assalamuaalaikum
baru baru ni CAB ade menerima khabar berita yg kawan mak ayah jatuh sakit akibat pukau. CAB pernah jumpa kawan mak ayah ni. dorang suami isteri sangat baik & peramah orang nya. setiap kali CAB pergi melawat mereka, memang kecoh jugak la rumah dorang. CAB panggil dorang makcik & pok ismail or pok well.
tapi sekarang makcik sudah tak seperti dulu. sekarang banyak berdiam & menyendiri. pok well cerita macam mana kejadian pukau tu berlaku. kata nya pok well & makcik pergi ke pejabat tabung haju kerana ada urusan. makcik pergi sorang2 manakala pok well pulak sibuk memcari parking kereta. mula nya pok well nampak isterinya melambai kearah die tp masa tu die pusing kereta. lepas tu, terus dia xnampak isteri nya. puas jugak pok well cari tp xjumpa.
selama 4 hari makcik xpulang kerumah. dah puas ikhtiar pok well usahakan. pok well hanya serahkan kepada ALLAH shj. lepas beberapa hari, pok well dapat panggilan telefon. orang tersebut bagi amaran supaya jangan report polis. kebetulan pok well ade orang kenalan dekat telekom. so, dapat la mengesan panggilan telefon awam tu.
rupa rupa nya, makcik berada di kota bharu. opok well jumpa dia sedang mancangkung tepi telefon awam. keadaan makcik sangat sedih. hanya berbaju kurung. jilbab nya tak ada. mak yg dengar cerita ni menangis melihat keadaan makcik.
doktor ade gtahu yg makcik disuntik dadah yg banyak. perubatan kampung pulak mngatakan makcik di suntik abu mayat. ni kerja pukau kata nya. biasa nya makcik bawa beg yg terisi barang kemas nya. dia jarang pakai barang kemas. anggaran mak rm50ribu barang kemas nya hilang kne curi. mak cakap xkisah la dia nk amik barang tu. tp jangan la siksa orang macamni.
sampai sekarang makcik hanya diam & menyepi kan diri. pernah jugak dia gtahu yg esk ada orang nk datang & CUKUR KEPALA nya.
betapa dasyat nya dunia sekarang. dengan guna abu mayat pom boleh pukau orang lain. entah ape nk jadi dengan manusia sekarang. tak tahu dosa pahala.
tak kira lelaki or perempuan, semua kena. paling CAB nk marah, salah seorang yg buat kerja pukau ni adalah perempuan. tak ada hati perut langsung!
bertaubat la pemukau2 sekalian. bayangkan jika kejadian ni berlaku keatas ibu anda sendiri!
p/s: semoga makcik cepat sembuh & kembali seperti dulu. amin...
terima kasih kerana sudi membaca