Saturday, January 31, 2015

Knock Knock by elizabeth Tan

 
hi, enjoy this song!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
bulan bintang kau janjikan
cakap memang mudah
semuanya mampu

kata manis kau beri
ku terpikat belum tentu
cakap memang murah
Oh, kau pun tahu

kiranya kau benar mahu
kiranya kau benar mahuku
One, twoku sayang kamu
jangan sakiti aku

Knock knock
mahuku perhatian
Knock knock
mahuku kau buktikan
jangan tersalah, jangan tersilap
jangan abaikan ku

Knock knock
Keberikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
jangan tersalah,Jangan tersilap jangan abaikanku

Jaga2 hati, Jaga2 nanti
Kalauku hampa kau kan terasa
jaga2 hati, jaga2 nanti
Kalau ku terluka kau punkan sama

Bukan mahu tunjuk diva
bukan nak mengada
cumaku tak mahu kecewa selalu
dan andai apa ku beri
tidak cukup untukmu
katakan padaku apa kau mahu

kiranya kau benar mahu
kiranya kau benar mahuku
One, twoku sayang kamu
jangan sakiti aku

Knock knock
mahuku perhatian
Knock knock
mahuku kau buktikan
jangan tersalah, jangan tersilap
jangan abaikan ku

Knock knock
Keberikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
jangan tersalah,Jangan tersilap jangan abaikanku

Jaga2 hati, Jaga2 nanti
Kalauku hampa kau kan rasa
jaga2 hati, jaga2 nanti
Kalau ku terluka kau punkan sama

satu.haruslah setia
dua,jangan cakap bohong
buatku menangis,jangan2
tiga,buatku tersenyum
empat,pelangi jadi satu

knock knock mahuku hanya perhatian
knock knock
mahuku untuk kau buktikan
jangan pernah kau abaikanku

knock knock
mahuku perhatian
mahuku kau buktikan
jangan tersalh,
jangan tersialp
jangan abaikanku
 
 
 
 
source from youtube.
 
thanks readers. xoxo

Wednesday, January 28, 2015

Facial Spa Review: Herbaline



Assalammulaikum & Hi uolls,

Hari jumaat lepas, aku & kawan aku si erra, pergi buat facial. ni kali pertama aku buat facial spa. memula survey tu aku pergi kat satu spa melayu. mak aihhh mahal benauu die punye treatment. sebabkan gaji tak dapat lagi, so, survey yg memurah skit.

so, pilih HERBALINE.

memula masuk tempat tu, Nampak exclusive gila. time tu dah pikir da mesti mahal gila die punye treatment.

tapi....... salah okey. nanti aku bgi tau harga treatment yg aku amik.

masuk je trus die bgi consultation pasal kulit muka.

and yes, kulit muka aku sangatttttttttttttt teruk. pimple, dark mark, pore, whitehead, blackhead sume ada start dari pertengahan tahun lepas. T_________T.

sebab tu nekad jugak nak buat facial.

time buat consultation tu, die bagi teh cina. bluekk. bapak tak sedap tapi telan jela sebab nak cantik dalaman punye pasal.

then, p cuci kaki ngan garam bukit. wahhh.. lembut & hilangla daki2 yg degil nih. :D

tapi.... lepas tu, azab gila! beautician tu kerjakan muka aku cukup2. waaawaaaa.. pedih gila dia picit jerawat aku. berair jugak la mata aku tahan sakit. dia cakap muka aku ni tak leh pakai makeup da. so, bertabah la selama 2 3 bulan tak pakai makeup. dah cakap hantu make up, sah2 la klu takde makeup terus jadi low confidence. dah la kerja aku ni jumpa client jugak. naseb la badan. sobs.

ni step die yg aku ingat la. cuci muka -- stim muka -- picit jerawata degil (azab gila) -- stim lagi -- pakai mask -- pakai pelembab -- apply krim jerawat & parut -- settle!

lepas je siap, die bagi minum air halia, then bawak ke spa fish. yg ni aku suka sangat. ikan2 kecik duk makan sel kulit mati kat kaki. rase geli2 gitu. memula cuak jugak kot2 die letak ikan piranna. tinggal tulang kang kaki aku tu. kahkahkah.

ok. part harga pulak. semua treatment tu harganya RM85 shj ok! RM85. tapi kalu korang beli produk die agak mahal la.

aku ni just gatal nak try treatment je. kekeke.
so, kalau boleh jadikan sebagai rutin sebulan sekali pergi buat treatment. :D

sorry takde gambar sebab tak sepanjang buat spa memang tak pegang phone.

for second treatment nanti aku amik gambar ye.

till then,

thanks readers, xoxo.



Tuesday, January 13, 2015

Movie Review : The Women in Black - Angle of Death

hi

adakah ini entri pertama aku untuk tahun 2015? bhahaha.

lantak lerr.



ok. semalam tergerak hati aku nak tengok cerita hantu.  the women in black - angel of death tu.
mcmmane eh aku nak review, cerita die ok je. tapi sound effect tu yg over. menyampah nau aku.
asik terkojot aje. tanjet gegel tau!

naseb la ofismate aku sangup teman aku layan cerita ni. dari awal cerita sampai nak balik asik duk gelakkan aku sebab mostly 80% aku tutop mata je layan cerita tu. kahkahkah. bongok punyer ofismate. padahal die main tutop mate gak. :D

bagi aku cerita tu 50-50 je la. sound effect je over.

nak tau kesudahan cerita die, pergila tengok sendiri ye. :D

aku bagi 2 ekor kucing dari 5 ekor. kekeke.

till then, adios miamorrr.

xoxo! muahciked

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tinggal 2014



Kejap je masa berlalu kan? Rasa baru je bulan januari. Sekarang dah habis bulan disember.

T__T

Tahun 2014 yang penuh kenangan yang aku susah nak lupa.

Banyak kenangan pahit sebenarnya. Tahun 2014 paling banyak dugaan yang aku terima. ALLAH pilih aku untuk merasa segala pahit manis kehidupan. Terima kasih ALLAH kerana memilih aku. Sesungguhnya ALLAH takkan mebebankan hambanya dengan ujian dan dugaan yang melebihi hadnya,  :’)

Maafla, aku takkan cerita perkara yang sedih terjadi kat diri aku. InsyaALLAH aku simpan sampai mati. Just aku nak bagitau, semua manusia tu tak sempurna & ada kelemahan sendiri. Masing2 ada kelemahan & salah sendiri.

Tak lupa jugak, Negara kita dilanda pelbagai dugaan. Salam takziah kepada mereka yang terkorban.

1.       Kehilangan MH370

2.       MH17 terhempas

3.       Banjir besar seluruh Malaysia


Ok. Boleh stop dah part sedih tu. Nak masuk part happy lak.

Takde la sepanjang tahun 2014 tu terjadi perkara sedih je. Mesti la ada yang happy jugak!

Tahun 2014 tahun aku banyak pergi holiday.

1.       Short escape to pulau perhentian  *klik untuk tips & pengalaman kat pulau perhentian

2.       Udang galah kuala rompin

3.       Trip ke pulau pinang

4.       Tragedy hari merdeka  ß yg ni sedih sebenarnya tapi Alhamdulilah aku still bernyawa.


Untuk tahun 2015, aku harap dan doakan semoga makin tabah terima dugaan, semakin matang dalam pemikiran, semoga jumpa calon menantu lelaki untuk mak ayah aku (erkkk…) :p

Haha. Taknya lah! Fobia betol bab kahwin2 nih. Hati aku macam tertutop terus. :D


So, hello 2015!! Bring in on!! Im ready for you! :D



Semoga semua readers tak kira silent readers, stalker or pengintip semakin Berjaya di tahun 2015!


Selamat tinggal 2014. Terima kasih untuk segala-galanya. :’)