Wednesday, October 30, 2013

vietnam, aku datang | day 1

 

Assalammualaikum WBT

hai, kali ni aku nak cerita al kisah trip ke vietnam. ramai dah request suh aku update ni. pasal tips or nasihat ke hape aku cerita sekali gus dalam ni. pandai2 la korang godek ye. * sebenarnya nak suruh korang baca habis. motippp sangat khenn…huahuahua.

actually aku tak sangka jugak dapat join trip ni. almaklum la ni trip under ofis aku & aku pulak baru je join ofis ni. dorang punyer plan ke vietnam dari tahun lepas lagi(2012). dorang beli tiket flight time tengah promosi free seat tu. tiket aku pulak beli pertengahan tahun. so harga tiket aku agak mahal sikit. but, alhamdulilah semua tiket ditanggung oleh ofis. alaaa… ni kan family day ofis khen.. syukur alhamdulilah berpeluang jejak kaki negara orang dengan free. kekeke.

oh, nak tahu jugak harga tiket aku?? ok2. aku tunjuk.

kuala terengganu – lcct, kuala lumpur

lcct, kuala lumpur – kuala terengganu

= RM 239 include lunggage time pergi 15kg & time balik 20 kg

 

kuala lumpur, malaysia – ho chi minh, vietnam

ho chi minh, vietnam – kuala lumpur, malaysia

= RM 550 include lunggage 20kg.

total flight RM 789/ PERSON

 

done bahagian tiket. so, lets sambung cerita kisah vietnam ni. flight aku dari terengganu tu pkul 8.20 pagi. kompem aku kena pergi pagi. pukul 630pagi berdesup ayah aku driving. oh encik tunang?? alkisahnya encik tunang whatsapp aku cakap takleh nak hantor sebab dia tido lambat semalam, terbangun lambat. padahalllllll!!! tercongokk dia kat airport kuala terengganu. dia pulak awal datang dari aku. apekah tak sanggup berpisah dengan aku?? kahkahkah. kirim salam je lah!

dalam flight tu memang dah tugas aku mentido aje keje nye. tup2 dah sampai LCCT. so, sume staff jalil &co serbu medan selera tapi aku tak selera mana. tak sedap. sorri. tak kena ngan tekak aku kot. maklumla hati tengah excited nak g vietnam. kahkah. so, after checkin and naik flight, aku terpisah jauh dari ofismate aku. nasib malang betol duk sebelah dengan warga vietnam. ntah pe die duk chongcheng chong cheng tepi telinga aku. siap gelak2 ag. cetttt sungoh. nak tido pom tak senang! takpe la. dugaan la tu.

C360_2013-10-09-11-42-03-210

motippp sangat selfie sebab duk sesorang dalam flight. berani tak?? T_T

 

flight pukul 1200 sampai sane 1255. hah?? sejam je? tu la tanggapan aku memula tengok tix. padahallll. 2jam. kat sane lewat sejam. jakun betol aku ni. hahaha. gelakkan diri sendiri.

2013-10-09 13.17.21

agaknya tu sungai mekong kotnye lah. nampak atas ni kecikkk je. nanti aku tunjuk real punye delta mekong ni.

sampai sana terus tourist guard datang jemput. namanya hou *macamtu la kot ejaan die. maksud nama tu hero. so, panggil mr hero je la. senang! mr hero ni macam tau2 isi hati perempuan ni. terus dibawanya ke tempat borong kain! kan vietnam ni femes ngan kain solat, kain cotton itu sume la. mau tak gila. ok2 sabar….. sat ag aku tunjuk.

 

2013-10-09 17.02.27

ni kat hajah basiroh. maaf la gambar gegar sebab tangan duk ketaq pilih telekung solat ni. ace korang tengok bertimbun2 tu. tak ke gila? aku pon gila je duk pilih. sampai semputt kauu! tempat ni luas tapi barang banyak. berhimpit la duk sini. duk pilih kain sume tu sampai lewat malam.

moh ler solat pulok.

 

DSC02545

ni sebahagian ofismate dengan famili memasing. aku rasa ada 1 masjid je kot kat kawasan ni. tak tau la kalau banyak kat tempat lain. dan sini rasanya umat islam adalh minoriti, dorang panggil orang champa. tukang amik gambor ni orang tempatan vietnam. orang chammpa la tu.

DSC02547

ootd. handmade shawls. 2 layer halfmoon. *sempattt pomot!

 

oh, pasal matawang?? aku just bawak duit malaysia. mostly dorang terima duit malaysia. aku tukar jugak duit vietnam dong.  tapi pening nak convert tu. so, solution nya. aku tulis sesiap tukaran dong ke rm. tapi peninggg jugakk kau! –___-"   aku banyak bawak duit kecik. sebab dorang ni kalau dapat duet besar, susah nak bagi baki duet. so, sesiap aku kebas duit raya adik aku. hahaha. banyak nau aku bawak duit singgit! hahaha.

 

habis je solat, terus check in hotel kejap. aku duk hotel Asian Ruby 4 hotel. jarak hotel ke ben tanh market & night market dekat sangat. berjalan kaki dalam 3 minit dah sampai. tak sempat ko nak bergosip dah sampai ben tanh market tu. keke. oleh kerana aku sampai lewat malam, tak sempat la aku nak jelajah ben tanh market. g night market je. ben tanh market buka stat pukul 8 pagi hingga 7 malam. waktu vietnam ye deknong sekalian.

 

jom cuci mata kat night market. Smile

 

DSC02557

ni nightmarket. kat sini ada kisah menakutkan sikit. aku nak bagi nasihat sikit la. kalau korang betul2 nak barang tu, baru korang tanya. jangan sesuka hati je tanya ye. ni bukan pasal mak bedah ye. sebab nya, penjual ni akan ikut korang sampai korang beli siap main tarik2 lagi. sekali korang tanya means korang kena beli. pandai2 la korang nego sampai dapat harga cun abes! melainkan harga korang tak masuk akal, dorang takkan layan. tu pengalaman aku la. bagi aku night market ni agak menakutkan la. huhu

DSC02556

nak lari dari penjual night market, terus masuk kedai ni. duk lepak dalam tu. dekat sangat dengan night market. kat simpang 3 tu.

DSC02548

mata aku ber pinor-pinor tengok baju cecantik gini. ko nak lagu mana? tang beading sarat, beading penuh 1 badan? suuuumeeeee hadooo!

DSC02550

 

aku dah kebas 2 3 pasang telekung berwarna warni gini kat hajah basiroh. kat sini aku just teman ofismate aku beli kain.

DSC02554

nah!!! kain cotton &vietnam silk. malam tu aku tak beli lagi. konon nya tak bernapsuu lagik. penat gila asik berjalan je. mood memang nak katil je tu. haha. mostly penjual kain cotton kat malaysia amik kat sini. bapak murah! mengiloosss betul duk pilih. haha. tapi tak beli. balik hotel terus nyesal tak beli. bengong la aku ni. T_T

DSC02558

teksi murah & sangat disyorkan untuk mengelak penipuan. tapi aku tak naik pon. hotel aku dekat je kan. jalan straight je. jumpe la hotel asia ruby 4.

 

ok. cukup kat sini je hari pertama aku. hari lain, next entri neh. next entri nak cerita kisah aku naik sampan kat sungai mekong dan masuk terowong bawah tanah. stay tune ye! kbai.

 

xoxo, thanks readers. Smile

Wednesday, October 2, 2013

pesanan untuk hari mendatang

Assalammulaikum WBT


pepagi buka twitter, terus nampak tweet ni.








ramai je buat perkara gitu. kekadang aku pon ade jugak sentap dengan tweet2 ni. tu la. dedolu takde twiiter, sibuk nak buat jugak. mula la nak sentap2 bagai. haiiihhh. manusia ni. macam2 ragam.

hidup tak bahagia jugak kalau asyik duk perli orang lain. yedakk?


ni just motivation to ignore "that people". hehehehe. stay calm & keep smiling.

thanks readers. xoxo!

Tuesday, October 1, 2013

do more lah!

 

Assalamulaikum WBT

 

kemain sekarang aktif je update blog. eh, aktif ke? sebulan 2 kali aku update khennn. bangga noks! –..- oh by the way.. sekarang kan zaman IT, so, canggih sikit la nak update2 ni.

sebut pasal IT ni, tabiat aku la. ni serius aku mengaku dari lubuk hati aku. pepagi buta datang ofis, mesti on wifi laptop then online facebook, blog, twitter & instagram. perghhhh!! bukan datang terus buat kerja ok! " RAJEN” khennnn! eh, jangan engkau kasitau kat bos aku pulak. MAMPUHHHH aku. hahaha.

tapi kan, aku ada tengok instagram sorang blogger femes, dia post pic nih:

 

domore 2

perghh. kena tepat kat dahi ku! seyesss! korang tak terasa ke? huhu

ada lagi yang lain…

 

domore 1

 

 

domore 4

yang aku selalu buat sebab nak suruh rasa mengantuk padahal……..! makin cerah mata pulok. hahaha

 

 

domore 5

 

 

domore 6

 

 

domore

 

insaf oiii. banyak ag kerja boleh buat dari duk bersosial network ni kan. ade jugak kes keyboard warrior ni. macam2 hal kan?

kesimpulan yang tak berapa simpul: do more lah! hahaha.

thanks readers. xoxo!