Assalammulaikum & Hi uolls,
Hari jumaat lepas, aku & kawan aku si erra, pergi buat facial. ni kali pertama aku buat facial spa. memula survey tu aku pergi kat satu spa melayu. mak aihhh mahal benauu die punye treatment. sebabkan gaji tak dapat lagi, so, survey yg memurah skit.
so, pilih HERBALINE.
memula masuk tempat tu, Nampak exclusive gila. time tu dah pikir da mesti mahal gila die punye treatment.
tapi....... salah okey. nanti aku bgi tau harga treatment yg aku amik.
masuk je trus die bgi consultation pasal kulit muka.
and yes, kulit muka aku sangatttttttttttttt teruk. pimple, dark mark, pore, whitehead, blackhead sume ada start dari pertengahan tahun lepas. T_________T.
sebab tu nekad jugak nak buat facial.
time buat consultation tu, die bagi teh cina. bluekk. bapak tak sedap tapi telan jela sebab nak cantik dalaman punye pasal.
then, p cuci kaki ngan garam bukit. wahhh.. lembut & hilangla daki2 yg degil nih. :D
tapi.... lepas tu, azab gila! beautician tu kerjakan muka aku cukup2. waaawaaaa.. pedih gila dia picit jerawat aku. berair jugak la mata aku tahan sakit. dia cakap muka aku ni tak leh pakai makeup da. so, bertabah la selama 2 3 bulan tak pakai makeup. dah cakap hantu make up, sah2 la klu takde makeup terus jadi low confidence. dah la kerja aku ni jumpa client jugak. naseb la badan. sobs.
ni step die yg aku ingat la. cuci muka -- stim muka -- picit jerawata degil (azab gila) -- stim lagi -- pakai mask -- pakai pelembab -- apply krim jerawat & parut -- settle!
lepas je siap, die bagi minum air halia, then bawak ke spa fish. yg ni aku suka sangat. ikan2 kecik duk makan sel kulit mati kat kaki. rase geli2 gitu. memula cuak jugak kot2 die letak ikan piranna. tinggal tulang kang kaki aku tu. kahkahkah.
ok. part harga pulak. semua treatment tu harganya RM85 shj ok! RM85. tapi kalu korang beli produk die agak mahal la.
aku ni just gatal nak try treatment je. kekeke.
so, kalau boleh jadikan sebagai rutin sebulan sekali pergi buat treatment. :D
sorry takde gambar sebab tak sepanjang buat spa memang tak pegang phone.
for second treatment nanti aku amik gambar ye.
till then,
thanks readers, xoxo.
terbaik
ReplyDeletebestnya manjakan diri =)
ReplyDeletenak try nanti :)
ReplyDelete