Thursday, May 29, 2014

penang… here we come!

hi..

 

another uplanned trip!

aku ni suka sangat bab unplanned trip. sebab trip yang plan memula tu selalunya tak menjadik! kahkah. ok. kali ni aku & the geng ke pulau pinang! pulauuuuu again? haha. dikkk.. kak baru nak meraso jambatan keduo ye dikk oiii. sadis kan. orang lain dah lame pijak jambatan nuh. but, takpe la khen. ade jugok meraso pijak jambatan keras tu.

aku pergi ari isnin balik hari selasa. full drive! jangan nak OMG OMG OMG sangat ye. aku suka drive but idok ler aku drive sesorang ke pulau pinang tu. pasing-pasing driver ler. aku dari kuala terengganu sampai di kuantan ari ahad. malam tu time dinner baru le merancang trip ke pulau pinang. so, erra sengaja amik EL, tasha memang da cuti and kaksue amik mc. bhahaha. betapa jahatnya pengaruh aku. so, malam tu jugak la baru nak mengoogle tempat2 best kat penang. motip utama merasa nasi kandar & jeruk! oh well, aku kaki jeruk. motip nak makannn jek. (-__-")

 

pagi isnin dalam kul 9 bertolak naik kereta si erra. kagum tol aku ngan kereta si erra ni. jimat minyak gila! ye lerr honda jazz kan. harga pon aku “KAGUM”. haha. time nak pergi tu, ade peristiwa lucu sikit. boleh pulok terlupa nak isi minyak. hahah. excited sangat. so, kiteorang exit kat highway pantai timur tu semata-mata nak isi minyak. kan mampuihh kat highway tu baru menagis tak berlagu kooo. so, dari kaksue drive passing ke tasha. minah drift ni memang suka drive gak. so, dia drive dari R&R genting sempah ke pulau pinang. dalam 4 jam dia drive. perghhh. aku??? tidoo. zZZZZ

 

dari kuantan ke pulau pinang thru highway pantai timur & higway utara selatan around 534+/-km and take time around 5hour full drive nonstop. drive guna waze app. memang tak sesat la. haha. siap gtau ag mane ade speedtrack & AES. :)

so….. here we are!

20140512_151329

full name brigde: Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Brige. pufff. satu nafas ok! haha.

 

so, stop kat tepi jambatan kejap sebab nak berselfiee. takut gak nak stop2 ni. tapi time tu takde kenderaan  sangat.

 

C360_2014-05-12-15-22-15-052

sipi-sipi je si jazziera ni. jazziera ni name kereta si erra. kelasss kauu noks! so, feeling model kereta di jambatan sultan abdul halim muadzam shah! pheww *satu nafas okeh!

 

 

C360_2014-05-12-15-23-41-830

ko tengok si driver tu. berskirt ko sambil drive 4hour nonstop. kecik molek je kawan2 aku ni.eh, lupe nak kabo yang aku pergi ber empat. guess who taken pic ni? of kos la kaksuuurie. haha. :D

 

 

C360_2014-05-12-15-27-37-837

taken by monopod kaksue. tengok la lenggang je jalan ni. memula tak tahu  jgak kenapa. nanti aku gtau sebab ye. ade jugak la kereta lalu and mostly tourist like us la. berhenti amik gambar. ade jugak orang hon2 tapi buat dekk je dik oii. bhahaha

 

 

dari batu maung ke goergetown. georgetown ni bandar pulau pinang. pendapat aku la orang jarang je lalu jambatan ke 2 ni sebab jauh sikit dari pusat bandar. kalu jambatan pertama deret je ke pusat bandor dorang. tu pendapat aku ler. tatau la betol ke idok. hihi.

ok. bab hotel lak. kiteorang cari  hotel bajet je. tapi mostly full sebab ari selasa kan public holiday. finally jumpa hotel cina. ok la for hotel bajet gitu. TOWNE HOUSE HOTEL.

 

 

2014-05-12 17.04.58

hotel ni ok la tuk kaki travel macam aku ni. RM88/ night without breakfast. bapak kuat bau colok die. kembang kempis je lubang idung aku ni. haha

 

after solat jamak asar zohor, kite kuo jenjalan sekitar bandar penang.

 

korang tau kan, penang ade wall art street. cantik wehh. even ade jugak yang dah takde. unfortunely aku tak jumpa semua. lagipon penang hujan lebat aritu tu. kan tengah bergambor tetibe ade flash besor dari langit. innalilah terus kat situ. mane yang sempat je aku bergambor.

 

20140512_183536

sejarah nasi kandar. rupenya nasi kandar asalkan nasi yang di kandar/ pikul atas bahu. makanan india muslim.

 

C360_2014-05-12-18-41-53-704

“kite kat penanggggg!!!!” tu la jeritan erra kat tasha yang masih tak percaya berada di penang. meh aku tampo boye baru percaya kot. ahahah

 

C360_2014-05-12-18-47-03-380

“eh, dik.. bawak moto pandang depan tau. ade kucing tu.”

“kucing mane kak?”

“kucintapadamu”

hahaha. lo. ayat instagram sangat! hahaha.

 

C360_2014-05-12-18-47-13-315

eh, malu dah nak posing sebab ramai gila depan aku tu tunggu turn nak bergambor. haha.

 

 

C360_2014-05-12-19-05-17-705

masa ni dah nak gelap da. art yang lain tak jumpa da. frust gak la. lagi satu perut da keroncong mintak isi. sebelah masjid kapitan keling ni ade kedai nasi kandar beratur tapi tak buka lagi. dia buka pukul 10 malam until 9 pagi.

 

ok. pasembuq time before nasi kandar beratur tu buka. dah motip nak makan kan. haha. sebab dah kebulur sangat, p beli burger tepi jalan. india muslim hokeh. abang burger tu baik betol siap gtau kalu nak makan pasembur kena datang awal. time tu dah magrib da. so, dia borak ngan kawan die mintak tolong tunjuk tempat ade pasembur. tengah hujan lebat tu, dia bawak motor. kesian die. tenkiu ye abang.*if dia baca blog aku la. haha.

 

 

 

20140512_195404

so, ni kat medan selera. kat hujung tu laut ok. tapi hujan lebat plus malam tak nampok ler.

 

 

20140512_194821

pasembuq or pasemburrr. kite semburrr ajo! haha.

 

 

20140512_195306

tengah hujan lebat tu makan pasembur plus burger beli tadi. agak kenyang la. so, sementara tunggu hadam, kiteorang ke batu feringgi. jalan ke batu feringgi tu ala2 oberse ko. aku pergi belah malam, so tak nampak sangat pemandangan pantai. si tasha ni suka sangat jalan simpang siur gitu. feeling btol dia drive. haha

kat batu feringgi ni macam uptown gak. nak cari sourvenir. aku just cari frigde magnet je. buat kenangan. eh, dulu aku pernah dah datang pulau pinang dengan famili but pergi tempat tertentu je. tempat makan tak pergi. so, kali ni motip makanan je. after spend time dalam sejam dua situ. pergi kat nasi kandar balik. tak best nak jenjalan sebab hujan & banyak kedai tutop malam tu. T_T.

ok. main lelari dari hujan kat batu feringgi, perut da agak kosong, jom nasi kandar beratur. femes gila nasi kandar beratur ni. oh, aku pergi nasi kandar beratur bukan nasi kandar line clear. tak sempat nak g yang tu.

aku sampai kat kedai nasi kandar tu dalam pukul 10.30 malam. dah ade orang beratur da. kedai pon dah hampir  full. naseb baik ada tempat kosong.

20140512_224612

suasana restoran tu. full okeh. cina pon ada makan nasi kandar tau.

 

 

20140512_224604

so, beraturr lerrr. orang laki depan aku tu makan banyak gila. sesorang siap mintak nasi tambah awal2. memang bertimbum atas pingan tu. aku ni just nak merasa je. kekeke.

 

 

20140512_225915

 

20140512_225928

actually beli 2 pingan je takut tak abes. aku amik nasi extra + ayam + telur sotong + kuah campur. tak ingat da pe kaksue amik. total aku shaja rm15. ok la tu. banyak gila. aku kongsi ngan si erra. hehe

 

dalam pukul 12 malam balik hotel tuk recharge energy tuk esok pulok. esoknya misi mencari jeruk & heading back to kuantan for them and terengganu for me. malam tu tido mati siap dengkurrrr. hahahaha.

 

ehemmm, sambung la ye. macam banyok je aku menaip???

ok la. tak menjadik da trick aku kali ni. akak redhooo dik oiii. ok sambung cerito.

 

bangun pagi tu, mindset pale otak mencari jeruk je. of kos la jeruk pak ali. but pagi tu bersilap jalan masuk jalan ke jambatan pertama. tapi gigih nak makan jeruk sangat sanggup patah balik masuk goergetown. hahaha.

yela kan. kalu datang penang ni rasa tak lengkap kalu tak beli jeruk. macam korang datang terengganu mesti wajib beli kerepok lekor. hahhh.. gitu la.

 

 

20140513_093928

sume tu kiteorang borong. rambang mata nak pilih jerukk. sumeee sedapp. pagi2 kite breakfast dengan jeruk. kekeke.

 

 

20140513_095336 kemain bergamborr dengan pak ali. hahaha.

 

 

20140513_090111

so, settle sume, moh lerrr balik rumah. eh…. actually nak balik naik ferri. tapi kiteorang terlepas feri. so, naik jambatan pertama lagi kali ke dua. bhahaha.

so, goodbye penang. thanks being nice to me. will came again. insyaALLAH.

 

SO……………………….aku drive dari penang ke damansara tuk lunch kat ikea. perghhh macam orang kayo dah. breakfast kat penang, lunch kat kuala lumpur, hi tea kat kuantan and last dinner kat terengganu, umoh aku lerr. bhahaha

so, sampai kat dekat kL, passing tasha drive. aku tak kenal sangat jalan KL yg super jem tu. haha. jakun.

 

C360_2014-05-13-14-39-48-702

dapat la meraso meatball ikea. sedapp weh. kakyonggg, nak meatball lagi… boleh??? hahaha

 

dalam kul 3 bertolak balik dr KL ke kuantan. aku pulok rushing nak balik terengganu pulok.

around pukul 5.30 sampai kuantan. dan aku pulok sambung drive ke terengganu. sampai rumah around pukul 8 malam. penat but berbaloi-baloi!

thanks tasha, erra & kaksue. dorang sebenarnya teman aku release tension. sanggup buat keje gila drive jauh gitu. seriuss i love you all!:’)_

 

so…….another unplanned trip? insyaALLAH.

aku kan kaki travel!

ok. bye.

 

thanks readers. love u too! hiks

3 comments:

  1. memang best kalau ada geng sekepala.. pehni travel datang umah akak pulak.. ekekeke..

    ReplyDelete
  2. best jalan2 sementara single ni.
    akak nak tunggu anak2 besar baru senang jenjalan.
    kalau kecik2 ni kene bawak ramai babysitter :D

    ReplyDelete
  3. baby sitter tu adik-adik akak.
    terpaksalah :D

    ReplyDelete

eh, comment? terima kasih ye....