Thursday, October 30, 2014

Contoh Surat Berhenti Kerja


hi


after dapat offer kerja bebaru ni, terus aku submit surat berhenti kerja. ade jugak orang tanya cara or isi kandungan surat berhenti kerja aku. tapi ni bahasa la. sebab firm aku firm melayu.

so... ni contoh die:


Nurul Asma Saad
(alamat rumah)
..........................................................
En. Tuan Haji Abdul Jalil bin Ali
Jalil &co
no 83, tingkat 1, jalan sultan ismail
terengganu

tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Nurul Asma’ binti Saad bertugas sebagai Pembantu Juruaudit ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya pada 30hb Oktober 2014.

Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.


Sekian, terima kasih.



Yang benar, 



……………………….
( Nurul Asma’ binti Saad )



harap ni dapat membantu kalian ye.


thanks readers, xoxo
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. bestnya asma..nak duk kemaman jugok..hukhuk..

    ReplyDelete
  2. xnak benti keje....tak nak....huhu..

    ReplyDelete
  3. insya'allah if dapat peluang di melaka... huhuuhu...:(

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Dpt kerja baru ya...

    ReplyDelete
  5. Bagus siap share surat ni.
    Saya tak boleh resign.
    Kalau resign kena bayar balik kat JPA.
    Kos belajar 5 tahun dekat 100k kott.

    ReplyDelete

eh, comment? terima kasih ye....