Tuesday, January 21, 2014

girl, women & …..

 

 

troll yang aku jumpa kat tenet. ramai dah kot yang tengok picture ni. takpe lah. aku nak tunjuk jugak. wakakak

 

 

BecRddmIIAADLeI

 

jangan marah ye. ni sumber dari google. kekadang aku pon macam ni jugak. hahahaha! kbai

 

thanks readers. xoxo

Wednesday, January 8, 2014

udang galah kuala rompin

entri ni mejurus kepada makanan yang sangatttt lazat! ampun ye kalau entri ni menyebabkan diet korang rosak. muahahaha.

ni planning ayah aku yang kebosanan time cuti panjang. 25hb disember haritu kan jatuh hari rabu, so, aku amik cuti hari khamis tu. deret 4 hari aku bercuti. sakan benauuu.

nak jadikan cerita petang selasa tu, ayah aku tanya nak g makan udang tak? eh mesti la nak. sape taknak memang rugi benauuu! then, tanya lagi, nak ajak en tunang tak? yang tu lagi berdabel-dabel nak. kihkih. so, otomatik tunang aku join sama trip ni. pergi 3 buah kereta sebab abglong satu famili join jgk. nak sharing-sharing kereta macam tak selesa pulak. aku ngan en tunang dah macam pergi honeymoon. terfeeling-feeling gitu. half way tu, tetibe si kenit alif join kereta aku & en tunang. nak tumpang tido. dah jauh lagi nak ke nyampai ye yob!! saborr je la. –__-”

 

lenguh asik duduk je, so ayah decide pitstop kat Pekan, Pahang. sempat ler bergambar kat situ.

 

IMG-20131226-WA0014

kemainnn pakai baju sama warna. ni tabiat dia ok. sampai buat peraturan kena beli baju sama warna. –.-” feeling macho lettew. –..-

IMG-20131226-WA0005

anak buah batilion guwa. siap buat drama ayor mata ag kat situ gara-gara abg long aku duk ngusik anak dia. aku la tukang pujuk nye! grrrr

lepas tu, terus sambung drive ke kuala rompin. sampai je, owner dia terus hidang udang. ayah aku tepon siap2 si owner ni. nak makan 3 kilo udang. perghhh. memang sangat puas hati tau! lupa nak bagitau, ayah aku memang dah biasa datang makan kat sini. siap ada no phone kedai ni. kehkehkeh

pic bawah ni mengandungi unsurr makanan yang teramat sexyyyyyy babeh.

IMG-20131226-WA0012

aauummm! sexyyy betol udang bertenggek ni. . kalah supermodel. kikiki. ni mak mertua lalu depan mata kompem tak sedor diri nih. bhahahaha

 

 IMG-20131226-WA0003

aku ngan si dia posing dua pingan je. actually banyak gila udang ni. siap letak dalam bekas buffet tu tuk keluarga aku sahaja. memang melopong pelangan lain tengok kita orang mentedarah. hahaha.

IMG-20131226-WA0002

nah. licin pingan memasing. mak & abglong duk bergosip pasal pe ntah. haha.

 

on the way balik tu, tetiba tayar kereta en tunang aku pancit. tu pon sedor jauh sikit la. kat shell minyak baru sedor. amboiii. banyak sangat makan sampai tayar kereta pancit. tapi kan pernah gak ar before pergi ngan en tunang ni, family mak usu aku join dan tayar kereta diorang jugak buat hal. aikkk. pelik ni. ummm. why botherr3x kan? bhahaha. dah takdir ALLAH lettew. so, berpeluh jeruk sekali tukar tayar spare part dan cari bengkel tuk tampal bocor tu. pengalaman pertama tukar tayar time trip gitu. hihi

 

so, kiteorang singgah kuantan pulok tuk shoping. alaaaa… aku tak sempat shoping pon. mak aku je sempat kebas beg satu. rugikkk betol time ngah sale gegila tu aku pulok tak de selera nak shoping. sobsss…T____T

lepas je dinner kat restoren ANA PETAI IKAN BAKAR *sangat recommend tuk sesiapa yang nak makan ikan bakar. kat tanjung lumpur. terus je gerak balik. dari 3 buah kereta ke 4 buah kereta. aik?? pelikk dok? actually abg achik aku pon pergi kuantan tuk shoping. so, konvoi 4 buah kereta time balik.

watamatt kisah short trip with en tunang.

first time en tunang join trip ngan bakal mertua beliau. bhahaha.

sepanjang perjalanan memang aku tak dibenarkan drive and tido. time aku nak terlelap je, mula la si dia memekak nyanyi. bila aku nak drive pulok tak di kasinya. T___T  *bukan drive tp driftt katanya. :(

 

 

p/s: sape2 yang nak no kedai udang kuala rompin, pm facebook aku. nanti aku kasi. click sini kan publish sini dok molek pulok. hihi

p/s: dah mula booking membooking. unfortunely tarikh aku pilih tu meman hot date. sadiss betol

p/s: doakan agar segala urusan ke jalan halal menjalan lancar :)

 

thanks reader, xoxo

Monday, January 6, 2014

throwback

 

hai korang.

sorry la lambat update sikit. laptop aku cari pasal ngan aku. puas dah aku pujuk tuk hidup. dia nak bunuh diri jugak. last2 aku hantar masuk hospital tanjung rambai. ni baru ok sikit. dan dengan bangga nya duit aku terbang melayang-layang. T_T

ok. done bagi alasan lamabt update. kekeke.

oh, aku nak terobekk kehidupan aku sepanjang 2013. mana tau tetiba nanti aku hilang ingatan, boleh aku baca balik blog aku dan tahu kehidupan jahiliah aku dulu.

Alhamdulilah. sepanjang tahun 2013, kebanyakan perkara baik yang berlaku. hihi

januari:

- aku menamatkan status pelajar sarjana muda kepujian perakaunan secara tidak rasmi. hipp hipp horeyyyy.

- akhir bulan januari, join trip (melancong) with clasmate ke jogjakarta, indonesia. wiiwiwiiw

 

317068_10151355094297510_1398546002_n

 

februari:

- aku masuk kerja kat tempat pratikal aku dulu. jalil &co. audit & accountant firm. alhamdulilah. kiranya aku tak lama la menanam anggur. hihi

- contack balik ngan si dia after a while.

- akhir bulan februari, si dia propose. alhamdulilah. semua berjalan lancar.

 

IMG-20130428-WA0018

 

 

mac:

- aku sibuk ngan kerja, audit situ sana, sini.

- first time bawak dia jumpa famili. *konon mintak kebenaran. mak ayah bagi lampu hijau liplap lip lap. kahkah

 

mei:

- majlis merisik. :)

- majlis konvo. secara rasmi nya aku ni alumni uitm.

 

june

- tetiba ada delivery bunga kat ofis. suprise katenya. auww. macamne la aku tak terpikat dah kalau gaya gini. muahaha

- famili short trip ke kelantan. :)

- jamuan sebelum puasa jalil &co. style potluck gituew

 

 

ogos:

- got another flower suprise sempena besday aku.

- berbuka puasa ngan kekawan kat kuantan. jauhh benauu bukak puasa tu! sempena celebrate besday aku. hihi.

- raya puasa. tak best sangat sebab ramai abang aku tak balik raya.

- 17/8/2013. majlis bertunang aku. time ni baru happy. geng aku siap buat suprise aku. terharu aku noksss!

 

DSC_0185

 

 

oktober:

- ofis trip ke vietnam. yeayyy.

 

DSC02737

 

disember:

- another famili trip ke rompin. si dia join sama. dan peristiwa tayar pancit. kekeke *nanti aku update detail trip ni. waitt keyy!

 IMG-20131226-WA0003

 

so far, alhamdulilah. kehidupan aku tahun 2013 sangat berjalan lancar. aku berdoa agar tahun 2014 menjadi semakin baik dari tahun –tahun sebelumnya.

IMG-20131231-WA0006 IMG-20131231-WA0008

balik dari stock take (keje audit) terus g dating konon celebrate last dating in year 2013. muahaha. and also last dia makan burger. *si dia in diet.

 

 

tahun ni jugak aku berharap tahun berakhirnya zaman single mingle. weewww. doakan aku agar segala urusan persiapan berjalan dengan lancar.

 

aku doakan semoga tahun 2014 membawa keberkatan kepada kita semua even harga barang makin naik. dushhhh!! T_T

thank readers. xoxo