Thursday, November 28, 2013
Tuesday, November 26, 2013
masih aku cinta
Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada
Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua
Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku
by: shila hamzah
*******************
perempuan perasaannya sangat konflik.
susah nak di jangka
katanya hanya ikut perasaan
muka gembira, hati derita.
*mengeluh
senyum aje la tuk hari mendatang.
Allah takkan menduga sesorang melebihi hadnya.
insyaALLAH.
ALLAH itu pasti ada untuk hambanya.
bersabarlah.
*ni luahan hati aku saje. penat dengan permainan manusia. aku juga manusia yang ada perasaan. perasaan aku kian menipis, terhakis, terkikis. aku penat. penat teramat sangat. aku perempuan yang lemah T_T
Thursday, November 21, 2013
vietnam, aku datang | last episode
Assalammualaikum WBT
amboii kemain last episod. ingat tengah buat show madmarket ke? lempang sikit. kekeke. oh, ade orang tanya 2 3 soalan. aku jawab kat sini je la eh.
1. susah tak nak komunikasi dengan dorang?
yang ni jangan risau, dorang pandai je cakap melayu & omputih. kalau orang tua tu memang dorang tak faham. penjual muda je. ayat paling femes “kakak….. murah ni kakak…” “ abang… mari beli. murahh….” kahkahkah. bertabah la kalau dorang start guna ayat abang kakak tu. ade yang siap puji memuji lagi. yang tua terus terfeeling muda. –..-
2. kenapa susah cari orang gemuk kat vietnam?
ummm. yang ni pelik jugak eh. memang susah or kira takde langsung orang gemuk kat vietnam. sebab nya dorang kuat berkerja. ag satu, dorang ni amalkam makanan organik and EKSOTIK *hantam aje ejaan tu* kot. kemain caplock. paham2 jela makanan EKSOTIK tu ye. kite ni golongan diharam makanan eksotik tu. kekeke
3. perlu ke tukar matawang dollar.
ni depend korang la. time aku g aritu aku tak tukar dollar pom. macam rugi pom ade. mostly aku gune RM. tukar nilai kecik siap2. kalau tukar vietnam dong pon ok. tapi pening sikit la. baik buat senarai tukaran matawang. dan convert sendiri. jangan bagi dorang convert. nanti korang yang pening. ditipunya hidup2. huhu. aku tukar kat sane je. tukar sikit je. just tuk makan & beli barang2.
4. hati2 dengan pengilap kasut.
hah ni, take serious ok! jangan bagi sebarangan orang gilap kasut korang. mau nya ditipu hidup2. memula dorang cakap nak gilap, lepas siap die caj mahal & cakap die tambah gam and so on. so, say NO to pengilap kasut!!
tu aje la kot. ok, nak sambung part last ni.
hari ketiga baru aku berpeluang jejak kaki ke pasar benh tanh ni. hari tu aku dah tak makan kat hotel alsebab nya dia tersilap letak makanan dipanggilnya pork kat tempat makanan halal. kembang anak tekak ni hah! terus naik bilik balik makan roti ajor! tepat pukul 7.30pagi aku bersiar2 ke benh tanh market. kemain ko bersiar2 pepagi buta. dorang tak buka kedai lagi time tu. just ade pasar basah dorang. oh, btw kalau korang nak harga super duper murah, korang pergi la pepagi buta tu and jadi firstt customer dorang! kompem dorang bagi harga korang nak sebab dorang percaya first customer bawak luck. konon nye la. kekeekeke.
time sampai tu pasar ni, aku tersilap masuk pasar basah dorang! ko boleh bayangkan tak pasar basah dorang jual hape??? alaaa siott betol la. kalau teringat balik, kembang tekak woiii. segala organ dalam perut cik khinzir hadorrr!! nak muntah aku!! tobat takmo masuk dah pasar basah dorang.
aku ni mula tuju ke kedai yang jahit baju kemeja. si tunang kirim baju tuk jahit. risau gak aku takut tak siap. dia pernah datang, so dia cakap kompem siap punye. ikut aje la cakap die. so, pepandai la korang survey kedai yang sangup jahit baju kemeja dalam 1 hari.
finally… jumpe jugak kedai ni. time ni dorang baru buka. so… kaw2 aku bodek harga.
oleh sebab tunang aku ni keje lawyer buruk *jangan marah eh. mesti la kena pakai baju kemeja putih bersih suci murni gittew. penat taw pujuk tauke ni. last2 dapat la harga kaw punyer. si tunang pon terkejut aku dapat harga kaw. hahaha. see the leg ok! the power seduction!
dalam pukul 7 petang, aku dah dapat baju tu. hebattt betol dorang. tak sampai 1 hari siap!
depan kedai jahit baju tu, ofismate aku tempah baju jubah. cantikk sangat! aku just beli kain je. malas la nak buat baju. nanti tak terpakai pulok. huhu
beliii… belii…. manyak cantikk akak. *ayat paling basic kat sane.
after sudah jelajah benh tanh market, kiteorang nak ke situ. actually tu tengah roundabout. boleh bayangkan tak aku nak melintas jalan yang super duper sibuk tu.
tip nak lintas jalan: korang ngucap dulu, then lintas. tak payah tengok kiri kanan. seyes nih! tak memain ek. dorang akan elak ler korang ngah melintas tu. tapi korang kena jalan slow & steady. gud luck ye! aku dah berjaya dah. haha
gigih sangat melintas jalan sebab nak bergambar gate depan Benh Tanh Market ni. eh, aku nampak gemokkkk! mencikkkk.
tu dia sebahagian ofismate aku. eh, korang nampak tak sami tu. hah! tengok cara dia melintas, kasi redahhhh ajee! kekeke
kemain posing tengah2 roundbout tu, kat malaysia ni takde lak buang tebiat buat gitu. hahaha. *ayat pedas dari mak aku. hahaha.
peruttt mayak lapar maa.. moh ler kedarasss..
kat sini, tekak aku asyik makan mee sup je. sedap kauu! eh tu daging lembu ye.
dah kenyang, jom perabihkan duet lagik…
kat kedai ni, aku ada berkenan satu baju tapi tak beli…
baju ni hah! alasan tak beli kain dia jenis berpinjung/ susun tepi. aku kurang dah pakai kain susun tepi. tapi balik mesia, aku nyesal tak beli. cissss T_T
borong telekunggg lagikkk….
ofismate aku beli helmet. hehe
esok tengah hari aku balik Malaysia. pagi tu sempat lagi pi tinjau benh tanh market buat kali terakhir. insyaALLAH ade rezeki, aku nak datang lagi. tak puas memborong. hehe
alkisahnya sampai kat malaysia, aku nak naik pulok dari kuala lumpur ke terengganu, entah macamne aku punyer flight tersilap tarikh. adoii ler… macamne leh cuai ni. dah la time tu orang ramai nak balik sebab hari raya haji. so, beli on the spot tiket flight ke terengganu pagi esok nya. T_T banyak betol pengalaman pergi vietnam ni. tapi kompem tak serik. kekekeke. watamat sudah kisah vietnam.
ok. tu aje pengalaman aku ke vietnam, segala pertanyaan dialu-alukan. adioss
thanks readers! xoxo
Sunday, November 10, 2013
vietnam, aku datang | day 2
Assalammualaikum WBT
OK. sambung hari ke dua aku berada di vietnam. malam after shoping kat pasar malam tu, mr hero sampai kan pesan esok *hari ke dua* awal pagi nak pergi ke delta mekong dan chuchi tunnel. time tu aku super eksaited weh. sape tak eksaited nak g sungai mekong. delta mekong kan antara sungai terbesar di dunia. sila buka buku goegrafi okeh. oh, malam tu jugak aku dapat tau rombongan bos aku terlepas flight ke vietnam. dorang beli tiket on the spot naik vietnam flight. rombongan ofis aku ni time pergi je berpecah 2 rombongan, time balik baru together-gether. gitchewww.
pagi buta tu g breakfast kat hotel. dorang dah asingkan makanan halal dengan non halal.
aku bedal roti je ni. ade jugak nasi goreng tapi aku ni waswas. hehe. eh, sedap jugak roti cicah kopi. perghh. meletoppp! roti + kopi = daboomm!
kemainnn posing ala-ala datin kauuu! belakang aku tu merangkap chief chef kat hotel tu. kemainn aku berspeaking ngan die. sekali dia cakap melayu. melopongg cheq. hahaha. sume bahasa dia pandai. tu dia ngah bercakap mandarin ngan pelancong cina. borong roti nampak! haha
after kenyang perut, moh lerr ke delta mekong.
ni pemandangan jalanraya vietnam. jalan dorang ni memang sangat sistematik. pe taknya, bina jalan yang banyak alur sungai. pening jgk eh. –.-"
tapi sepanjang perjalanan ni, satu je yang tak senonoh. dorang ni suka sangat kencing merata. bukan aku skodeng tapi TERNAMPAK! bukan sorang tapi lebih dari 10 orang kot! adoiii. –__-”
kat sini lebih banyak moto dari kereta. kalau mat rempit datang sini, kompem insaf. otai betol dorang bawak moto. takde eksident pom. suke hati mak bapak dia je nak masuk lorong mana2. trafik light tu memang jarang2 je leh tengok kat sini.
dah terlebih feeling duk layan tepi tingkap ni, aku pon tido kroh2. dalam 2 jam dari bandar saigon ke delta mekong. bas pulak tak leh bawak laju sebab polis ada dimana2. 60kmj. pasrahh je la.
bukak mata je nampak sawah padi. pelik jugak aku tengok sawah padi ni. sebab mesti akan ada 1 kubur. macam tuan tanah kot.
berhenti kat sini kejap. rehat badan before ke delta mekong. jauhhh lagikkk! T_T.
cam whore dulu. perabihkan memori camera. hihi
kemainnn control je meniti tu. padahal muka penakut. kang ade je mandi free kat sini. eeuww.
ni baby kembar. nama dia arfan rasanya. aku pon tertukar jgk. T_T
okeh. dah sampai sini. moh ler naik bot besar dulu.
yang baju merah tu bos aku. hai bos.. *lelambai je bos aku tu. satu bot ni muat tuk rombongan ofis aku je. ok lah kan. takde bercampur dengan orang lain.
eh, jambatan pulau pinang ada kat sini? haha
sampai je kat pulau seberang tu, mr hero bawak ke tempat orang buat manisan kelapa.
ni orang yang buat manisan tu. dorang bungkus guna tangan. takde mesin pon. gigih betol.
ni hasil nya. aku tak beli pon. sebab ermmmm. entah. hihihi.
habis je melawat kawasan, terus dihiburkan persembahan ni. dorang nyanyi lagu pe ntah. satu pom tak faham. ada jugak dorng nyanyi lagu si jantung hati. yang pakai baju putih tu, masyaALLAH…. macam tak pakai baju je. nipis nak mampus. tahan muka aje lah.
kat pulau tu, ada jual barang sourvenir. aku menyesal jugak tak beli banyak barang sini. sebab sini lagi murah dari kat bandar tu. kualiti pon ok.
macam2 jenis beg.
kesian tengok dia gigih buat barang sourvenir ni. dah la pregnant. T_T
hasil dia memang superbb!
eh, pesal ada sampan ni?? jeng.. jeng.. jeng…
habis je shoping barang kat tu, kiteorng kena naik sampan tuk ke bot. adus. sumpah aku gayat nak naik sampan. kan lingkup sampan ni naya weh. aku ni tak kahwen lagik ni. eh…
ni alur sungai. padat betol ngan sampan. bismillah.. jomm naik sampan.
confident je muka aku ni. hahaha. ala-ala awek vietnam idok??
peace cikda.
kemainnn mendayung sampan. hahaha.
sampai je bot besar, dia bagi sorang sebijik buah nyior. puah hati. haha.
time balik tu, tetiba hujan lebat. nasib la time kat sampan tu tak hujan lebat. phewww. kat jeti tu, lama jugak la lepak situ. dorang duk beli sourvenir kat jeti. aku just beli topi tuk ayah aku je. hehe.
okeh. jom ke next destination plok. chuchi tunnel…yey! *eksaited je kan. padahal aku tido je dalam perjalanan ke chuchi tunnel tu. hahaha
before ke chuchi tunnel, lunch dulu. tenkiu bos sebab belanja lunch. kat sini aku bedal kopi lagi. sumpah sedappp!
bab sejarah ni, memang aku fail la. aku banyak menguap je time dia explain. kahkah.
kemain sini pon nak sportchek bagai. ingat budak sekolah ke?? sabor je la.
yang ni memang dah bawah tanah ye. eh, mana aku? oh, tukang amik gambar rupenya. –.-”
so, berjalan-jalan la rombongan aku kat sini. boring jugak la. aku tak minat sejarah. sejarah malaysia pon aku tak khatam abis. ni nak aku belajar sejarah vietnam. terima kasih je la eh. hahaha. jahat gila aku. aku tunjuk gambar je la eh. aci neh.
eh, si kembar. tu ibu dia. kuruihhh je.
depan belakang cameraman. haha. ni ofismate aku.
amboi askar ni duk ngupat lettew. femes uolls khenn. haha. time last tu, mr hero suruh masuk terowong bawah tanah. aku ingatkan dekat je. rupanya jauh gila. gelap lak tu. sumpah seram wo duk merangkak dalam terowong tu. mau aku tersesat masuk lorong lain naya aku. gara2 merangkak tu ler aku sakit peha. T_T
rombongan aku sampai ke bandar saigon tu agak malam jugak la. dan aku tak sempat lagi ke bentanh market. T_T esok pagi nekad nak pergi jugak bentanh market tu. malam tu kuor lagik! hahaha. cuci mata kat night market. tapi hujan pulak.
hahaha. gigih sangat pakai baju hujan,. kat malaysia takde pom segigih macam ni.
eh, panjang benau entri aku ni. next entri aku cerita kisah bentanh market pulak ye. kisah tawar menawar, kisah tarik menarik, kisah berani mati melintas jalan. gulp. see u next time. bye
thanks readers, xoxo.