Tuesday, November 20, 2012

lagu

 

 

Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu


Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikiranku hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu

Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu..

 

images2

 

p/s: lagu ni memang best. macam sweet-sweet gitu…. cewahhh!

Tuesday, November 13, 2012

the “k” messages

 

Assalammualaikum WBT..

 

amboi… rajin gile main update ni kan…. macam takde keje nak buat kan… padahal minggu ni minggu DISASTER! caplock on teruh tu. ape tak nye, minggu penuh dengan test yang berderet-deret and non stop! mau gila rasanya dengan tak cukup tidor, tak cukup makan, tak cukup nak online.. eh!! tetttt.. tipu lettew! ahaks..

 

“k…………………….”

 

erk???? aku tengah excited cerita tu beb! “k…..” je ko balas?????? nak kena cepuk? perghh.. bisa kot mesej “k” ni. tipu la aku tak pernah balas mesej “k” ni. dan paling teruk aku ada sejarah yang menyebabkan aku putus hubungan. hubungan kawan ok. takde lebih dari tu. si dia ni tengah excited bercerita tentang kerja dia. then aku balas “k..”. pastu, terus dia diam dan tak balas mesej da. time tu aku rasa bersalah gila-gila. opppssss… sorry awakk…. tu cerita lama da. masa aku tengah praktikal dulu. alasan aku balas macam tu adalah aku sangat penat sebab baru balik outstation. time tu jugak supervisor marah aku sebab overdue hantar proposal.  maybe silap timing kot. eheks…. -___-”

 

so… nasihat aku kat korang-korang semua, jangan la tiru ok. sila la balas mesej dengan elok dan sopan sekali. and make sure your partners tu happy time bercerita. pernah jugak tersasul hantar mesej gitu. hiks.

 

C360_2012-11-12-18-32-49

macam orang tu.. happy je time main pantai. eh!! takde motip.

 

thanks readers.Red heart

Thursday, November 8, 2012

hey you.. this my answer..

 

Assalammualaikum WBT…..

 

DSC02514

 

heyy you, I wanna tell something…….iheartyou. Winking smile

 

 

thanks readers

Sunday, November 4, 2012

Jodoh

 

Assalamualaikum WBT..

 

aku kaku gila nak update blog kali ni. tak tahu kenapa beb… maybe dah lama aku tak update, terus jadi kekok and tak tahu nak mula macam mana… ok, aku malas nak intro panjang-panjang. aku tahu korang bukan nak baca pom. kompem skip terus ni. muahahahah.. kan dah kantoiii…

 

jodoh? perkataan ni lama dah kot bermain dalam otak aku ni. sampai dalam kelas pom boleh berangan dengan perkataan jodoh ni… homaigaddddd….. nampak sangat aku tak fokus dalam kelas kan? hekhekhek….. aku terfikir pasal jodoh ni bukan pe.. ni sebab salah sorang kawan rapat dari sekolah dulu telah selamat isteri orang. tahniah dan aku ucapkan semoga berbahagia hinggan syurga. dan soalan paling aku tak suka ialah bila pulak jodoh aku sampai? yela.. dah kawan rapat dah nikah, mesti la orang akan pandang kawan dia pulak kan?

 

adakah tiada orang ingin kan aku? aku ni tak lawa ke? aku ni jahat sangat ke sampai takde orang nak? semua tu bagi aku hanya ALLAH yang menentukan.. banyak kali aku dengar cerita. bercinta bagai nak rakk.. sampai bertahun-tahun, tapi kesudahan nya dengan orang lain jugak.. bagi aku, ALLAH itu sudah menentukan jodoh yang terbaik untuk kita. tak usahlah nak bercinta bagai nak rakk sangat.. *sindir pada diri sendiri. hekhekhek… so, sekarang ni, aku hanya berdoa ALLAH mengurniakan jodoh terbaik untuk aku. amin…..

 

C360_2012-10-04-09-25-36

smile…..Smile

 

*actually, mak banyak kali dah tanya pasal jodoh.. aishh.. mak ni. tak sabar nak menantu lelaki pertama kot. –.-

*oh ya, selamat pengantin baru buat farid kamil & diana danielle.

 

thanks readers..

Thursday, November 1, 2012

sorry……

 

Assalammualaikum WBT…

maaf.. satu patah perkataan yang aku dapat berikan sekarang kerana sudah lama tak update blog aku ni. terasa ingin delete sahaja blog aku ni. tetapi rasa sayang pulak. insyaALLAH aku akan update cerita-cerita lama terperam ni. stay tune babes…

images

p/s: rindu nak update gila2 macam dulu.. sobs..

 

thanks readers.. LOT OF LUV.

Friday, September 28, 2012

megi ketam! ohsem!

 

Assalammualaikum WBT…

 

salam malam jumaat. erkkk??? owh.. no! no! and no… to blue minded okeh. ni bukan nak cerita pasal malam jumaat ke hape. gua nak cerita pasal makanan. amboiii… sejak dua menjak ni asyik berkepit dengan makanan aje. takleh berpisah langsung! orang tengah bahagia memang begitu kan.. hikhokhikhok….>..<

 

oleh kerana gua terasa sangat kaya pada malam tu, terus gua ajak teman gua pergi mencuba megi ketam bistro kat daerah dungun, terengganu. fuuuu…… gilakk betol menerai makanan mahal-mahal ni. korang nak tau harga??? sabor la ep… last entri baru gua bagitau..ngehngehngeh

nak tengok tak megi ketam gua??

 

tada………

 

DSC03387

nah… ketamku saiz F. ni pon da besar. tak tau la besar mana kalau saiz A. gamaknya besar meja kot! bhahahaha….! dan harga nya mengikut saiz ketam, makin besar ketam, makin up la harga ok… >..<

 

 

DSC03389

hasil penangkapan ketam malam itu. kikis isi ketam hingga ke lubang cacing! wakakaka…. punya la kekok nak makan, last-last lipat lengan baju, pakai jari je duk meratah ketam tu.. kalau nak ayu-ayu, gua saran kan takyah makan ketam ye. auwww…! sodapppppppppp!!!!!

 

ok…ok…. ni part gua nak cerita pasal harga.. tarik nafas dulu ye… fuuuu….. megi ketam gua makan tu saiz F, harga nya RM19! MAKA, makin besar makin mahal la kan. paling mahal kat situ RM29.. tak pe la kan. sekali sekala. buat investment untuk perut. hikhokhikhok…. tapi………… bukan makanan je yang marbeles, minuman pom super nyummy! kawan gua minum air manggo! memang superbbb!!!oppss.. lupa nak amik gambar!

 

so, gua sarankan kat sesiapa yang merasa kaya, boleh la menerai kat situ. lokasinya: megi ketam bistro dungun, tepi sekolah imtiaz dungun.

 

ok, adiosss….

 

thanks readers!

Wednesday, September 19, 2012

wordless wednesday|19 sept 2012

 

Assalammualaikum WBT….

 

 

 

DSC03343

 

gua nak bela haiwan ni. tekad dalam hati ni….*muka serius!

okbai!

 

p/s: ada orang cakap gua gemuk macam binatang belakang gua tu.. (-.-")

Wednesday, September 12, 2012

mengaktifkan sel-sel otak?

 

Assalammualaikum WBT….

 

lama gila gua tak update kan? mohon maaf ye.. gua sibuk sikit sejak awal september haritu. ni baru berkesempatan update blog gua… hikhok… macam la gua sorang je yang sibuk kan? hikhokhikhok…..

 

alkisahnya.. gua telah masuk semester baru setelah 6 bulan mengerah keringat berpraktikal. yahooo… ni semester terakhir gua! sape tak seronak wes….? habaq mai kat gua. 5 tahun setengah gua berteleku di universiti sama! bapak boring! even boring pon, gua tetap ejoy duk dungung neh! =..=

 

by the way, siape tengok status face book gua arini? yang pasti sape yang tak friend ngan gua, kompem tak tau kan? muahahahaha…  hari ni gua sentap giler2 kot. sangat2!!!! *banyak giler tanda seru disitu menunjukkan betapa gua serius tahap cipan! *buat muka serius..=,=”

puncanya harga makanan kat dungun ni makin mahal nak mampusss!! mencikkk giler2 kot! dah la warung aje. bapak mahal! gamaknya toke tu bajet warung die setaraf hotel taraf 10 bintang ke hape…!!!??? tapi agak-agak la kalau nak mencekik darah or hisap darah sekali pom! gua memang marah dan sentap arini. >..<

 

mohon sangat la.. jangan la memandai nak naikkan harga makanan, sedangkan kos pembuatan tu tak naik pon! nahhh…! hamik ko! nak sangat memain dengan budak kos accounting ni. semua benda nak kira kos! demn!!

 

ok! puas hati aku dapat luahkan segala amarah dalam blog! wakakakaka… kesian korang kena baca dengan nada marah…fuuuuuu……!

 

C360_2012-09-10-15-21-02

sayangi duet yang anda dapat hasil dari titik peluh anda sendiri…

pesanan ikhlas dari gua! >..<

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday| 5 sept 2012

 

Assalammualaikum WBT…

 

DSC03333

meet my kapo…

thanks to him=)

 

 

thanks readers….Red heart

Friday, August 31, 2012

I love you! yes, I do!

 

Assalammualaikum WBT…

 

Dear MALAYSIA, I love you so much!

merdeka

merdekakan diri dari aspek rohani & jasmani dari penjajah barat.

 

 

thanks readerRed heart

Wednesday, August 29, 2012

wordless wednesday|29 august 2012

 

Assalammualaikum WBT…

 

284948_438351329541232_2026101226_n

Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :


" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"

(Riwayat Abu Daud no.1260)

 

 

 

 

558550_438512426191789_1302262035_n

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.
Cara untuk mengerjakannya ialah:


• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’
• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
• Membaca doa berikut selepas salam:


“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”


“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”


“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
Amin ya rabbal a'lamin...

 


Credit to Photoline Creative Studio & fanpage ustaz Don Daniyal Biyajid

 

 

thank you readers. Red heart

Sunday, August 26, 2012

raya sakan oii…


Assalammualaikum WBT…

huishh.. uollsss… ramai betul tak update blog eh? termasuk gua jugak la ye… kemain lagik raya. terus blog dipinggirkan. hahaha….

edit
muka mintak penampor, eh bukan! mintak duet raya… hahahaha…
gua tak sempat nak snap beratus-ratus picture ni sebab……


hakikat sebenarnya…




scroll down lagik




lagikk






bawah lagikk








DSC03291
gua jadik baby sitter lagikkk…. waawaaa….Crying face
bukan main jeling lagi budak tembam tu. tahu nak susu aje.
p/s: bukan anak gua ok. gua still single plus available ag… kahkahkah….
ok. tu aje…adiossssa!


thanks readers…Red heart

Saturday, August 25, 2012

cahaya shawal


Assalammualaikum WBT…

DSC03169
gua selaku penyimpan mohor-mohor diraja kucing mengisytiharkan bahawa esok adalah raya buat golongan kucing… sekian…yahoo… yabedabeduuuuu…..!!!





cop..cop… sorryyy weh… blog gua kena hack… memandai je kucing gua nak update blog gua, gua tarik bulu hidung lu baru tau!
ni yang sebenarnya: ehemmm.. ehemmm….


20120622_181750
saya, cik asma bluppy ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat. gua mintak maaf banyak-banyak jikalau ada terkasar bahasa, terguris hati di sepanjang gua berblog walking, update entri yang korang terasa ulu hati dan sewaktu dengannya la…

dan… gua disini amat berbesar hati kepada sesiapa yang ingin memberi gua duet raya… siapa taknak duet raya hoiii…. kahkahkah….Open-mouthed smile

dan….. sesiapa yang balik kampung tu, berhati-hati la dengan speed track. jikalau anda semua sayangkan duet raya anda, sila pandu dengan cermat. *saman gua tak settle lagi ni… (-,-”)

okla, nak sambung jahit manik. merelip mak jemah time raya nanti uolllzz….! kahkahkah

p/s: semoga ramadhan akan kembali lagi… sedihnya! sobsob..Crying face



heart readers..Red heart

Wednesday, August 15, 2012

jemputan majlis iftar

 

Assalamualaikum WBT…

 

gua selaku pemegang mohor-mohor diraja, ingin menjemput semua hadirin dan hadirat sekalian makan jemput-jemput pisang…. eh.. eh… eh… sesedap mulut aje kan nak jamu anak orang makan jemput pisang. *sekadar iklan.

 

Jadual-Waktu-Berbuka-Puasa

 

mai nak dekat-dekat nak royat mende se ey… gua ingin menjemput anda semua menyertai majlis iftar blogger terengganu. tak semestinya anda bukan blogger terengganu dok leh join. semua boleh join. memandai aje gua menjemput anda sekalian kan? harap admin tak marah la ye…. ngehngehngeh

 

mari kita memeriahkan…….!!!!!

 

tarikh kejadian: 16 ogos 2012 bersamaan 27 ramadhan 1433 H.

hari kejadian: khamis, esok la hoiii…..

waktu kejadian: 5.00 petang until berbuka puasa la.

lokasi kejadian: dataran shahbandar, terengganu..*boleh google map, GPS..

 

pape pom, korang leh rujuk di sini: https://www.facebook.com/events/394597463929164/

 

kepada sesiapa nak kenal gua yang pemalu nih, mari la ye… leh kita berkenalan.. hikhokhikhok…..Smile with tongue out

 

 

 

pakat g serbu ramai-ramai…Smile

Friday, August 10, 2012

problem gua: komfius?


Assalammualaikum WBT…

ni masalah utama gua sejak kebelakangan ni. gua tak tahu macam mana boleh komfius ni. adakah otak gua ada masalah? adakah gua ada penyakit mental? adakah gua akan gila????? tidakkkkkk!!!!! andeeeeeee….!*version korea
tapi……. masalah ni berlaku apabila gua berblog walking sahaja! aikkk??? tak ke pelik tu?
problem gua apabila gua sedang membaca entri and then, gua tak paham apa yang penulis ingin sampaikan… sedih giler gua time tu! rasa nak menjerit macam tarzan pom ada! memang salah gua jugak. otak gua agak lembab untuk mentaksir makna yang tersurat lagik tersirat..!! kena makan kurma dan kismis banyakkk-banyakkk ni.


images2
tell me whyyyyy………!!!!!

gua mintak maaf la ye kalau gua tak tinggal komen or tinggal jejak. adakala gua nak komen tapi takut komen benda sama aje dengan orang lain. so, gua jadi silent readers aje la. maap… maap.. maap….
untuk makluman ye, gua hanya guna sekor beruk untuk menyambungkan gua dengan dunia jalur lebar ni. atau nama saintifik nya broadband. sedia maklong aje la ye. kelajuan beruk-beruk ni setanding dengan F1. ok! gua sindir disitu. maapp.. maappp.. maapppp…..

harap korang tak kecik hati ye… itu punca dari gua yang kudus lagi hina di mata ALLAH. yang baik tu semua dari ALLAH. peace no war…

ya ALLAH, Engkau selamatkan lah saudara- saudara seislam ku di bumi rohingya serta seluruh alam ni. Engkau yang maha pemurah lagi maha pengampun. amin….

p/s: dunia semakin teruk… kita yang semakin alpa? tepuk dada, tanya iman..

p/s/s: paham tak apa gua cuba sampai kan? tak paham??? T____T

Wednesday, August 8, 2012

puding triffle pencuci mulut dikala berbuka

 

Assalamualaikum WBT….

 

kemain panjang lagik tajuk gua kan? sejak dua menjak ni, gua memang suka buat puding-puding bagai ni. ecehh.. macam gua la paling terror kan? kahkah…

 

memang gua jahat giler update entri makanan tengahari macam ni. alah…. bukan apa, mana tahu kot-kot korang nak try lepas baca entri gua ni. boleh makan terus lepas buka puasa…. hiks!

 

okeh! ni resepi nya:

bahan-bahan:

1 kek swiss roll or kek gulung

1 tin susu cair

1 tin air

7 sudu besar gula

4 sudu besar kastard

1 sudu the esen vanilla

1 tin buah koktail or nata de coco

1 pek serbuk jeli segera berperisa manggo or strawberry*depend korang la ye.

cara-caranya:

  1. potong kek swiss roll and susun dalam bekas. curahkan sedikit air buah koktail. just lembabkan kek tu.
  2. masukkan susu cair, air, dan gula dalam periuk dan masak sampai gula hancur. masukkan esen vanilla.
  3. sementara tunggu gula hancur, bancuhkan tepung kastard dengan air panas, perlahan kan api dan masukkan cepat bancuhan tepung kastard tadi lepas gula hancur. sentiasa kacau dalam 15- 20 minit dan jangan sampai berketul-ketul!
  4. curahkan adunan tadi keatas kek. dan taburkan buah koktail or nata de coco. depend korang la ye.
  5. sementara itu, bancuh serbuk jeli segera dengan 400ml air panas. kacau hingga serbuk hancur.
  6. curahkan bancuhan tadi sebagai lapisan atas. biarkan seketika, baru masukkan kedalam peti ais.. sedap dimakan time sejukkk!!!

 

DSC03161

perisa rasberry

 

DSC03078

perisa manggo

 

time tengah buat ni, memang kena guna tenaga kerja lain ye. tak sempat sebab sorang kena kacau, sorang lagik kena sedia itu ini…huhu.. naseb gua ada adek perempuan sorang! gagagaga…. gud luck ye!

 

p/s: kad raya sedang diedarkan…. hikhikhik…Flirt male

Sunday, August 5, 2012

saya nak duit raya dari fatin diana



Assalamualaikum...

uish.. ada orang nak bagi duet raya tuuu........ siapa tak nak kan? hekhekhek....




so, siapa-siapa yang nak duet rayo, sila la tekan banner tu okey..... yabedabedu....!


 p/s: its ok dato' lee chong wei kalah, permainan dia superbest! terharu... sobssobs...

ok bye!

Saturday, August 4, 2012

how to cheer up a sad friend?


Assalammulaikum WBT….Smile
when you friend in sad situation, what should you do?? wondering huh….? gua pernah mengalami keadaan macam ni. my best friend called and crying so badly. gua terkedu tak tahu nak buat pape. but….. for girl, I have a few tips.. tak tahu la menjadi ke tak untuk boys.
situation 1:
minah: babe…..*then crying so badly…
senah: bakpe ni minah oiiii……? bakpe mu nangis ni??? ace cube oyak gok? sape wat ke mung??? meh aku lepokkk???
jenab:……..

girls… don’t be like senah okey! banyak sangat soalan sampai si minah tak sempat nak menjawab. uollss can bertanya but only a few la. not bertubi-tubi soalan okeh. karang makin meraung si minah tu…hahaha….Smile

situation 2:
minah: babe…. aku sedih ni.. laptop aku kena makang di tikus. *then, crying so badly.
senah: aku pernah kena gok. tikuh tu lapor gamoknya. abeh bende nak kekoh. geram sungoh aku. kalu aku dapat tikuh tu, memang aku kenyet tikuh tu. bla..bla..bla..
jenab:…..

girls! u can story them about it but.. its more better u listen what she gonna story. tak semestinya korang kena cerita panjang lebar tentang korang alami tu. more better dia luahkan segalanya. its better be good listener than others.

situation 3:
minah: babe….. sedihnye….. *then crying so badly
senah & jenab:……

when ur best friend in sad situation, u can ajak dia keluar. leh hang out sesama and leh lupakan perkara yang dia sedih tu. jangan pulak korang ungkit perkara dia sedih tu time korang keluar. time tu korang leh enjoyyy!!!!! hahahaha..

good luck gurlsss…..!Smile

DSC_0688
oh my best friend!Flirt male
aiyakkk… tak cukup sorang!

p/s: korang mesti ada jugak cara tersendiri kan? sila kongsi kan bersama ye…..Smile
p/s/s: macam biasa, jenab memang pendiam…. wakakakakaka

p/s/s: kad raya tu akan ditutup pada hari selasa ni ye.. so cepat-cepat ye. hiks...

 
thank readers… heart u!


Wednesday, August 1, 2012

officially I’m 23 years old..

 

Assalamualaikum WBT….Smile

 

haiii ogos….. hikhikhik..In love

 

Alhamdulilah gua bersyukur sangat kehadrat ILAHI…. hari ini genap 23tahun gua hidup dalam dunia ni. terima kasih kat mak ayah sebab sabar melayan karenah anak perempuannya selama 23 tahun… terima kasih kat abang gua seramai 5 orang tu dapat menerima hakikat bahawa gua anak perempuan yang korang suka buli tu. kahkahkah… korang memang kejam plus mengada-mengada buli gua kan.. takpe, sekarang gua rindu kenang tu sebab korang selalu aje tak balik rumah!! grrrrrrr…… *tau r korang dah ada anak bini…gua pesen tak puas bermanja! acehh!

DSC_0751

   baby sitter bizi okeh! nak kol client….Smile with tongue out

oleh kerana besday gua jatuh bulan penuh berkat ni, gua tunggu besday ayahanda gua yang jatuh bulan ogos jugak! boleh celebrate sesama. kan dah jimat kat situ…! ternyata gua anak ayah…!Nyah-Nyah

 

oh ye, jutaan terima kasih sesiapa yang wish besday gua tak kira dalam facebook, telefon, blog, or depan-depan gua. semoga kita semua memdapat keberkatan dariNYA di bulan mulia ni. dan sesiapa yang sudi memberi hadiah, sila dapatkan alamat rumah gua di facebook ye..*bukan mintak hadiah pelempang ye..hahahaha

 

p/s: sesiapa yang bagi alamat tu, gua takkan display korang punyer alamat. and lebih selamat korang PM gua kat facebook gua.

 

p/s: umor dah meningkat, cuba fikir sejenak apa yang telah kita sumbangkan kat dunia ni…..

 

thanks readers…. heart u!

Tuesday, July 31, 2012

cukup sudah 6 bulan!!

 

Assalamualaikum WBT…Smile

 

31hb julai 2012.

hari terakhir gua berkerja atau lebih tepat gua berpraktikal. gua tak sangka cepat gila masa berlalu. mula-mula lapor diri bukan main nebes ag! pejam celik aje dah hari terakhir. sedihhhh nya nak tinggal tempat ni. Crying face 

banyak woo kenangan gua kat tempat ni…. In love

 

images

 

gua ingat nak sambung buat part time tapi boss gua cakap dah takde kerja da. biasa lah budak accounting ni. awal tahun aje time banyakkkkk gile baben punyer kerja. dah nak masuk akhir tahun ni memang kurang ler…Sad smile terpaksa la tanam anggur kat tepian rumah ku ni..*sadisss toll ayat gua.mencikkk! takde da kereta myvi TAT 33** main cilok-cilok pepagi buta and pepetang celik di jalanraya… muahahaha…Angry smile

 

so, ada sesiapa mau gua buat accounting, meh-meh… gua sangat takde kerja ni.

 

140420125300

muka yang happy dah habes praktikal.. Smile with tongue out

 

p/s: rasa-rasa nak hantar kad raya la… siapa nak? sila sertakan alamat ye….

thanks readers…..Red heart