Assalammualaikum WBT
OK. sambung hari ke dua aku berada di vietnam. malam after shoping kat pasar malam tu, mr hero sampai kan pesan esok *hari ke dua* awal pagi nak pergi ke delta mekong dan chuchi tunnel. time tu aku super eksaited weh. sape tak eksaited nak g sungai mekong. delta mekong kan antara sungai terbesar di dunia. sila buka buku goegrafi okeh. oh, malam tu jugak aku dapat tau rombongan bos aku terlepas flight ke vietnam. dorang beli tiket on the spot naik vietnam flight. rombongan ofis aku ni time pergi je berpecah 2 rombongan, time balik baru together-gether. gitchewww.
pagi buta tu g breakfast kat hotel. dorang dah asingkan makanan halal dengan non halal.
aku bedal roti je ni. ade jugak nasi goreng tapi aku ni waswas. hehe. eh, sedap jugak roti cicah kopi. perghh. meletoppp! roti + kopi = daboomm!
kemainnn posing ala-ala datin kauuu! belakang aku tu merangkap chief chef kat hotel tu. kemainn aku berspeaking ngan die. sekali dia cakap melayu. melopongg cheq. hahaha. sume bahasa dia pandai. tu dia ngah bercakap mandarin ngan pelancong cina. borong roti nampak! haha
after kenyang perut, moh lerr ke delta mekong.
ni pemandangan jalanraya vietnam. jalan dorang ni memang sangat sistematik. pe taknya, bina jalan yang banyak alur sungai. pening jgk eh. –.-"
tapi sepanjang perjalanan ni, satu je yang tak senonoh. dorang ni suka sangat kencing merata. bukan aku skodeng tapi TERNAMPAK! bukan sorang tapi lebih dari 10 orang kot! adoiii. –__-”
kat sini lebih banyak moto dari kereta. kalau mat rempit datang sini, kompem insaf. otai betol dorang bawak moto. takde eksident pom. suke hati mak bapak dia je nak masuk lorong mana2. trafik light tu memang jarang2 je leh tengok kat sini.
dah terlebih feeling duk layan tepi tingkap ni, aku pon tido kroh2. dalam 2 jam dari bandar saigon ke delta mekong. bas pulak tak leh bawak laju sebab polis ada dimana2. 60kmj. pasrahh je la.
bukak mata je nampak sawah padi. pelik jugak aku tengok sawah padi ni. sebab mesti akan ada 1 kubur. macam tuan tanah kot.
berhenti kat sini kejap. rehat badan before ke delta mekong. jauhhh lagikkk! T_T.
cam whore dulu. perabihkan memori camera. hihi
kemainnn control je meniti tu. padahal muka penakut. kang ade je mandi free kat sini. eeuww.
ni baby kembar. nama dia arfan rasanya. aku pon tertukar jgk. T_T
okeh. dah sampai sini. moh ler naik bot besar dulu.
yang baju merah tu bos aku. hai bos.. *lelambai je bos aku tu. satu bot ni muat tuk rombongan ofis aku je. ok lah kan. takde bercampur dengan orang lain.
eh, jambatan pulau pinang ada kat sini? haha
sampai je kat pulau seberang tu, mr hero bawak ke tempat orang buat manisan kelapa.
ni orang yang buat manisan tu. dorang bungkus guna tangan. takde mesin pon. gigih betol.
ni hasil nya. aku tak beli pon. sebab ermmmm. entah. hihihi.
habis je melawat kawasan, terus dihiburkan persembahan ni. dorang nyanyi lagu pe ntah. satu pom tak faham. ada jugak dorng nyanyi lagu si jantung hati. yang pakai baju putih tu, masyaALLAH…. macam tak pakai baju je. nipis nak mampus. tahan muka aje lah.
kat pulau tu, ada jual barang sourvenir. aku menyesal jugak tak beli banyak barang sini. sebab sini lagi murah dari kat bandar tu. kualiti pon ok.
macam2 jenis beg.
kesian tengok dia gigih buat barang sourvenir ni. dah la pregnant. T_T
hasil dia memang superbb!
eh, pesal ada sampan ni?? jeng.. jeng.. jeng…
habis je shoping barang kat tu, kiteorng kena naik sampan tuk ke bot. adus. sumpah aku gayat nak naik sampan. kan lingkup sampan ni naya weh. aku ni tak kahwen lagik ni. eh…
ni alur sungai. padat betol ngan sampan. bismillah.. jomm naik sampan.
confident je muka aku ni. hahaha. ala-ala awek vietnam idok??
peace cikda.
kemainnn mendayung sampan. hahaha.
sampai je bot besar, dia bagi sorang sebijik buah nyior. puah hati. haha.
time balik tu, tetiba hujan lebat. nasib la time kat sampan tu tak hujan lebat. phewww. kat jeti tu, lama jugak la lepak situ. dorang duk beli sourvenir kat jeti. aku just beli topi tuk ayah aku je. hehe.
okeh. jom ke next destination plok. chuchi tunnel…yey! *eksaited je kan. padahal aku tido je dalam perjalanan ke chuchi tunnel tu. hahaha
before ke chuchi tunnel, lunch dulu. tenkiu bos sebab belanja lunch. kat sini aku bedal kopi lagi. sumpah sedappp!
bab sejarah ni, memang aku fail la. aku banyak menguap je time dia explain. kahkah.
kemain sini pon nak sportchek bagai. ingat budak sekolah ke?? sabor je la.
yang ni memang dah bawah tanah ye. eh, mana aku? oh, tukang amik gambar rupenya. –.-”
so, berjalan-jalan la rombongan aku kat sini. boring jugak la. aku tak minat sejarah. sejarah malaysia pon aku tak khatam abis. ni nak aku belajar sejarah vietnam. terima kasih je la eh. hahaha. jahat gila aku. aku tunjuk gambar je la eh. aci neh.
eh, si kembar. tu ibu dia. kuruihhh je.
depan belakang cameraman. haha. ni ofismate aku.
amboi askar ni duk ngupat lettew. femes uolls khenn. haha. time last tu, mr hero suruh masuk terowong bawah tanah. aku ingatkan dekat je. rupanya jauh gila. gelap lak tu. sumpah seram wo duk merangkak dalam terowong tu. mau aku tersesat masuk lorong lain naya aku. gara2 merangkak tu ler aku sakit peha. T_T
rombongan aku sampai ke bandar saigon tu agak malam jugak la. dan aku tak sempat lagi ke bentanh market. T_T esok pagi nekad nak pergi jugak bentanh market tu. malam tu kuor lagik! hahaha. cuci mata kat night market. tapi hujan pulak.
hahaha. gigih sangat pakai baju hujan,. kat malaysia takde pom segigih macam ni.
eh, panjang benau entri aku ni. next entri aku cerita kisah bentanh market pulak ye. kisah tawar menawar, kisah tarik menarik, kisah berani mati melintas jalan. gulp. see u next time. bye
thanks readers, xoxo.
hoiii.. suke sorang aku tgk gambo paka baju ujan tu wehh.. eh2, pokce pom ade.. haha.. pahni pos yang kene tinggal plok.. haha
ReplyDeleteBestnye.rindu vietnam.hikhik.
ReplyDeleteOrang kata kat vietnam ni susah nak cari orang gemok, betol ke?
ReplyDeletemerasa jg pkai topi tu kan..akk suka sbb nk sampan cmtu..sbb tmpat sndiri x merasa huhuhu
ReplyDelete