Sunday, June 16, 2013

perlu ke hormat orang macam ni?

 

Assalammulaikum WBT

 

hello. korang pernah jumpa orang kurang adab? pernah terserempak? bagi aku kan, ramai je yang kurang adab ni? bahasa kasarnya kurang ajar. kalau mak ayah kita selalu sangat pesan kat kita time kecik –kecik dulu  suruh hormat orang tua. tapi sebenarnya orang tua perlu jugak hormat orang muda.

 

contoh la kan. aku pernah mintak tolong dari seseorang tentang kerja aku. semestinya orang tu lebih tua dari aku. tapi dia macam tengok aku sebelah mata. paling aku sakit hati dia tak pandang pon apa aku tunjuk kat dia. siap main telefon ag. time tu aku rasa nak cakap  “weh, hello.. kalau aku ni pandai dan ada banyak pengalaman buat benda tu, takdenya aku nak terhegeh depan kau!” *banyak betol syaitoonnirajimm. tapi dalam hati jela panas. kat luar rilek & cool. T_T

 

tapi kan, bila dah alami keadaan macam tu, mesti akan rasa something wrong. macam ko dah leh nak ngam dengan orang macam tu. tipu la kalau ko takde rasa pape. macam aku ni, kalau boleh taknak dah terserempak orang macam tu. taknak hati jadi makin panas. kalau boleh aku nak elakkan. serikkkk!! T_T

 

tapi kan, perlu ke orang tua buat macam tu. dia nak orang muda hormat dia tapi dia pulak perangai entah pape. bersabar je la jawabnya.

 

pernah jugak aku jumpa jenis orang tua yang tak tahu jaga adab mulut. ayat yang keluar dari mulut tu boleh buat orang sentap. contohnya aku pernah mengalami keadaan macam ni. aku ajak “seseorang” datang rumah untuk tolong aku siapkan majlis aku. dia boleh jawab direct terus “takboleh! tak boleh! banyak kerja lain nak buat! majlis ko ni macam ni je kan!” ohmaiGOD!! time tu aku sentap sangat! tak boleh ke dia jawab “insyaALLAH kalu takde kerja boleh datang, mintak maaf kalau tak datang”. kalau dia jawab macam tu, aku faham la. time majlis rumah dia, boleh pulak keluarga aku datang dan sanggup ambil cuti kerja. tapi keluarga aku ni jenis tak kisah orang macam tu. sebab faham sangat perangai dorang. *sigh*

betol apa orang tua cakap “kerana pulut, santan binasa. kerana MULUT, BADAN binasa”.

dan persoalannya disini PERLU KE HORMAT ORANG MACAM NI???

tepuk dada tanya iman.

 

imageslonely

 

 

p/s: apa yang aku rasa & alami, aku banyak pendam dalam hati.

 

thanks reader. xoxo

4 comments:

  1. kadang2 mereka ada egonya walaupun tak semua orang macam tu. Mungkin belum timbul kesedaran dalam diri orang tua tersebut. Be patient okay. Buktikan depannya, that you can do it. ;)

    ReplyDelete
  2. akak pun kalau nak marah membuak mesti mcm pendam dulu, sbb kita dah diajar utk respect org kan..

    sabarlah asma..ganjaran besar klu kita bersabar..klu rasa stress sgt..luahkan pd org yg kita percaya..

    tp akak kalu dah melampau sgt..mmg kena sedas org tu miahahaha..ai pun ada limit :P

    ReplyDelete
  3. eem.. kalau akak.. cukuplah sekali tu je akak kena.. pastu takdelah nak mintak tlg lagi dari orang macam tu.. bikin sentap hati dibuatnya.. ;)

    ReplyDelete
  4. entry baru mana entry baru hehehe..dah datang berkali kali tak de pung..

    ReplyDelete

eh, comment? terima kasih ye....