aku dapat info ni dari sumber sini. dapat tau lama dah tapi terbantut aje nak post. ari ni baru nak post. sorry –.-
me and my angle…
sesak dengan news feed berkenaan bantuan yg kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU.
betapa masyarakat dibutakan dengan kononya semua anak oku layak menerima bantuan bulanan RM300.
ini hakikat yang sebenar wahai semua…
bantuan itu akan disaringkan, aku yang hanya kerani dan suami seorang atenden hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. bagi yang layak pulak perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…
sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti angle. ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…
mungkin kerana bos yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati, bantuan bagi yang layak ditolak dihitung… akhirnya hanya layak RM50. ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas.
heloo hanya untuk yang boleh menguruskan diri… anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri… makan pun bersuap… kencing berak dibasuh…
so, kesudahkannya majoriti semuanya tidak bersekolah.
andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuna untuk mereka… bukan untuk ibu bapa pun. hak mereka hanya gah di kertas.. gah di FB, di laman sosial. hakikatnya kamii yang bergelut seharian.. syukur ALLAH masih memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadanya…
semoga dapat membuka mata masyarakat.
thanks readers,xoxo!



