Thursday, October 30, 2014

Contoh Surat Berhenti Kerja

hi

after dapat offer kerja bebaru ni, terus aku submit surat berhenti kerja. ade jugak orang tanya cara or isi kandungan surat berhenti kerja aku. tapi ni bahasa la. sebab firm aku firm melayu.

so... ni contoh die:

Nurul Asma Saad
(alamat rumah)
..........................................................
En. Tuan Haji Abdul Jalil bin Ali
Jalil &co
no 83, tingkat 1, jalan sultan ismail
terengganu

tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya Nurul Asma’ binti Saad bertugas sebagai Pembantu Juruaudit ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakan jawatan saya pada 30hb Oktober 2014.

Untuk makluman pihak tuan, tujuan perletakan jawatan ini adalah disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat memberi kerjasama.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, 

……………………….
( Nurul Asma’ binti Saad )

harap ni dapat membantu kalian ye.

thanks readers, xoxo
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 29, 2014

Wordless Wednesday | 2014

hi,

Good bye samsung!!

hello ASUS Zenfone 5.

*sakit hati betol si samsung ni asik duk hangg aje! terus tukar tang tu jugak!

till then,

thanks readers, xoxo

Monday, October 27, 2014

Good News ;)

hi,
korang sihat? of kos la kan.
firstly aku nak gtau berita gembira. kan aritu aku ade pergi interview & aku ade share tip hadapi interview.
ALHAMDULILLAH.
aku berjaya dapat position EXECUTIVE tu. yeayyyy…!!
so, aku start keje kat kemaman pulak on early november 2014 ni.
so, aku agak bizi nak settle down semua kerja termasuk keje part time aku before start bekerja di tempat baru.
sebab tu jugak aku tak dapat update blog sekian lama & tak dapat nak blogwalking. T_T
maafkan saya. *polite*

oh, aku akan stay umah sewa kat kemaman. nanti aku akan update. insyaALLAH.

ummm….. pe lagi ek.

oh, ya. bebaru ni aku ada jadi sponsor CONTEST BY SHEDA UCU.
TERIMA KASIH & selamat datang kepada follower terbaru.
insyaALLAH aku follow balik korang nanti.
dan tahniah kepada pemenang

sila la terjah ye. blog dorang memang cntik. :)

so, tu je short update dari aku.

till then,

thanks readers. xoxo!

Wednesday, October 15, 2014

Contest Blog Comel by: sheda ucu

hi,

sorry for lambat nauu nak promot.

so, sebelum terlambat, nak ajak korang join contest ni.

cepat2!!! dah nak tutop dah contest ni!

hadiah menarik oiii.
rugi tak join.
dannn....

aku adalah salah sorang sponsor contest ni. keke.

meh join.

klik sini!!!!

till then, 

thanks readers, xoxo!

Thursday, October 9, 2014

Gaji MP perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’

hi,

terbaca satu post dari facebook.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.

Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah ‘perubahan’ gaji.

Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

“Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya.

“Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyerahkan proposal ‘perubahan’ gaji itu kepada Perdana Menteri sejak tahun lepas lagi,” katanya.

Shahidan turut menjelaskan bahawa setiap hari, di pejabatnya akan datang pelbagai rakyat di untuk meminta bantuan dan pertolongan.
“Oleh itu, kenaikkan gaji ini wajar dilakukan,” katanya.

Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Arau itu turut menjelaskan gaji bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-menteri, dan juga Timbalan- timbalan Menteri tidak akan dinaikkan.

Shahidan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa peratus dan berapa banyak dan jumlah ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen itu.
“Saya kena tunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia terpulang kepada beliau untuk mengumumkan sewaktu sidang ini ataupun sewaktu pembentangan Bajet 2015 nanti,” katanya.

Tambah beliau lagi, sepatutnya, ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen ini dinaikkan sejak Bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011 lagi.

“Dahulu, Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini. Dan mereka memberitahu, antara sebab kini mereka bersetuju adalah kerana mereka perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka,” katanya.

Shahidan turut menjelaskan isu ‘perubahan’ gaji ini tidak akan lagi dibentangkan dan dibincangan sekiranya Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini.
Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.

Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji.-freemalaysiatoday

sumber dari : facebook penmerah

Apa komen anda?

semalam aku post pasal harga sama tapi sikit 
hari ini isu ni pulak. hurmmmm... sampai bila rakyat jadi mangsa? bagus la ikat perut. rakyat jelata hidup "MEWAH" sangat sekarang ni. tetiap hari makan kat HOTEL. tido pon HOTEL 10 BINTANG! 

T____T

sarcastic sikit!

till then,

thanks readers. xoxo. hurmmmmm..... 

Wednesday, October 8, 2014

"harga sama tapi sikit"

hi 

lama aku menyepi kan. aku ngah sibuk settle down semua perkara sebelum aku berpindah ke tempat lain.
macam jauh je berpindah tu. kekeke. nanti aku stori.

aku rasa isu ni dah basi kot. tapi nak jugak aku stori kat blog.
hari ni aku g beli nasi ayam dengan harga yang sama tapi sedihnya kuantiti makin sikit.
nasi dah macam separuh tapi harga RM5.

T____T

kuat nauu impact harga minyak naik ni. eh, subsidi minyak dikurangkan. -____-"

sebagai rakyat marhaen ni kan, nak jugak aku luahkan perasaan berkenaan isu harga minyak ni.
please laaaa.. jangan la sesuka hati nak naikkan harga minyak tu. sebab kesan dia sangat luass.
harga minyak naik, kompem2 la semua harga barang akan naik. nanti nak implement GST lagi.
pleasee la. jangan bebankan rakyat.
T_T

if harga minyak turun sekalipon, harga barang lain takkan turun. T_T
tu lagi sadiss.

seeloknya kaji la dengan teliti kehidupan rakyat & contohi la teladan Rasullah SWT. jangan pemimpin hidup mewah tapi rakyat hidup sensara. nanti pandai2 la menjawab depan ALLAH.

till then,

thanks readers, xoxo