Thursday, August 28, 2014

Mini Merdeka Giveaway


hi.

jom join segmen ni. kateee cintakan MALAYSIA. tunjukla sikit macam join giveaway ni. jom jom... klik banner ye.










sy tag semua readers yang ada blog. kihkih. wajib join tau. kihkih:D


till then,

thanks readers.

Segmen I Love Malaysia Bersama Cik POP




hi,

jom join segmen ni. semangat cintakan Malaysia!




titew dari ganu kiterrrrrr. ohyeahhh..

nahh gambar penyu nelang.




i loveeee MALAYSIA & I from TERENGGANU.

jom join, klik banner tu ye. 

till then,

thanks readers, xoxo

Tuesday, August 26, 2014

oh, Facebook Baru?



hi,

setelah 3 bulan lebih aku berpuasa dari facebook, finally tergerak hati nak buat balik. bukan sebab apa, terasa lost sangat dengan kekawan. dah lah zaman sekarang ni korang invite jemputan kahwen tu thru facebook je. *nampak sangat takde orang nak jemput aku* T_T

tudiaaaaaaaa… facebook baru aku *flipp shawl :D


facebook

korang nampak dua ekor tikus mondok tu haa, yela. facebook aku la tu.
meh la add aku. titew bermesra-mesra kat sana.  titeww suka kawan reramaii *pehal guna titew pulak*


till then,

thanks readers,xoxo!

Monday, August 25, 2014

Hadiah dari Jauuuhhhh

hi,
eh, lama nya tak update. nak cakap sibuk, takde la sibuk mana tapi idea nak update tu takde. so, kite biarkan dulu. hehe

so, pagi tadi before mandi nak g kerja, duk belek-belek baju nak pakai & tudung. then terpandang ke arah lipatan tudung tu.
cuba teka pa aku jumpa. haaaa.. mesti la tudung jugak. hahaha. *tak lawak. gelak hambar*

baru terlintas nak update kisah hadiah dari jaaaauhhhhhhhh. dari perak tau.
yela. perak ke terengganu amik masa 8jam jugak kalau naik kereta. kalau jalan kaki mau 5hari 4 malam kot.

actually tak sangka pon dapat hadiah ni. sempena besday aku 1 ogos & dapat duit raya jugak oii. :D
tengok, besday aku 1 ogos, dapat hadiah seminggu kemudian, nak update kisah ni akhir bulan ogos. hahaha betapa lama nya ku peram kan. -..-

so, this what i got *cehh speaking ko!

2014-08-25 07.39.11

yeayy. dapat 2 helai shawl. yee. aku peminat shawl. satu royal blue, satu ag light blue. :)



cuba close up sikit apa atas tudung tu.

2014-08-25 07.39.17
iyee. duet raya. tua bangka pon dapat duet raya. pe haku fedulikkk kan. :D

shawl ni aku tak rasmi lagi even adik aku nak pinjam pon aku tak kasi. dasar kedekut. kehkehkeh.
hoiii. kena hargai pemberian orang laaa. bukan kedekut. –..-


oh, btw, aku tak tahu la dia baca ke tak blog aku  ni tapi aku nak ucapkan terima kasih ye awak kerana sudi bagi hadiah ni. ingatkan tak dapat pape dah besday tahun ni. *ayat sedih* oh, ye. jauh benor awak beli shawl ni. siapa yg pilih ni? cantik tau. thank you! nanti saya pakai ye. *wink

haaa! siap wink2 bagai. kahkah.
akhirnya terupdate jugak blog aku. :D

p/s: bonda dah start bimbang anak dara dia sorang ni. –.-"
till then,

thanks readers.

Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday | 2014

hi




ko mampooo???

trending #makeuptransformation


till then,
thanks readers, xoxo

Tuesday, August 19, 2014

Hi, abang ngah

hi,

short update jela.

pagi tadi aku kelam kelibut aku lewat pergi kerja.
lepas je sidai baju, terus start kereta pergi kerja.

punya la aku pecut laju. *sori abang polis. hehe

then...




baru perasan aku duk belakang kereta abang ngah aku.
hi abgngah... hihi...

then, terus aku potong dia sebab aku dah lewat sangat.

tak sangka pulak dia kejor.
hoiii.. bukan nak lawan driftt nih! -.-"

haishhh ngah ni. aku sekeh jugak main rapat2 bontot kereta aku.
kang tercium bontot kereta aku, abgngah bayorr k!

sampai kat simpang tu, aku berpisah.
dia ke gong badak, aku ke bandor terengganu.
sempat dia ator msg. 

"abng ngah lewat ni, sebab tu kejor cikkak sebab cikkak pandai cilok2. nanti gtau ayah"

hoiihhhh!!!
-_______-"


mampos la kalu gtau ayah.  


till then,

drive safe everybody.



thanks readers, xoxo!




Thursday, August 14, 2014

resepi spegheti aglio olio simple versi derhaka

hi,
lately bizi sikit. aku tak sempat nak update & blogwalking. sorry ye. nanti weekend aku g terjah kat blog korang ye.
something happend but tak tahu nak stori ke tak dalam blog ni. hurrrmm. tunggu la nanti ye.

what else eh?
oh, semalam punyer la aku malas nak masak & malas nak makan nasi, mood nak masak western tu on! haha.
sempat la buat spegeti aglio olio versi derhaka. senang aje buat nya.
dasar tekak omputih sangat padahal duk kampung je :D

ok. ni bahan2 nya:
1. minyak zaitun or mentega or minyak masak. aku guna mentega je. kasi lemak berkrim gitew.:D
2. udang & sotong sebanyak mana ko nak.
3. sayur2. aku letak kobis bunga, carrot & tomato.
4. bawang putih setengah labu.
5. spegeti.
6. lada hitam, lada kering, lada sulah.

cara2nya:
1. rebuskan spegeti. letak garam sikit.
2. udang dikopek kulitnya. kulit tu jangan buang. rebuskan kulit udang tu. *nak amik air rebusan tu.
3. tumiskan mentega & bawang putih yg dicincang haluih. jangan sampai hangus. nanti tak sedap.
4. taruk udang & sotong td. kalau dah kering sikit, letak air rebusan kulit udang td. sikit je dalam 4-5 sudu besar. *aku main agak2 aje. :D
5. nampak kering sikit, letak lada kering, garam, lada hitam the, taruk sayur-mayur td.
6. perlahankan api, then taruk spegeti. gaul sebati. siap!
7. hidang panas2 & makan tang tu jugak! sedapp hoihhh :D

2014-08-13 20.09.35
puas hati la taruk banyak udang & sotong!
kalau kat secret recepi ade la 2 ketui jah udang tu.


bruppp! kenyang bau spegeti aglio olio. :D
selamat mencuba.

till then,

thanks readers, xoxo!

Tuesday, August 12, 2014

Dari Pahang ke Kelantan

hi
sambung kisah raya sakan part 1 aritu..
kisah ni panjang sebab first time aku beraya sakan ngan kekawan. biasanya ikut famili je. yela. anak dara kan. mesti la ikut mak ayah. auww!

actually taksangka pon nak ke kelantan.
idea ni dah lame dah tapi nak buat tu memang selalu tak menjadi.
so, kali ni aku bersunguh sikit paksa si erra datang umah aku. dia datang umah aku ari khamis pagi. pukul 7 pagi gerak dari kuantan. gigih ko noks! hahaha
sampai umah aku pukul 9 pagi, sempat dia beraya kat umah aku kejap. makan nasi impit. of kos la mak aku yg buat. takde nya aku yg buat. kahkah.
then terus ke umah tasha. kat umah tasha, mak dia buat nasi dagang. 2 pinggan aku bedal. hahhh ko! memang aritu perut aku isi makanan aje. nanti aku cerita betapa banyaknya aku makan. :D
siap makan, terus kami bertolak ke besut. kami tu adalah aku, erra & tasha. so, aku drive kereta erra ni. dia tak tahu jalan ke besut. best oii merasa jazziera ni. hahaha. ayah aku jeling je aku drive kereta orang. :D
punya la jem jalan ke besut tu, subhanallah. tak tahu nak cakap la. kebosanan gila duk dalam kereta. T_T
sampai ke besut around pukul 1.30 petang. kalau tak jem 2 jam je biasanya. ni tak, dah jdi 5 jam!! T_T
sampai je perut start lapar balik. nasib baik ma kaksue prepare mee goreng. so makan dulu sebelum ke rumah bihah. kebetulan bihah buat open house aritu. langkah kanan betol ;D



C360_2014-07-31-14-55-28-914
tu bihah yang pakai tudung biru. teacher biehah dah sekrang. tak sangka jadi cikgu sebab perangai subhanallah! macam bukan cikgu. haha.
aku repeat pakai baju raya pertama aje. hijau emerland :)


C360_2014-07-31-14-59-31-140
biasala perempuan pantang jumpa camera :D
gambar makanan tak amik pon. haha. kat situ aku makan soto & kek red velvet. aku makan banyak gila. kira standby nak ke kelantan pulak. *alasan.;D



C360_2014-07-31-15-02-59-690
gambar last kat umah bihah sebelum bertolak ke kelantan. semua tu ex UITM dungun tapu yg sebelah aku tu kawan si bihah & ara. punya la ramah sampai boleh jadi kawan dah. haha.
aihh.. teringat2 ag kesedapan soto kat umah bihah.  hurmm



ok. gerak ke kelantan pulak. kaksue yang drive. oh ya, masa otw ke kelantan tu, aku terperasan la sebuah rumah yg cantik gila kat area jertih ni. tapi terus kaksue marah aku. cakap jangan di tegur rumah tu sebab tiada penghuni.
i said “ what????!!!!!!!”
tu la padah mata meliar sangat sampai tegur mende2 yg tak patut. –.-"
cepat2 baca doa!
alhamdulilah takde pape terjadi. takut jugak sebab nak jalan jauh.

kalau dari jertih tu nak ke kuala krai, kelantan tu biasa take time around 1 jam. ni dah jadi 4 jam!! nahh ko, makan la jem strawbery bluebery mulbery bery bery ko tu. T___T
jem pulak bukan sebab trafik light or excident or kereta rosak tapi ade simpang ke kanan, polis pulak buat dekk je tengok jem berjela-jela. demm tol la si polis ni. polis tu je la. bukan semua polis ye! grrrrr.

C360_2014-07-31-16-32-18-860
sempat ber wefie ngah2 jem tu. kereta tak gerak langsung!! –.-"
naseb baik makan banyak kat umah bi hah, takde la lapar sangat. :D
pukul 6.30 petang baru la sampai umah si ipah ni. hampir 5 tahun tak jumpa si ipah ni. kalu ikutkan dedulu masa study kat uitm berenam. tapi si along tak dapat ikut trip kali ni. lenkali insyaALLAH kite kumpul lagi keh.




C360_2014-07-31-19-02-26-511_2

C360_2014-07-31-19-03-20-190

bergambar sakan la kiteorang kat umah si ipah ni. kiteorang beria pakai baju raya tapi ipah ni pakai baju tidur je. sempoii sangat. hahaha.
famili ipah pon baik sangat. siap prepare laksa penang lagi. sedapp hoiiihhh. :D

C360_2014-07-31-19-03-57-817

C360_2014-07-31-19-05-43-592

haihh tak cukup sorang lagi. takpe, nanti kite kumpul lagi ye. time wedding siapaa yekkk??!!

 C360_2014-07-31-19-11-09-340
last pic before balik. kemain buat muka gitu. haha. before balik, mak ipah siap bagi bekal rambutan 2 beg plastik! banyak hoihhh!
tak puas lagi borak2 time jumpa tu. haihh la. perjalanan tu take 4 jam tapi jumpa taksampai pon sejam.T_T

so, next destination is tanah merah, kelantan. si mimi pulak menunggu.
nahh sekali harung kiteorang pergi beraya sampai memalam pon pergi jugak.

dalam pukul 9 malam sampai umah si mimi. kesian dia terpaksa layankan kiteorang tapi dia terharu sebab dari jauh sanggup datang ke umah dia. hehe.

C360_2014-07-31-23-19-40-390
  kemain raya sakan sampai malam pergi terjah umah orang :D
kat umah mimi, mak dia prepare nasi berlauk. memang perut full betol aritu tu. :D



C360_2014-07-31-23-21-28-534
last pic of last rumah beraya aritu. thanks mimi, ipah, bihah & kaksue sebab makanan & penginapan. malam tu tido mati kat umah kaksue. kehkeh.

esokkan pagi terus gerak balik ke kuala terengganu & sambung beraya kat bandar terengganu pulak.
malam tu jugak si erra & pakwe nya celebrate besday aku. terharuu iolss. :D

semoga tahun depan kita dapat konvoi macam ni lagi tapi kompem2 dah tahun depan memasing ngan partner masing2 dah. tingal aku sesorang sobsobs T_T
tilll then cerita raya sakan aku.
hahaha.
puas hati hoiii even berjam2 duk dalam kereta. enak bukan :D

thanks readers, xoxo!

Thursday, August 7, 2014

Raya Sakan 2014 | part 1


Hi,
baru ada kesempatan nak update pasal raya.
kemain meriah reading list, semua pasal raya je.
aku pon nak join sama la. :D

ok, RAYA PERTAMA
tahun ni ade kelainan sikit. mana taknya, abang2 aku buat suprise dorang semua beraya rumah mak ayah. tak jadi beraya rumah in law dorang. meriah sangat. alhamdulilah. kemain dorang sorok supaya nak aku nagis di bucu kerusi. –.-"

aku tak sempat nak bergambar pon raya pertama tu. almaklum la kebanyakan nya rumah aku sentiasa full orang datang raya pertama. ala-ala open house pulak. :D
petang raya pertama cepat2 tutop rumah sebab nak g serbu rumah kazen aku di bukit besi. biasanya dia buat ari raya ke dua. ni tahun ni tukar angin.

PhotoGrid_1406542303716
ni je sempat bergambar tu pon otw ke rumah kazen. cikkak & aqif fayadh.

RAYA KEDUA
yg ni aku berstart nak jenjalan. bapak ah jem. kawan aku si tasha buat open house. so, rajin sangat pergi serbu sebab makanan die super best!


C360_2014-07-29-12-34-10-214
OOTD mak jemah sangat kan? haha. ok, jom p beraya!


C360_2014-07-29-17-04-06-125
aku pergi rumah tasha ngan si wani ni. kemain cantek dah sekarang. tu pon jarang dah nak kuar ngan die sebab asik keje kat KL je. aihh la. bila nak jumpa lagi ni mek wani iooo??

kat umah tasha pon lupa nak bergambar. asik sangat isi perut dengan makanan! mak tasha masak memang superrrr sedappp!! memang tambah nasi beriani aku aritu.
berkilo-kilo berat badan aku naik time raya nih!
:D


RAYA KETIGA
C360_2014-07-30-11-03-02-095
OOTD raya ketiga bertemakan jubah hitam. aku suka benau la wide shawl chiffon ni. die nampak beralun gitew. nak borong warna lain pulak nanti. keke.
raya ketiga aku duk rumah je. kebetulan mak sepupu datang bawak rombongan. kemain mak long aku ni datang nak merisik aku. haha. banyak la gurau ye! :D

RAYA KEEMPAT & KELIMA, terpaksa di next entri sebab sakan benauu gambarnya! haha.
ni baru part 1 okeh!
sila bersabar ye.
till then

thanks readers, xoxo!

Monday, August 4, 2014

Birthday Girl


hi,
*ehem, nak nyanyi skit tuk diri sendiri*
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan nurul asma’ saad
ALLAH selamatkan kamu.

amboihhh.
nyanyi tuk diri sendiri haahh!
;D
on 1 ogos yg lalu, genap berumur 25 tahun.
sekarang pulak berumur 25 tahun, 3 hari. –..-
tahun ni sambut simple2 je.
tu pon celebrate ngan kekawan.
actually aku ni tak ingat pon besday aku.
syok sangat raya, asik  makan kedarah aje. ;D
so, thanks kat sesape yang wish, yg celebrate, yg rancang nak menepung telurkan aku! choiiii!!  grrr
zaman tepung telur tu dah berlalu.
tak sesuwaiii dah nokss!
;D

IMG-20140801-WA0008
yg ni si erra & pakwe dia yg celebrate kat zie corner pulau kambing terengganu.
kalu korang ternampak budak main lilin tu, hahh iyelah tu. aku lah tu. :D



IMG-20140802-WA0041
second celebrate pulak, kakyong aka tasha belanje titew kat tappers terengganu.
ko tengok meja tu. full makanan! aku ni kuat makan dah sekrang ni. membela jin rasenya. :D


so, thank you so much korang yg celebrate besday aku. saiaa terharu biru awaaaa. saia ta kuadd! :D

p/s: takde orang special yg sambut bersama. kalu ade pon, dia duk jauh. katanya nak datang. amboihh. siapa jemput datang terengganu???!! kekeke.

p/s: entri raya sakan akan menyusul selepas ni. siap sedia hoiii.

till then.
thanks readers,xoxo

Saturday, August 2, 2014

Syawal 2014


Assalammualaikum WBT



hi,

so, dah feeling cuti raya kan?
blog cik asma bluppy pon nak cuti raya jugak.
:D



cik asma menyusun seploh jari jemari & jari kekaki memohon ampun 
kalau tersilap kata, terkasar type entri, tersilap komen & tak sempat nak blogwalking.

oh, yg balik kampung tu, hati2 ye di jalan raya. kalau boleh gunakan jalan alternatif.
cik asma memang tak balik kampung. umah memang kat kampung TERENGGANU. 
;D


so, bila pulak bersiaran ni... hurmmmmm mybe lepas mood raya dah habis. :D

till then,

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin semua!



thanks readers,xoxo!