku tak ingat dah.
tapi semua firm yang tanggung!
g bawak perut kosong je.
thank you bos!


till then,

thanks readers,xoxo!

Wednesday, July 16, 2014

Ainim Nak Bagi Kad Raya

Assalamualaikum...






Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com 
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^

Banyak Akal + Banyak Mulut !

suatu hari on the way pergi amik si budak kecik nih.

“ cik kak, lambat ah cikkak datang amik anip”
“alaaa… lambat sikit je. jalan jem td.”
“ooo…”
“puasa tak ni?”
“mesti la puasa”
“ok”

selang beberapa saat.
“ cik kak, kenapa banyak sangat kereta kat jalan ni?”
“ dorang nak balik berbuka puasa la tu”
“cik kak, kita ni nak balik berbuka puasa ke?”
“iyee laa. kan tok buat majlis berbuka puasa ari ni.”
“eh, mana boleh buka puasa lagi. kan tak magrib lagi!” sambil pegang biskut tangan kiri kanan.
k fineee  –______-"

selang beberapa saat
“ cik kak, kenapa kereta tu duk tepi jalan”
“oh, kereta mati la tu”
“bukan kereta mati lah! kereta bukan manusia!!”
ammboihhhh
k fineeee!
-_____-"

IMG_20131018_115449
tu si anip yg senyum paling lebar. suka sangat bertempek ngan aku. dah macam ibu beranak 3 ok! haha.
iolss muda lagi tau!
;D


speechless aku ngan bebudak kecik zaman sekarang. banyak akal benauuuu!
tu si anip. banyak mulut sunguh.
oh, die salah sorang anak saudara aku. semua anak buah aku panggil aku cik kak.
amboiii feeling muda sokmo la. ;D



p/s: pasal si kereta CDM 25 tu, kite ni toksah la duk kutuk dia mcm keyboard warrior sangat. just doakan dia la. moga diberi hidayah kesabariah yang tinggi. ni same2 duk kutuk si perempuan tu. same jugak la mcam dia. iyedok?

p/s: aku pon pernah je langgar orang, & orang langgar kereta aku. but must IMPORTANT is RILEKKK & COOL DOWN. semua benda boleh settle ngan baik.
peace yaw!

till then,

thanks readers, xoxo!

Monday, July 14, 2014

Kerja Part Time

Assalammualaikum WBT
hi
tahniah kepada German! menang world cup football.
even aku ni taklah minat sangat bola. ;D

hurmmm
dah takde idea sangat la ni nak update daily. pftttt
so, sekarang ni aku terima kerja part time.
penat gak la bulan puasa ni.
tapi nak buat macammana rezeki jangan ditolak.
bukan susah sangat pon.
just jadi akauntan sementara tuk kawan bos aku.
gaji tu tak tahu la macam mana.
akaun agak terabur.
aku kena start buat akaun dari tahun 2012.
3 tahun yg lepas babe!
sabariahhh jelah!
even dalam hati pilu
;D
aku start keje pukul 8 – 4 ptg.
after keje pukul 4 tu aku terus pergi keje part time.
balik pukul 5.30 ptg.
xpe la. rezeki kan.
;D
 download (1)
perempuan kan multitasking. ;D


p/s: ntah pape je aku mengarut.
p/s: maaf kalau aku tak sempat nak blogwalking. nanti aku p singgah ye.

till then,

thanks readers,xoxo!

Sunday, July 13, 2014

Food Review: Iftar di Ulek Beach Resort

Assalamualaikum WBT
nak abeskan cerita peram nih. ;D
habis je tengok cerita transformer, terus balik ke dungun.
kiteorang berbuka kat ulek beach resort.
sekali sekala feeling uranggg kayoo. ;D
best gak kat situ sebab ade kambing bakar.
aku ni peminat 1 kambing bakar.
sedapp woo. sampai sekarang terasa kesedappan nya, slirppp!!


Picture 102960
gambar cilok dari google. tak sempat nak bergambar sebab duk kalut kutip makanan. bhahah.
nampak sangat pelahap. ;D


IMG-20140705-WA0002
tengok makanan full ok. bahaha.
sipi je ko lia. ;D

IMG-20140705-WA0004
sorang je kumbang. bakal laki si erra. ;D


 IMG-20140705-WA0007

si erra kemain pakai jubah. aku saje kelentong die, die sunguh2 pakai. ;D
xpe la. ayu sikit kan. ;D

 IMG-20140705-WA0008
yeah. just 4 of us.

makanan best & banyak pilihan. sup die perghhhh. pekat sangat sampai jilat sudu.
kiteorang makn kat situ sampai pukul 8.30 mlm.
oh, kat situ ade surau. senang la sikit. lepas berbuka kejap terus p solat then sambung makan balik. kahkah;D
thanks lia coz belanja kiteorang! muahh sikit!

tempat ni kat dungun. depan pantai tu. ala… jalan ke arah UiTM dungun.
pukul 9 terus bertolak balik ke terengganu.
malam tu p makan dorian pulak.
dasar hantu doriann!

2014-07-05 23.32.16


till then,

thanks readers,xoxo!

Friday, July 11, 2014

weekend vs weekdays

Assalammualaikum WBT

hi
happy weekend to terengganu-ian, kelantanian & kedah-ian.
aku ni jejarang je nak post hari weekend ni.
sebab time weekend ni lebih bz dari weekdays.
hoihhh

penat toksah cakap.

kalau weekdays tu just datang ofis bleh rilek2, goyang2 kaki, tido 
ni kalau weekend...
start dari lepas sahur truuuttttttt sampai siap semua baru la boleh rilek.
pheww.
ni aku rest kejap.
tak tau la kejap ke lama. ;D
sementara tunggu baju siap dibasuh oleh mesin.
ade jugak kena basuh tangan tu. 
penatt wooo

aku respect la sesiapa yang kerja, then balik kemas rumah pulak then 
yg ada anak lagi la penat.
pheww.
salute!

aku ni yg takde anak tp ade anak buah pon dah rase nak jegil mata kalau dorang buat sepah.
adoii. takde kesabariah sangat bulan puasa ni.
-.-"



oklah, nak sambung buat kerja. petang ni ade majlis iftar kat umah aku.
family2 terdekat je yg datang.




happy working to those yg kerja!
esok dah weekend yep!


till then,


thanks readers, xoxo!

Thursday, July 10, 2014

Movie Review : Transformers 2014 , Age of Extinction

Assalammualaikum wbt

hi
still mood transformers, age of extinction ke? 

hari sabtu minggu lepas, kawan aku si erra ajak layan transformers.
dia dari kuantan, aku dari terengganu decide jumpa kat mesramall kerteh.
actually berempat. pakwe die tumpang kereta aku. lia pulak dari dungun. 



movie start pukul 2.30 ptg. abes pukul 6. tapi tak rushing sebab dah booking tempat berbuka puasa.
so, macam ilek aje tengok movie ni.

bagi aku cerita transformer ni agak hurmmmmmm... gitu.
kawan aku si lia, siap tido after sejam pertama tu. hahaha
aku layan sampai abes jugak la even boring.
padahal takleh tido sebab sound kuat sangat ;D


semua muka baru dalam cerita tu.
part lucu si bumblebee la. 
dari awal2 dulu lagi aku suka si bumblebee nih.

tak sangka jugak si megatron hidup lagi.
optimus prime still hebak. ;D

rasanya akan ade sambungan kot. huhu

kite tengok jela nanti.
harap lebih menarik ;D
kemain review mcm pro
pooorahhhh!



p/s: nanti aku review tempat berbuka puasa. sedapp wooo


till then,

thanks readers, xoxo!


Wednesday, July 9, 2014

Wordless Wednesday | 2014















pic from google
Ya ALLAH selamatkanlah mereka. ;')
meh sesama doakan untuk mereka.

Kena Tahan Tepi Jalan


Salam 7-1
bhaha. gelak je aku tengok GERMANY VS BRAZIL . kalah teruk si brazil. ;D
ok. bukan nak cakap pasal bola okeh. nak sambung entri aritu.
lepas je balik dari JPO, nak sampai mersing dah.
tetiba ada benda tahan kereta aku.
masa tu lewat petang asar.
berdebar gak weh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni hah yang tahan kereta aku.

IMG-20140627-WA0004
si durian johor! ;D
debor letew. takde nya mistik2 aih.

banyak jugak aku makan aritu. maka bersiap sedia la tuk sedawa dalam kereta! ;D

IMG-20140627-WA0006
tengok bonda makan tu. nampak sangat sedap sampai tutop mata –.-"
feeling lebih ;D

IMG-20140627-WA0005
si anak pon nak jugak.
oh, abaikan pipiku duk makan durian tu. ;D

ayahanda??
dia memang anti kamera. aihhh. geram sunguh !
IMG-20140627-WA0007
amboiii! pandai ko selfie eh! ku bagi durian kan!!

abes je dirasuk durian, terus balik kuantan. shoping situ kejap. then esokkan terus balik terengganu.
my short trip yg sangat shortttttt !!

till then,

thanks reader, xoxo! salam 7-1 again. wakakak!

Monday, July 7, 2014

Cuti Raya Puasa!


hari ni before bos balik, bos announce cuti raya! 
awal benau bos announce. macam tau2 je mood raya dah dekat ;D



so, cuti seminggu deret bos bagi. 
from 27hb - 31hb
yahooo!!
tak yah amik cuti dah.
save cuti tahunan aku yang tinggal sikit je tu. bhaha ;D
thank you bos! mohon bonus tu cepat sikit agih ye. -..-


mood: excited!

thanks readers, xoxo!

Johor Premium Outlet


lepas je melawat HAIWAN KESAYANGAN ayahanda, terus pergi ke kota tinggi.
ya ampunnn! jalan ke johor dah macam ular mabuk! adik aku siap muntah lagi.
dia tu tak pernah2 muntah, tapi kali ni memang naseb die. pucat lesi muka die. haha. sian pulak.
sebenornya, famili aku ni terlajak. nak ke kota tinggi tapi terrrr pergi ke mersing. bhahaha.;D
tapi mersing ni takde pe sangat. so ayah aku pergi atas lagi sampai ulu tiram.
dah sampai situ, aku pon pe lagi pujuk ayahanda pergi JPO.
dah dekat sangat dah ulu tiram ngan skudai tu.
;D

kebetulan aku dengor sale kaw-kaw kat JPO tu.
nak shoping tapi duet nan hado –.-"


IMG-20140627-WA0000
lepas je amik gambar ni, bateri terus out! cehhh
memang tak sempat nak bergambar banyak2!



best jugak kat JPO.
ade beg yang berkenan tapi duet tak berkenan.
kemudian je lah khennn.

ayahanda je lah yang sakan shoping!
jeles betol. ;D


abes je ayahanda shoping, kiteorang terus balik kuantan.
pergi joho balik hari kauuu!
mampoo??
;D
thats my ayahanda!

otw balik tu, kite orang berhenti tepi jalan.
nak tau kenapa… hah next entri.
see ya!


till then,
thanks readers,xoxo!

Saturday, July 5, 2014

The Sexiness

Assalammualaikum WBT
hi
lately kan aku suke benau post makanan sexy mexy ni.
saje nak korang terliur. ;D

so, aku perkenalkan AYAM KAMPUNG PANGGANG

2014-07-03 18.50.43
sexy benauu duk bertenggek gitu. aummm!


2014-07-03 18.56.12
yg ni after di kerat 14. yg tu kuah percik bonda yg buat.

resipi? lupa la babe, aku nampak bonda main campak2 je. aku tolong kacau & bakar ayam aje. dan satu lagi aku tolong makan. bahhaha ;D

till then, adios


thanks readers, xoxo!

segmen: blogwalking sempena RAMADHAN 1435H


nak join? klik banner bawah ye :)






thanks readers,xoxo!

Friday, July 4, 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80




semangat lain maciammm sikit kalau orang jemput join give away ni. lagi2 ade hadiah khen... -..-


meh join meh. clik banner bawah tu. simple dimple kimple!



selamat berjoin ye!

thanks readers, xoxo!

Thursday, July 3, 2014

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

assalammualaikum wbt

tetiba rasa nak join segmen ni.



nak join? klik banner hijau tu. simple je tu!


thanks readers, xoxo!

Udang Galah Kuala Rompin

 
another unplanned trip. ;D
macam tak biasa aku ni suka g jenjalan tak rancang ni.
kali ni mood ayah aku nak shoping mengalahkan anak daranya!
ammboii ayahanda ku ni.
jauhh bebenor g shoping. takpe la. asalkan duet anakmu tak terjejas. ;D
ayahandaa, boleh anakanda yang cantik rupawan ni tumpang sekaki? ayahanda yg kacak bergaya tolong menbayarnya?
boleh blah! –.-"
 
sebelum sampai tempat shopping tu, ayahanda singgah melawat haiwan kesayangannya.
si UDANG GALAH.
IMG-20140627-WA0001
adik aku punyer kerja. –.-
 
 
2014-06-27 10.39.22
amboii bonda! sedapp duk meratah haiwan tu??
 
 
IMG-20140627-WA0002
bonda bukan cina ye. keaslian mata sepet.
saje tak letak gambar aku sebab adik aku terlampau “expert” ambik gambar. grrrr!
 
 
2014-06-27 10.32.29
before
 
 
2014-06-27 10.39.30
after ;D
 
 
so, family aku makan 10 ekor haiwan sesungut ni total RM120.
family aku dah jadi regular customer kat kedai ni. so die caj udang saje. nasi & air free of caj!
ade je kedai lain2 tapi harga agak mahal. so, kalu korang nak g rompin or otw ke johor, singgah la makan. rugi tau kalu tak merasa. ;D
kat situ ade jugak jual buah berangan, tapi time aku pergi tu, die dah tutop sebab nak puasa kan.
 
so, after makan, perut manyak kenyang, shoping time! kat mane? next entri ye. ;D
 
 
 
p/s: kejadian ni sebelum puasa haritu. bukan sekarang. kan ade jer yg salah faham. ;D
 
thanks readers, xoxo!










































Wednesday, July 2, 2014

Wordless Wednesday | 2014

Assalammualaikum WBT

hi


pic from google

p/s: bosan ngan negetive people yg suka tengok orang lain jatuh. moga dijauhi. 

perkara sebenar yg berlaku pada OKU.


aku dapat info ni dari sumber sini. dapat tau lama dah tapi terbantut aje nak post. ari ni baru nak post. sorry –.-


Untitled
me and my angle…
sesak dengan news feed berkenaan bantuan yg kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU.
betapa masyarakat dibutakan dengan kononya semua anak oku layak menerima bantuan bulanan RM300.
ini hakikat yang sebenar wahai semua…
bantuan itu akan disaringkan, aku yang hanya kerani dan suami seorang atenden hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. bagi yang layak pulak perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…

sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti angle. ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…

mungkin kerana bos yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati, bantuan bagi yang layak ditolak dihitung… akhirnya hanya layak RM50. ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas.

heloo hanya untuk yang boleh menguruskan diri… anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri… makan pun bersuap… kencing berak dibasuh…
so, kesudahkannya majoriti semuanya tidak bersekolah.
andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuna untuk mereka… bukan untuk ibu bapa pun. hak mereka hanya gah di kertas.. gah di FB, di laman sosial. hakikatnya kamii yang bergelut seharian.. syukur ALLAH masih memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadanya…

semoga dapat membuka mata masyarakat.


thanks readers,xoxo!

Tuesday, July 1, 2014

Hadiah dari KOPYIT

 

Assalammualaikum WBT

hi & selamat pagi..

 

minggu lepas banyak betul meeting kena hadir. alhamdullilah bulan puasa ni dah takde meeting. phewww. last meeting minggu lepas pada hari khamis iaitu meeting KOPERASI PEGAWAI & KAKITANGAN YAYASAN ISLAM TERENGGANU (KOPYIT).

kejap je meeting tu. just datang dengar & balik. oh before balik tu, dapat la hadiah cenderamata dari KOPYIT ni iaitu sebuah ALQURAN. Alhamdullilah. tak yah dah beli yang baru. semoga dapat khatam di bulan puasa ni. baru suku surah albaqarah. chaiyok2!

 

Untitled

 

terima kasih KOPYIT sudi bagi hadiah ni even akaun korang taklah cantik sangat & selalu buat aku bertukar jadi hulk. –..- so, see u next year. harap tahun depan akaun ko ni cantik la ye. ;D

eh, aku ni external auditor bukan akauntan die. :)

 

thanks readers, xoxo!