Friday, September 28, 2012

megi ketam! ohsem!

 

Assalammualaikum WBT…

 

salam malam jumaat. erkkk??? owh.. no! no! and no… to blue minded okeh. ni bukan nak cerita pasal malam jumaat ke hape. gua nak cerita pasal makanan. amboiii… sejak dua menjak ni asyik berkepit dengan makanan aje. takleh berpisah langsung! orang tengah bahagia memang begitu kan.. hikhokhikhok….>..<

 

oleh kerana gua terasa sangat kaya pada malam tu, terus gua ajak teman gua pergi mencuba megi ketam bistro kat daerah dungun, terengganu. fuuuu…… gilakk betol menerai makanan mahal-mahal ni. korang nak tau harga??? sabor la ep… last entri baru gua bagitau..ngehngehngeh

nak tengok tak megi ketam gua??

 

tada………

 

DSC03387

nah… ketamku saiz F. ni pon da besar. tak tau la besar mana kalau saiz A. gamaknya besar meja kot! bhahahaha….! dan harga nya mengikut saiz ketam, makin besar ketam, makin up la harga ok… >..<

 

 

DSC03389

hasil penangkapan ketam malam itu. kikis isi ketam hingga ke lubang cacing! wakakaka…. punya la kekok nak makan, last-last lipat lengan baju, pakai jari je duk meratah ketam tu.. kalau nak ayu-ayu, gua saran kan takyah makan ketam ye. auwww…! sodapppppppppp!!!!!

 

ok…ok…. ni part gua nak cerita pasal harga.. tarik nafas dulu ye… fuuuu….. megi ketam gua makan tu saiz F, harga nya RM19! MAKA, makin besar makin mahal la kan. paling mahal kat situ RM29.. tak pe la kan. sekali sekala. buat investment untuk perut. hikhokhikhok…. tapi………… bukan makanan je yang marbeles, minuman pom super nyummy! kawan gua minum air manggo! memang superbbb!!!oppss.. lupa nak amik gambar!

 

so, gua sarankan kat sesiapa yang merasa kaya, boleh la menerai kat situ. lokasinya: megi ketam bistro dungun, tepi sekolah imtiaz dungun.

 

ok, adiosss….

 

thanks readers!

Wednesday, September 19, 2012

wordless wednesday|19 sept 2012

 

Assalammualaikum WBT….

 

 

 

DSC03343

 

gua nak bela haiwan ni. tekad dalam hati ni….*muka serius!

okbai!

 

p/s: ada orang cakap gua gemuk macam binatang belakang gua tu.. (-.-")

Wednesday, September 12, 2012

mengaktifkan sel-sel otak?

 

Assalammualaikum WBT….

 

lama gila gua tak update kan? mohon maaf ye.. gua sibuk sikit sejak awal september haritu. ni baru berkesempatan update blog gua… hikhok… macam la gua sorang je yang sibuk kan? hikhokhikhok…..

 

alkisahnya.. gua telah masuk semester baru setelah 6 bulan mengerah keringat berpraktikal. yahooo… ni semester terakhir gua! sape tak seronak wes….? habaq mai kat gua. 5 tahun setengah gua berteleku di universiti sama! bapak boring! even boring pon, gua tetap ejoy duk dungung neh! =..=

 

by the way, siape tengok status face book gua arini? yang pasti sape yang tak friend ngan gua, kompem tak tau kan? muahahahaha…  hari ni gua sentap giler2 kot. sangat2!!!! *banyak giler tanda seru disitu menunjukkan betapa gua serius tahap cipan! *buat muka serius..=,=”

puncanya harga makanan kat dungun ni makin mahal nak mampusss!! mencikkk giler2 kot! dah la warung aje. bapak mahal! gamaknya toke tu bajet warung die setaraf hotel taraf 10 bintang ke hape…!!!??? tapi agak-agak la kalau nak mencekik darah or hisap darah sekali pom! gua memang marah dan sentap arini. >..<

 

mohon sangat la.. jangan la memandai nak naikkan harga makanan, sedangkan kos pembuatan tu tak naik pon! nahhh…! hamik ko! nak sangat memain dengan budak kos accounting ni. semua benda nak kira kos! demn!!

 

ok! puas hati aku dapat luahkan segala amarah dalam blog! wakakakaka… kesian korang kena baca dengan nada marah…fuuuuuu……!

 

C360_2012-09-10-15-21-02

sayangi duet yang anda dapat hasil dari titik peluh anda sendiri…

pesanan ikhlas dari gua! >..<

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday| 5 sept 2012

 

Assalammualaikum WBT…

 

DSC03333

meet my kapo…

thanks to him=)

 

 

thanks readers….Red heart