Monday, September 23, 2019

i'm back :)

Bissmillahirahmannirahim..

Assalammualaikum..


apa khabar semua? setelah lama aku tak berblog, sekarang baru aku muncul kembali.
rasa kekok nak taip, kekok nak bercerita. maybe perasaan aku je ni.

by the way,

my last post was in 2015. bapak la lama gila blog aku tak terupdate. plus aku terlupa password blog.
tapi kan aku rasa blog sekarang dah tak releven. makin ramai guna instagram.

what ever it is... doakan aku beristiqomah update blog ya.

ni introduction aje. banyak jugak cerita aku kena update ni.

kehkehkeh...
till then, bye. :)

Saturday, January 31, 2015

Knock Knock by elizabeth Tan

 
hi, enjoy this song!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
bulan bintang kau janjikan
cakap memang mudah
semuanya mampu

kata manis kau beri
ku terpikat belum tentu
cakap memang murah
Oh, kau pun tahu

kiranya kau benar mahu
kiranya kau benar mahuku
One, twoku sayang kamu
jangan sakiti aku

Knock knock
mahuku perhatian
Knock knock
mahuku kau buktikan
jangan tersalah, jangan tersilap
jangan abaikan ku

Knock knock
Keberikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
jangan tersalah,Jangan tersilap jangan abaikanku

Jaga2 hati, Jaga2 nanti
Kalauku hampa kau kan terasa
jaga2 hati, jaga2 nanti
Kalau ku terluka kau punkan sama

Bukan mahu tunjuk diva
bukan nak mengada
cumaku tak mahu kecewa selalu
dan andai apa ku beri
tidak cukup untukmu
katakan padaku apa kau mahu

kiranya kau benar mahu
kiranya kau benar mahuku
One, twoku sayang kamu
jangan sakiti aku

Knock knock
mahuku perhatian
Knock knock
mahuku kau buktikan
jangan tersalah, jangan tersilap
jangan abaikan ku

Knock knock
Keberikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
jangan tersalah,Jangan tersilap jangan abaikanku

Jaga2 hati, Jaga2 nanti
Kalauku hampa kau kan rasa
jaga2 hati, jaga2 nanti
Kalau ku terluka kau punkan sama

satu.haruslah setia
dua,jangan cakap bohong
buatku menangis,jangan2
tiga,buatku tersenyum
empat,pelangi jadi satu

knock knock mahuku hanya perhatian
knock knock
mahuku untuk kau buktikan
jangan pernah kau abaikanku

knock knock
mahuku perhatian
mahuku kau buktikan
jangan tersalh,
jangan tersialp
jangan abaikanku
 
 
 
 
source from youtube.
 
thanks readers. xoxo

Wednesday, January 28, 2015

Facial Spa Review: Herbaline



Assalammulaikum & Hi uolls,

Hari jumaat lepas, aku & kawan aku si erra, pergi buat facial. ni kali pertama aku buat facial spa. memula survey tu aku pergi kat satu spa melayu. mak aihhh mahal benauu die punye treatment. sebabkan gaji tak dapat lagi, so, survey yg memurah skit.

so, pilih HERBALINE.

memula masuk tempat tu, Nampak exclusive gila. time tu dah pikir da mesti mahal gila die punye treatment.

tapi....... salah okey. nanti aku bgi tau harga treatment yg aku amik.

masuk je trus die bgi consultation pasal kulit muka.

and yes, kulit muka aku sangatttttttttttttt teruk. pimple, dark mark, pore, whitehead, blackhead sume ada start dari pertengahan tahun lepas. T_________T.

sebab tu nekad jugak nak buat facial.

time buat consultation tu, die bagi teh cina. bluekk. bapak tak sedap tapi telan jela sebab nak cantik dalaman punye pasal.

then, p cuci kaki ngan garam bukit. wahhh.. lembut & hilangla daki2 yg degil nih. :D

tapi.... lepas tu, azab gila! beautician tu kerjakan muka aku cukup2. waaawaaaa.. pedih gila dia picit jerawat aku. berair jugak la mata aku tahan sakit. dia cakap muka aku ni tak leh pakai makeup da. so, bertabah la selama 2 3 bulan tak pakai makeup. dah cakap hantu make up, sah2 la klu takde makeup terus jadi low confidence. dah la kerja aku ni jumpa client jugak. naseb la badan. sobs.

ni step die yg aku ingat la. cuci muka -- stim muka -- picit jerawata degil (azab gila) -- stim lagi -- pakai mask -- pakai pelembab -- apply krim jerawat & parut -- settle!

lepas je siap, die bagi minum air halia, then bawak ke spa fish. yg ni aku suka sangat. ikan2 kecik duk makan sel kulit mati kat kaki. rase geli2 gitu. memula cuak jugak kot2 die letak ikan piranna. tinggal tulang kang kaki aku tu. kahkahkah.

ok. part harga pulak. semua treatment tu harganya RM85 shj ok! RM85. tapi kalu korang beli produk die agak mahal la.

aku ni just gatal nak try treatment je. kekeke.
so, kalau boleh jadikan sebagai rutin sebulan sekali pergi buat treatment. :D

sorry takde gambar sebab tak sepanjang buat spa memang tak pegang phone.

for second treatment nanti aku amik gambar ye.

till then,

thanks readers, xoxo.



Tuesday, January 13, 2015

Movie Review : The Women in Black - Angle of Death

hi

adakah ini entri pertama aku untuk tahun 2015? bhahaha.

lantak lerr.



ok. semalam tergerak hati aku nak tengok cerita hantu.  the women in black - angel of death tu.
mcmmane eh aku nak review, cerita die ok je. tapi sound effect tu yg over. menyampah nau aku.
asik terkojot aje. tanjet gegel tau!

naseb la ofismate aku sangup teman aku layan cerita ni. dari awal cerita sampai nak balik asik duk gelakkan aku sebab mostly 80% aku tutop mata je layan cerita tu. kahkahkah. bongok punyer ofismate. padahal die main tutop mate gak. :D

bagi aku cerita tu 50-50 je la. sound effect je over.

nak tau kesudahan cerita die, pergila tengok sendiri ye. :D

aku bagi 2 ekor kucing dari 5 ekor. kekeke.

till then, adios miamorrr.

xoxo! muahciked

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tinggal 2014



Kejap je masa berlalu kan? Rasa baru je bulan januari. Sekarang dah habis bulan disember.

T__T

Tahun 2014 yang penuh kenangan yang aku susah nak lupa.

Banyak kenangan pahit sebenarnya. Tahun 2014 paling banyak dugaan yang aku terima. ALLAH pilih aku untuk merasa segala pahit manis kehidupan. Terima kasih ALLAH kerana memilih aku. Sesungguhnya ALLAH takkan mebebankan hambanya dengan ujian dan dugaan yang melebihi hadnya,  :’)

Maafla, aku takkan cerita perkara yang sedih terjadi kat diri aku. InsyaALLAH aku simpan sampai mati. Just aku nak bagitau, semua manusia tu tak sempurna & ada kelemahan sendiri. Masing2 ada kelemahan & salah sendiri.

Tak lupa jugak, Negara kita dilanda pelbagai dugaan. Salam takziah kepada mereka yang terkorban.

1.       Kehilangan MH370

2.       MH17 terhempas

3.       Banjir besar seluruh Malaysia


Ok. Boleh stop dah part sedih tu. Nak masuk part happy lak.

Takde la sepanjang tahun 2014 tu terjadi perkara sedih je. Mesti la ada yang happy jugak!

Tahun 2014 tahun aku banyak pergi holiday.

1.       Short escape to pulau perhentian  *klik untuk tips & pengalaman kat pulau perhentian

2.       Udang galah kuala rompin

3.       Trip ke pulau pinang

4.       Tragedy hari merdeka  ß yg ni sedih sebenarnya tapi Alhamdulilah aku still bernyawa.


Untuk tahun 2015, aku harap dan doakan semoga makin tabah terima dugaan, semakin matang dalam pemikiran, semoga jumpa calon menantu lelaki untuk mak ayah aku (erkkk…) :p

Haha. Taknya lah! Fobia betol bab kahwin2 nih. Hati aku macam tertutop terus. :D


So, hello 2015!! Bring in on!! Im ready for you! :D



Semoga semua readers tak kira silent readers, stalker or pengintip semakin Berjaya di tahun 2015!


Selamat tinggal 2014. Terima kasih untuk segala-galanya. :’)

Saturday, December 27, 2014

Rintihan Mangsa Banjir

Assalammualaikum WBT
 
Malaysia sekarang dilanda musibah atau lebih tepat dugaan dari ALLAH.
dugaan banjir yang sangat memeritkan jiwa.
sebenarnya jari aku kaku untuk menaip perkataan seterusnya.
air mata tetiba bergenang.
 
......
memang aku tak melalui nya, tak merasai nya, tak mengalami nya,
tapi sebak membaca, mendengar rintihan mereka.
 
salah sorang kawan aku, keluarganya tinggal di kuala krai.
yee, kuala krai dilanda banjir yang teruk.
katanya, rumah dia paling tinggi atas bukit, tapi tengelam dilanda banjir.
 
keluarga kawan aku berlari ke bukit sehelai sepinggang,
mampu selamatkan nyawa sudah bersyukur buat mereka.
*air mata menitis*
 
mereka bertahan di bukit tanpa makan dan minum, kalau ada pon, mereka berkorban untuk anak kecil yang memerlukan tenaga.
selama dua hari bertahan, mampu bermesej untuk meminta pertolongan, berharap ada yang membantu mereka, selebihnya berserah kepada ALLAH.
 
"maafkan we (ayah), we dok cakak doh nok bertahan. kalu abes nyawo setakot nih, we mintok maaf, we halal belako sume"
 
ayat mesej yg kawan aku terima.
*sebak lagi*
 
selepas dua hari bertahan, ALHAMDULILAH. ada bot datang mengambil mereka.
perit. tersangat perit.
 
viral post tentang PM pergi bercuti memang meyentak perasaan. sanggup pergi bercuti ketika rakyat marhean bergadai nyawa.
semoga kau mampu menjawab di akhirat kelak.
 
segala post ni adalah luahan hati aku sendiri. maaf kalu korang tak senang ngan post aku ni.
 
if korang ingin membantu, menghulur sumbangan,
 
boleh pergi ke page fb penmerah. dia ngah kumpul dana.
ada jugak page2 lain. semoga ALLAH melimpahkan rahmat kepda yang menbantu.
 


 

 
till then,
 
terima kasih. semoga ALLAH merahmati kalian :')


Wednesday, December 17, 2014

wordless wednesday | 2014

 
hi,
 
 
 
 
musim hujan & banjir dah dating oiii.
 
get ready orang pantai timur oii.
 
till then,
xoxo


Sunday, December 14, 2014

I'm not the only one

 
 
You and me, we made a vow
For better or for worse
I can't believe you let me down
But the proof's in the way it hurts

For months on end I've had my doubts
Denying every tear
I wish this would be over now
But I know that I still need you here

[Chorus:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one

You've been so unavailable
Now sadly I know why
Your heart is unobtainable
Even though Lord knows you kept mine

[Chorus:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one

I have loved you for many years
Maybe I am just not enough
You've made me realize my deepest fear
By lying and tearing us up

[Chorus 2x:]
You say I'm crazy
'Cause you don't think I know what you've done
But when you call me baby
I know I'm not the only one

I know I'm not the only one
I know I'm not the only one
And I know...
I know I'm not the only one
 
 
-_____________-

Thursday, December 4, 2014

Hello Disember

 
hi...
 
lama nya aku ak update.
hambikk ko penangan kerja tempat baru.
bhahahaa.
 
ni just short update tuk sesape yang merinduii daku..
haktuihhh.
 
bhahaha.
 
 
 
 
btw, cepat je masa berlalu kan.
dah nak akhir tahun.
dah nak masuk umur baru
dah terasa tua.
eh, feeling muda ag tauuuu.
 
 
till then,
nanti ade hot story iolls nak share. stay tune. :D
 
thanks readers, xoxo!
muahh ciked!


Wednesday, November 5, 2014

Hello kemaman ;)

Hi..

Actually ni dah masuk hari ke empat aku start keje kat tempat baru. Wiwiwi..

Tp dah start rindu kat mak ayah. Alahhh. Kemaman stil in tganu kot. Uihhh. Nak balik umah tu toksah cakap la. T_T

Ok. Skip part rindu nak balik tu. Haha.

On 1st nov, ayah tolong hantarkan barang. Banyak gila aku bawak tp still jugak tak cukup. 2buah keta tuk barang aku sje. Ayah aku siap perli mccm tak nak balik stahun katanye. -,-"
Bese lerr pompuan. Mesti la byk brng. Hahaha.




Tu sparuh dari barang aku. ;D




Eh, yg ni aku setup sendiri tau. Terkial kial aku baca manual die. Nympahh. Nseb baik mnjadikk!


So.. Keje aku pulak so far ok la. Pelik pulak rasa dari keje audit pergi ke accountant. Huehue. Xpe la. Aku ngah meyesuaikn diri. Best jugak keje ngan orang cina. Cara kerja dorang cekap sampai aku malu kalu bt silap.

Tapi pape pon, still rindu jalil&co.





Last bergambar ngn jalil& co.


Tu je updated.

Till then,
Thanks readers. Xoxo
posted from Bloggeroid

Thursday, October 30, 2014

Contoh Surat Berhenti Kerja


hi


after dapat offer kerja bebaru ni, terus aku submit surat berhenti kerja. ade jugak orang tanya cara or isi kandungan surat berhenti kerja aku. tapi ni bahasa la. sebab firm aku firm melayu.

so... ni contoh die:


Nurul Asma Saad
(alamat rumah)
..........................................................
En. Tuan Haji Abdul Jalil bin Ali
Jalil &co
no 83, tingkat 1, jalan sultan ismail
terengganu

tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Nurul Asma’ binti Saad bertugas sebagai Pembantu Juruaudit ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya pada 30hb Oktober 2014.

Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.


Sekian, terima kasih.



Yang benar, 



……………………….
( Nurul Asma’ binti Saad )



harap ni dapat membantu kalian ye.


thanks readers, xoxo
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday | 2014

hi,








Good bye samsung!!

hello ASUS Zenfone 5.

*sakit hati betol si samsung ni asik duk hangg aje! terus tukar tang tu jugak!


till then,

thanks readers, xoxo


Monday, October 27, 2014

Good News ;)


hi,
korang sihat? of kos la kan.
firstly aku nak gtau berita gembira. kan aritu aku ade pergi interview & aku ade share tip hadapi interview.
ALHAMDULILLAH.
aku berjaya dapat position EXECUTIVE tu. yeayyyy…!!
so, aku start keje kat kemaman pulak on early november 2014 ni.
so, aku agak bizi nak settle down semua kerja termasuk keje part time aku before start bekerja di tempat baru.
sebab tu jugak aku tak dapat update blog sekian lama & tak dapat nak blogwalking. T_T
maafkan saya. *polite*

oh, aku akan stay umah sewa kat kemaman. nanti aku akan update. insyaALLAH.

ummm….. pe lagi ek.


oh, ya. bebaru ni aku ada jadi sponsor CONTEST BY SHEDA UCU.
TERIMA KASIH & selamat datang kepada follower terbaru.
insyaALLAH aku follow balik korang nanti.
dan tahniah kepada pemenang

sila la terjah ye. blog dorang memang cntik. :)

so, tu je short update dari aku.

till then,

thanks readers. xoxo!

Wednesday, October 15, 2014

Contest Blog Comel by: sheda ucu


hi,

sorry for lambat nauu nak promot.

so, sebelum terlambat, nak ajak korang join contest ni.

cepat2!!! dah nak tutop dah contest ni!


hadiah menarik oiii.
rugi tak join.
dannn....

aku adalah salah sorang sponsor contest ni. keke.

meh join.

klik sini!!!!



till then, 

thanks readers, xoxo!

Thursday, October 9, 2014

Gaji MP perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’

hi,

terbaca satu post dari facebook.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.

Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah ‘perubahan’ gaji.

Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.


“Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya.

“Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyerahkan proposal ‘perubahan’ gaji itu kepada Perdana Menteri sejak tahun lepas lagi,” katanya.

Shahidan turut menjelaskan bahawa setiap hari, di pejabatnya akan datang pelbagai rakyat di untuk meminta bantuan dan pertolongan.
“Oleh itu, kenaikkan gaji ini wajar dilakukan,” katanya.


Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Arau itu turut menjelaskan gaji bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-menteri, dan juga Timbalan- timbalan Menteri tidak akan dinaikkan.

Shahidan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa peratus dan berapa banyak dan jumlah ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen itu.
“Saya kena tunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia terpulang kepada beliau untuk mengumumkan sewaktu sidang ini ataupun sewaktu pembentangan Bajet 2015 nanti,” katanya.


Tambah beliau lagi, sepatutnya, ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen ini dinaikkan sejak Bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011 lagi.

“Dahulu, Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini. Dan mereka memberitahu, antara sebab kini mereka bersetuju adalah kerana mereka perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka,” katanya.


Shahidan turut menjelaskan isu ‘perubahan’ gaji ini tidak akan lagi dibentangkan dan dibincangan sekiranya Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini.
Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.


Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji.-freemalaysiatoday

sumber dari : facebook penmerah

Apa komen anda?

Gaji MP perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.

Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah ‘perubahan’ gaji.
Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

“Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap  gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya.

“Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyerahkan proposal ‘perubahan’ gaji itu kepada Perdana Menteri sejak tahun lepas lagi,” katanya.

Shahidan turut menjelaskan bahawa setiap hari, di pejabatnya akan datang pelbagai rakyat di untuk meminta bantuan dan pertolongan.
“Oleh itu, kenaikkan gaji ini wajar dilakukan,” katanya.

Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Arau itu turut menjelaskan gaji bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-menteri, dan juga Timbalan- timbalan Menteri tidak akan dinaikkan.

Shahidan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa peratus dan berapa banyak dan jumlah ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen itu.
“Saya kena tunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia terpulang kepada beliau untuk mengumumkan sewaktu sidang ini ataupun sewaktu pembentangan Bajet 2015 nanti,” katanya.

Tambah beliau lagi, sepatutnya, ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen ini dinaikkan sejak Bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011 lagi.
“Dahulu, Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini. Dan mereka memberitahu, antara sebab kini mereka bersetuju adalah kerana mereka perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka,” katanya.

Shahidan turut menjelaskan isu ‘perubahan’ gaji ini tidak akan lagi dibentangkan dan dibincangan sekiranya Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini.
Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.

Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji.-freemalaysiatoday




semalam aku post pasal harga sama tapi sikit 
hari ini isu ni pulak. hurmmmm... sampai bila rakyat jadi mangsa? bagus la ikat perut. rakyat jelata hidup "MEWAH" sangat sekarang ni. tetiap hari makan kat HOTEL. tido pon HOTEL 10 BINTANG! 

T____T

sarcastic sikit!


till then,

thanks readers. xoxo. hurmmmmm..... 

Wednesday, October 8, 2014

"harga sama tapi sikit"

hi 

lama aku menyepi kan. aku ngah sibuk settle down semua perkara sebelum aku berpindah ke tempat lain.
macam jauh je berpindah tu. kekeke. nanti aku stori.


aku rasa isu ni dah basi kot. tapi nak jugak aku stori kat blog.
hari ni aku g beli nasi ayam dengan harga yang sama tapi sedihnya kuantiti makin sikit.
nasi dah macam separuh tapi harga RM5.

T____T

kuat nauu impact harga minyak naik ni. eh, subsidi minyak dikurangkan. -____-"

sebagai rakyat marhaen ni kan, nak jugak aku luahkan perasaan berkenaan isu harga minyak ni.
please laaaa.. jangan la sesuka hati nak naikkan harga minyak tu. sebab kesan dia sangat luass.
harga minyak naik, kompem2 la semua harga barang akan naik. nanti nak implement GST lagi.
pleasee la. jangan bebankan rakyat.
T_T

if harga minyak turun sekalipon, harga barang lain takkan turun. T_T
tu lagi sadiss.




seeloknya kaji la dengan teliti kehidupan rakyat & contohi la teladan Rasullah SWT. jangan pemimpin hidup mewah tapi rakyat hidup sensara. nanti pandai2 la menjawab depan ALLAH.


till then,


thanks readers, xoxo

Tuesday, September 30, 2014

Buli berleluasa


hi,
ni kisah buli.
aku tak tahu la kenapa bebudak zaman sekarang tersangat la gengster, samseng & kurang ajar.
bukan apa, aku jadi geram sebab terlampau banyak kes.
contohnya anak kak pinky momma. kesian abg long. :’(

ok. tu kisah budak kena buli.
sekarang cikgu pulak kena buli & salah sorang mangsa nya adalah abang aku.
yee. abang aku cikgu ebook laptop kat terengganu.
kisahnya begini.

salah sorang guru disiplin merampas ebook laptop budak darjah 5 sebab dia terlampau degil & samseng.

so, ebook laptop tu dia serah kat abang aku suruh pegang dulu.
so, balik je dari kerja, tetiba bonda cerita ada ayah kepada budak tu datang kat rumah sebab nak amik ebook laptop anaknya tu.

3 kali datang rumah semata-mata nak jumpa abang aku & nak amik ebook laptop tu.
aku tak tahu la ape yg budak tu duk cerita kat parent dia sampai datang serang rumah aku. kesian bonda kena macam tu. dah la bonda duk sesorang time tu.
kot ye pon nak jumpa cikgu tu, jumpa la kat sekolah. ni tak, datang rumah macam gengster nak jumpa abang aku.

satu lagi yg aku tak puas hati, bukan abang aku yg rampas ebook laptop tu. cikgu disiplin yg buat. mesti la kesalahan besar sampai cikgu disiplin sendiri yg rampas.
time zaman aku dedulu, kalu kena cubit ke, kena sekeh or kena debuk belakang *pukul belakang dgn tangan* mesti tak gtau mak ayah sebab kompem2 mak ayah siap tambah ngan rotan ag. T_T
sesetengah mak ayah boleh je bersuara pasal ni tapi bagi aku JANGAN TERLAMPAU sampai anak boleh naik kepala jadi batu api antara cikgu & ibubapa.
dan cikgu jugak jangan la terlampau buat remeh hal-hal macam ni. macam kes anak kak pinky momma ni.

dedua pihak kena bekerjasama lah. mak ayah jangan percaya sangat cerita budak tu. selidik dulu pucuk pakal nya. dan cikgu jugak jangan biar je anak orang lain pulak jadi mangsa. bila dah jadi teruk baru terhegeh-hegeh nak nyesal. *geram aku!



 


hari ni guru besar pangil mak ayah dia, cikgu disiplin & abang aku. harap boleh selesai ngan baik. takde gaduh2. faham2 je la kalau dedua pihak emo aje. hukhuk.
p/s: budak tu memang terkenal dgn samseng. tak padan darjah 5.

till then,

thanks readers.

Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday | 2014



hi,





kehkehkeh. :D


till then,


thanks readers, xoxo!

Tuesday, September 23, 2014

Street Art Kg. Cina Terengganu

hi,

*entri ni menjawab persoalan di entri ini*

kemain terengganu sekarang. dah ada street art macam penang.
so, takyah dah g penang pasni. kekeke
ganu pon hadooo street art ni. :D


so, pepaham jela. kalau entri macam ni, kompemmmmmmmmmm…. banyak nauuu gambar…!!






IMG-20140916-WA0026

actually aku bawak budak ni hah.. nama je duk ganu tapi kalu dah keje kat luar ganu, kompem tak tahu perkembangan terengganu. so, aku jadi tourist guard budak ni. hahaha. :D





IMG-20140916-WA0047

dulu pernah aku g dah time petang.. perghh ramai orang. kali ni aku ajk pergi tengahari. kurang sikit orang. :D tapi agak berpeluh cik keti. so, pandai cover haha:D





IMG-20140916-WA0041


fefeeling jadi orng asli. muka selebeb mitak penampar. :D






IMG-20140916-WA0031


“pulangla nakk… mak tengah tunggu ni. sebelum kau ku sumpah jadi sesumpah!”
:D





IMG-20140916-WA0035


“sabariah la sikit mak oiii. ngah feeling jadi model jalanan haji taib ni.”
-..-





C360_2014-09-16-11-34-57-654


kalau rasa nak lock nama kapel2 tu, takyah g namsam tower or paris, kat ganu pon hadoooo. ade jugak orang p taruk kunci beskal. amboiii. utuh nauu cinta ko ek. :D






C360_2014-09-16-11-38-15-299

OMG!!!! i tak curang! kebetulan betol ada nama si tasha kat situ. naseb la aku takde. nampak sangat nama aku tak pemes  -__-





C360_2014-09-16-11-42-57-645

“hoiii… ko intai aku mandi ek??? siapp ko! aku gtau bapak aku!”





C360_2014-09-16-11-43-27-929


“mana ada aku nak intai ko mandi. ngah tengok mambang scuba diving ni.” lols :D





dah agak lecek cik keti terus cari tempat aircond. mak jemah sangat perangai tu. haha. masuk tappers, terus bedal makanan sambil bergosip girls. :D





IMG-20140916-WA0018

ni budak kebulur. bedal 2 pinggan spegetti & 2 gelas chocolate. ntah jin pe yang dibela tu :D






IMG-20140916-WA0038

so, ni last gambar. kan letak bebanyak lak, naik muntah ijau biru la korang.
so, thanks tasha sudi kuar ngan kite. hihi.




so, kalau korang nak pergi street art ni, dekat je ngan pasar payang terengganu. berjalan kaki je uolss. takde la jauh sangat :D


till then,

thanks readers, xoxo!

Monday, September 22, 2014

Haihh laaaa Abang Long


hi, 
aritu kisah si Abang Ngah
kali ni kisah si abang long pulak.

alkisahnya satu petang 

(versi terengganu.)


abang long: cikkak, name nape gok mende hok kite letok tepon kat mende panjang tu?
cikkak: mende pulok?
abang long: ade kan, orang amik gambor gune kayu panjang tu.
cikkak: Ooooo.. monopod ke?
abang long: hooorrmm.. mende tu. nak cari mane gok mende tu?
cikkak: kedai belambok ade. nok buat mende monopod tu?
abang long: nok selfie ah.
cikkak: *tersembur* kahkah. cikkak xdok pon monopod. sedak pulok die nak monopod nok wak selfie.
abang long: horrlah. nok gok selfie comey2. tolong cari sutir neh. :D



-__________________-"

faham la op? malas nak terjemah ke bahasa stended. *standard*


adoii haii abang long aku ni. tak padan penolong kanan sekolah. nak jugak monopod untuk selfie. 
adik die pon tak main monopod2 nih.  die pulak yg lelebih.
-___-"



guna cangkul pon bolehhhhh...


till then,

thanks readers,xoxo!