Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Dari Pahang ke Kelantan

hi
sambung kisah raya sakan part 1 aritu..
kisah ni panjang sebab first time aku beraya sakan ngan kekawan. biasanya ikut famili je. yela. anak dara kan. mesti la ikut mak ayah. auww!

actually taksangka pon nak ke kelantan.
idea ni dah lame dah tapi nak buat tu memang selalu tak menjadi.
so, kali ni aku bersunguh sikit paksa si erra datang umah aku. dia datang umah aku ari khamis pagi. pukul 7 pagi gerak dari kuantan. gigih ko noks! hahaha
sampai umah aku pukul 9 pagi, sempat dia beraya kat umah aku kejap. makan nasi impit. of kos la mak aku yg buat. takde nya aku yg buat. kahkah.
then terus ke umah tasha. kat umah tasha, mak dia buat nasi dagang. 2 pinggan aku bedal. hahhh ko! memang aritu perut aku isi makanan aje. nanti aku cerita betapa banyaknya aku makan. :D
siap makan, terus kami bertolak ke besut. kami tu adalah aku, erra & tasha. so, aku drive kereta erra ni. dia tak tahu jalan ke besut. best oii merasa jazziera ni. hahaha. ayah aku jeling je aku drive kereta orang. :D
punya la jem jalan ke besut tu, subhanallah. tak tahu nak cakap la. kebosanan gila duk dalam kereta. T_T
sampai ke besut around pukul 1.30 petang. kalau tak jem 2 jam je biasanya. ni tak, dah jdi 5 jam!! T_T
sampai je perut start lapar balik. nasib baik ma kaksue prepare mee goreng. so makan dulu sebelum ke rumah bihah. kebetulan bihah buat open house aritu. langkah kanan betol ;D



C360_2014-07-31-14-55-28-914
tu bihah yang pakai tudung biru. teacher biehah dah sekrang. tak sangka jadi cikgu sebab perangai subhanallah! macam bukan cikgu. haha.
aku repeat pakai baju raya pertama aje. hijau emerland :)


C360_2014-07-31-14-59-31-140
biasala perempuan pantang jumpa camera :D
gambar makanan tak amik pon. haha. kat situ aku makan soto & kek red velvet. aku makan banyak gila. kira standby nak ke kelantan pulak. *alasan.;D



C360_2014-07-31-15-02-59-690
gambar last kat umah bihah sebelum bertolak ke kelantan. semua tu ex UITM dungun tapu yg sebelah aku tu kawan si bihah & ara. punya la ramah sampai boleh jadi kawan dah. haha.
aihh.. teringat2 ag kesedapan soto kat umah bihah.  hurmm



ok. gerak ke kelantan pulak. kaksue yang drive. oh ya, masa otw ke kelantan tu, aku terperasan la sebuah rumah yg cantik gila kat area jertih ni. tapi terus kaksue marah aku. cakap jangan di tegur rumah tu sebab tiada penghuni.
i said “ what????!!!!!!!”
tu la padah mata meliar sangat sampai tegur mende2 yg tak patut. –.-"
cepat2 baca doa!
alhamdulilah takde pape terjadi. takut jugak sebab nak jalan jauh.

kalau dari jertih tu nak ke kuala krai, kelantan tu biasa take time around 1 jam. ni dah jadi 4 jam!! nahh ko, makan la jem strawbery bluebery mulbery bery bery ko tu. T___T
jem pulak bukan sebab trafik light or excident or kereta rosak tapi ade simpang ke kanan, polis pulak buat dekk je tengok jem berjela-jela. demm tol la si polis ni. polis tu je la. bukan semua polis ye! grrrrr.

C360_2014-07-31-16-32-18-860
sempat ber wefie ngah2 jem tu. kereta tak gerak langsung!! –.-"
naseb baik makan banyak kat umah bi hah, takde la lapar sangat. :D
pukul 6.30 petang baru la sampai umah si ipah ni. hampir 5 tahun tak jumpa si ipah ni. kalu ikutkan dedulu masa study kat uitm berenam. tapi si along tak dapat ikut trip kali ni. lenkali insyaALLAH kite kumpul lagi keh.




C360_2014-07-31-19-02-26-511_2

C360_2014-07-31-19-03-20-190

bergambar sakan la kiteorang kat umah si ipah ni. kiteorang beria pakai baju raya tapi ipah ni pakai baju tidur je. sempoii sangat. hahaha.
famili ipah pon baik sangat. siap prepare laksa penang lagi. sedapp hoiiihhh. :D

C360_2014-07-31-19-03-57-817

C360_2014-07-31-19-05-43-592

haihh tak cukup sorang lagi. takpe, nanti kite kumpul lagi ye. time wedding siapaa yekkk??!!

 C360_2014-07-31-19-11-09-340
last pic before balik. kemain buat muka gitu. haha. before balik, mak ipah siap bagi bekal rambutan 2 beg plastik! banyak hoihhh!
tak puas lagi borak2 time jumpa tu. haihh la. perjalanan tu take 4 jam tapi jumpa taksampai pon sejam.T_T

so, next destination is tanah merah, kelantan. si mimi pulak menunggu.
nahh sekali harung kiteorang pergi beraya sampai memalam pon pergi jugak.

dalam pukul 9 malam sampai umah si mimi. kesian dia terpaksa layankan kiteorang tapi dia terharu sebab dari jauh sanggup datang ke umah dia. hehe.

C360_2014-07-31-23-19-40-390
  kemain raya sakan sampai malam pergi terjah umah orang :D
kat umah mimi, mak dia prepare nasi berlauk. memang perut full betol aritu tu. :D



C360_2014-07-31-23-21-28-534
last pic of last rumah beraya aritu. thanks mimi, ipah, bihah & kaksue sebab makanan & penginapan. malam tu tido mati kat umah kaksue. kehkeh.

esokkan pagi terus gerak balik ke kuala terengganu & sambung beraya kat bandar terengganu pulak.
malam tu jugak si erra & pakwe nya celebrate besday aku. terharuu iolss. :D

semoga tahun depan kita dapat konvoi macam ni lagi tapi kompem2 dah tahun depan memasing ngan partner masing2 dah. tingal aku sesorang sobsobs T_T
tilll then cerita raya sakan aku.
hahaha.
puas hati hoiii even berjam2 duk dalam kereta. enak bukan :D

thanks readers, xoxo!

Thursday, August 7, 2014

Raya Sakan 2014 | part 1


Hi,
baru ada kesempatan nak update pasal raya.
kemain meriah reading list, semua pasal raya je.
aku pon nak join sama la. :D

ok, RAYA PERTAMA
tahun ni ade kelainan sikit. mana taknya, abang2 aku buat suprise dorang semua beraya rumah mak ayah. tak jadi beraya rumah in law dorang. meriah sangat. alhamdulilah. kemain dorang sorok supaya nak aku nagis di bucu kerusi. –.-"

aku tak sempat nak bergambar pon raya pertama tu. almaklum la kebanyakan nya rumah aku sentiasa full orang datang raya pertama. ala-ala open house pulak. :D
petang raya pertama cepat2 tutop rumah sebab nak g serbu rumah kazen aku di bukit besi. biasanya dia buat ari raya ke dua. ni tahun ni tukar angin.

PhotoGrid_1406542303716
ni je sempat bergambar tu pon otw ke rumah kazen. cikkak & aqif fayadh.

RAYA KEDUA
yg ni aku berstart nak jenjalan. bapak ah jem. kawan aku si tasha buat open house. so, rajin sangat pergi serbu sebab makanan die super best!


C360_2014-07-29-12-34-10-214
OOTD mak jemah sangat kan? haha. ok, jom p beraya!


C360_2014-07-29-17-04-06-125
aku pergi rumah tasha ngan si wani ni. kemain cantek dah sekarang. tu pon jarang dah nak kuar ngan die sebab asik keje kat KL je. aihh la. bila nak jumpa lagi ni mek wani iooo??

kat umah tasha pon lupa nak bergambar. asik sangat isi perut dengan makanan! mak tasha masak memang superrrr sedappp!! memang tambah nasi beriani aku aritu.
berkilo-kilo berat badan aku naik time raya nih!
:D


RAYA KETIGA
C360_2014-07-30-11-03-02-095
OOTD raya ketiga bertemakan jubah hitam. aku suka benau la wide shawl chiffon ni. die nampak beralun gitew. nak borong warna lain pulak nanti. keke.
raya ketiga aku duk rumah je. kebetulan mak sepupu datang bawak rombongan. kemain mak long aku ni datang nak merisik aku. haha. banyak la gurau ye! :D

RAYA KEEMPAT & KELIMA, terpaksa di next entri sebab sakan benauu gambarnya! haha.
ni baru part 1 okeh!
sila bersabar ye.
till then

thanks readers, xoxo!

Thursday, July 24, 2014

Kasut Vincci RM19.50


aritu aku ade pergi shopping kan?
tak ingat lettew.
ade aku cerita kat sini pasal kasut aku beli tu.

ramai tak caye harga kasut aku tu.

meh aku tunjuk sikit kasut RM19.50
;D




actually kasut ni nak pakai time raya tapi aku ni jenis tak menyabor sangat, teruh pakai je. keke

amacam? tak caye lagi? 
pergi la serbu padini outlet tu. kan ade vincci dalam tuh. 

;D

till then, 

thanks readers,xoxo!

Monday, July 7, 2014

Cuti Raya Puasa!


hari ni before bos balik, bos announce cuti raya! 
awal benau bos announce. macam tau2 je mood raya dah dekat ;D



so, cuti seminggu deret bos bagi. 
from 27hb - 31hb
yahooo!!
tak yah amik cuti dah.
save cuti tahunan aku yang tinggal sikit je tu. bhaha ;D
thank you bos! mohon bonus tu cepat sikit agih ye. -..-


mood: excited!

thanks readers, xoxo!