Saturday, July 14, 2012

siapakah budak di tepi jalan itu?

 

Assalamualaikum WBT…Smile

 

minggu lepas kazen aku, si angah tu ajak aku pergi bermalam rumah dia. so, pe lagikk, gua pergi la after kerja. dan hari khamis tu nak jadik ke cerita. aku tak sempat nak solat asar kat ofis sebab ada orang lelaki baiki aircond ofis. so, terpaksa la aku hold dulu solat asar aku tu. then, tepat pukul 5 petang, terus aku pecut ke bukit besi rumah kazen aku. memang aku da biasa pergi sana sensorang lepas balik kerja. time tu aku ada 2 pilihan sama ada pilih jalan biasa ataupun highway bukit besi. last-last aku pilih highway sebab nak kejar solat asar kat rumah kazen aku. even mak aku sendiri TAK kasi aku guna highway tapi terpaksa jugak guna.

on the way tu, boleh pulak aku silap amik jalan. dan, tempat U turn sangat jauh! geram betol. buat abes minyak kereta aje! aishhh! dalam hati aku macam dah tak sedap hati jugak. tapi aku buat derkkk je. so, aku pecut jugak la sebab nak cepat sampai. tipu la kan kalau kat highway tu drive 80km/jam kan.. korang pon mesti bawak laju jugak kan..

tengah syok drive ni, tetiba aku ternampak 4 orang budak kat jambatan highway. salah seorang dah melintas jalan. budak yang kedua cuba nak melintas sedangkan dia dah nampak kereta aku tengah laju. aku rasa tak sedap hati. akhirnya dia melintas jugak! on that time, kelajuan kereta aku 140km/jam! gila betol budak ni. macam cabar aje! terus aku bagi hon! tapi budak-budak tu buat tak tahu je. so, aku teruskan perjalanan aku. dalam hati terdetik jugak ada perkampungan ke kat highway ni? macam pelik jugak… taknak pikir pelik-pelik, aku terus doa semoga semua selamat.

sampai kat rumah kazen aku tepat pukul 6.45 petang, terus pergi mandi dan solat asar. after tu, baru aku cerita kat mak usu & kazen aku. dorang macam terkejut. last-last dorang cakap kat situ TAK ADA perkampungan! abang kazen aku cakap kat situ ramai dah kereta yang terbabas. puncanya tak tahu. mybe drive laju, mybe benda lain. aku diam tak terkata.

images

 

selang dua hari, aku cerita kat mak aku. terkejut jugak mak aku yang aku guna highway tu. dah banyak cerita pasal highway tu. salah satunya, family ustaz singgah makan kat R&R highway bukit besi sedangkan R&R kat situ belum dibuka. aku kaget! mybe itu pengalaman aku guna highway tu. akibat tu, aku demam seminggu! lemah semangat!

niat aku cerita ni bukan nak takutkan siapa-siapa yang guna highway. just sebagai peringatan dan pengalaman aku.

p/s: semua itu adalah makhluk ALLAH.

p/s/s: ini lah padahnya tak ikut nasihat mak.. uwaawaaa….!*padan muka gua!

okbai!

5 comments:

  1. erk...nasib baik la takde jadi apa2 kejadian yg tak diingini...

    > sebenarnya mmg ada benda tu kat mana2...cuma tak nampak je...

    ReplyDelete
  2. lain kali jgn lalu kt situ lg ^^
    salam prkenalan ^^

    ReplyDelete
  3. Benda2 halus ni mmg wujud...
    tapi jgn sampai taksub suda...
    wallahuallam...

    heloo salam kenal..:)

    ReplyDelete

eh, comment? terima kasih ye....