Assalamualaikum WBT…
maaf sebab lama tak update. gua lupa nak bayar bil broadband! adesss..! terus gua menyepikan diri dari dunia internet selama 3 hari.. rindu gua tak? aceeceee.. malu nak ngaku lettew… takpe, gua faham.. *gilakguaperasansensorangkan!
panjang jugak intro gua kali ni. ok fine! nak pendekkan cerita, semalam hari ke dua ramadhan.. semua abang gua datang serbu rumah gua iaitu rumah mak bapak dorang la merangkap gua ni adik dorang. faham idok? buat-buat faham lah ye. cehh.. macam nak nunjuk aje CAB ni ramai abang kan.. memang gua nak tunjuk pon yang gua punya 5 orang abang, 5 orang kakak ipar *tak tahu ler kalau abang gua mau tambah kakak ipar.. kahkahkah… dan 9 orang anak buah yang super duper hyperactive!!! poning gua semalam melayan anak buah gua tu. ada dok manjat kerusi, duk tanya mende- mende pelik sampai tak tercapai dek akal mu…
daaannnnn….. gua memang bizi giler tolong mak gua masak sampai tak sempat nak amik gambar lauk berbuka semalam. so, korang hadap la kena baca aje pe yang gua bebel ni… muahahahhaa…
lauk berbuka semalam:
ikan kerapu 6 ekor masak 3 rasa
sup tulang daging lembu
sotong goreng kunyit
ikan goreng + panggang tawar
budu + tempoyak + sambal belacan
total semua orang makan: 23 orang.
tapi……………. gua terharu sebenarnya. yela…. lepas aje abang-abang gua kahwin, terus susag giler baben nak berkumpul. time hari raya pon susah, pe lagik nak berbuka sama-sama. terima kasih lah kat abang angah aku yang mengeluarkan idea ni. even penat tapi berbaloi-baloi… sobsobsobsob… :’)
p/s: hari ni semua dah takde! sunyi aje la rumah gua. mencikkkk!!!
p/s/s: misi mencai oblong. terliur pulak tengok oblong kat blog pakcik mat gebu. aishhhh!!!! nak oblong!!!!
No comments:
Post a Comment
eh, comment? terima kasih ye....