Wednesday, January 8, 2014

udang galah kuala rompin

entri ni mejurus kepada makanan yang sangatttt lazat! ampun ye kalau entri ni menyebabkan diet korang rosak. muahahaha.

ni planning ayah aku yang kebosanan time cuti panjang. 25hb disember haritu kan jatuh hari rabu, so, aku amik cuti hari khamis tu. deret 4 hari aku bercuti. sakan benauuu.

nak jadikan cerita petang selasa tu, ayah aku tanya nak g makan udang tak? eh mesti la nak. sape taknak memang rugi benauuu! then, tanya lagi, nak ajak en tunang tak? yang tu lagi berdabel-dabel nak. kihkih. so, otomatik tunang aku join sama trip ni. pergi 3 buah kereta sebab abglong satu famili join jgk. nak sharing-sharing kereta macam tak selesa pulak. aku ngan en tunang dah macam pergi honeymoon. terfeeling-feeling gitu. half way tu, tetibe si kenit alif join kereta aku & en tunang. nak tumpang tido. dah jauh lagi nak ke nyampai ye yob!! saborr je la. –__-”

 

lenguh asik duduk je, so ayah decide pitstop kat Pekan, Pahang. sempat ler bergambar kat situ.

 

IMG-20131226-WA0014

kemainnn pakai baju sama warna. ni tabiat dia ok. sampai buat peraturan kena beli baju sama warna. –.-” feeling macho lettew. –..-

IMG-20131226-WA0005

anak buah batilion guwa. siap buat drama ayor mata ag kat situ gara-gara abg long aku duk ngusik anak dia. aku la tukang pujuk nye! grrrr

lepas tu, terus sambung drive ke kuala rompin. sampai je, owner dia terus hidang udang. ayah aku tepon siap2 si owner ni. nak makan 3 kilo udang. perghhh. memang sangat puas hati tau! lupa nak bagitau, ayah aku memang dah biasa datang makan kat sini. siap ada no phone kedai ni. kehkehkeh

pic bawah ni mengandungi unsurr makanan yang teramat sexyyyyyy babeh.

IMG-20131226-WA0012

aauummm! sexyyy betol udang bertenggek ni. . kalah supermodel. kikiki. ni mak mertua lalu depan mata kompem tak sedor diri nih. bhahahaha

 

 IMG-20131226-WA0003

aku ngan si dia posing dua pingan je. actually banyak gila udang ni. siap letak dalam bekas buffet tu tuk keluarga aku sahaja. memang melopong pelangan lain tengok kita orang mentedarah. hahaha.

IMG-20131226-WA0002

nah. licin pingan memasing. mak & abglong duk bergosip pasal pe ntah. haha.

 

on the way balik tu, tetiba tayar kereta en tunang aku pancit. tu pon sedor jauh sikit la. kat shell minyak baru sedor. amboiii. banyak sangat makan sampai tayar kereta pancit. tapi kan pernah gak ar before pergi ngan en tunang ni, family mak usu aku join dan tayar kereta diorang jugak buat hal. aikkk. pelik ni. ummm. why botherr3x kan? bhahaha. dah takdir ALLAH lettew. so, berpeluh jeruk sekali tukar tayar spare part dan cari bengkel tuk tampal bocor tu. pengalaman pertama tukar tayar time trip gitu. hihi

 

so, kiteorang singgah kuantan pulok tuk shoping. alaaaa… aku tak sempat shoping pon. mak aku je sempat kebas beg satu. rugikkk betol time ngah sale gegila tu aku pulok tak de selera nak shoping. sobsss…T____T

lepas je dinner kat restoren ANA PETAI IKAN BAKAR *sangat recommend tuk sesiapa yang nak makan ikan bakar. kat tanjung lumpur. terus je gerak balik. dari 3 buah kereta ke 4 buah kereta. aik?? pelikk dok? actually abg achik aku pon pergi kuantan tuk shoping. so, konvoi 4 buah kereta time balik.

watamatt kisah short trip with en tunang.

first time en tunang join trip ngan bakal mertua beliau. bhahaha.

sepanjang perjalanan memang aku tak dibenarkan drive and tido. time aku nak terlelap je, mula la si dia memekak nyanyi. bila aku nak drive pulok tak di kasinya. T___T  *bukan drive tp driftt katanya. :(

 

 

p/s: sape2 yang nak no kedai udang kuala rompin, pm facebook aku. nanti aku kasi. click sini kan publish sini dok molek pulok. hihi

p/s: dah mula booking membooking. unfortunely tarikh aku pilih tu meman hot date. sadiss betol

p/s: doakan agar segala urusan ke jalan halal menjalan lancar :)

 

thanks reader, xoxo

4 comments:

  1. nebes tak tunang tu? hheee... terliur tengok udang size tu...

    ReplyDelete
  2. memang terbaiklah baca entri ni.....dahlah tengah lapar huwaaaaa....

    owh bulan lepas kak lea pergi restoran ana ikan bakar petai,bangi.memang terbaik nak lepak makan ikan2 bakar,kan ^*

    ReplyDelete

eh, comment? terima kasih ye....