Assalammualaikum WBT
Malaysia sekarang dilanda musibah atau lebih tepat dugaan dari ALLAH.
dugaan banjir yang sangat memeritkan jiwa.
sebenarnya jari aku kaku untuk menaip perkataan seterusnya.
air mata tetiba bergenang.
......
memang aku tak melalui nya, tak merasai nya, tak mengalami nya,
tapi sebak membaca, mendengar rintihan mereka.
salah sorang kawan aku, keluarganya tinggal di kuala krai.
yee, kuala krai dilanda banjir yang teruk.
katanya, rumah dia paling tinggi atas bukit, tapi tengelam dilanda banjir.
keluarga kawan aku berlari ke bukit sehelai sepinggang,
mampu selamatkan nyawa sudah bersyukur buat mereka.
*air mata menitis*
mereka bertahan di bukit tanpa makan dan minum, kalau ada pon, mereka berkorban untuk anak kecil yang memerlukan tenaga.
selama dua hari bertahan, mampu bermesej untuk meminta pertolongan, berharap ada yang membantu mereka, selebihnya berserah kepada ALLAH.
"maafkan we (ayah), we dok cakak doh nok bertahan. kalu abes nyawo setakot nih, we mintok maaf, we halal belako sume"
ayat mesej yg kawan aku terima.
*sebak lagi*
selepas dua hari bertahan, ALHAMDULILAH. ada bot datang mengambil mereka.
perit. tersangat perit.
viral post tentang PM pergi bercuti memang meyentak perasaan. sanggup pergi bercuti ketika rakyat marhean bergadai nyawa.
semoga kau mampu menjawab di akhirat kelak.
segala post ni adalah luahan hati aku sendiri. maaf kalu korang tak senang ngan post aku ni.
if korang ingin membantu, menghulur sumbangan,
boleh pergi ke page fb penmerah. dia ngah kumpul dana.
ada jugak page2 lain. semoga ALLAH melimpahkan rahmat kepda yang menbantu.
till then,
terima kasih. semoga ALLAH merahmati kalian :')